CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

‘Bermanja Dengan Suami Pun Dia Cemburu, Siap Jeling Tak Puas Hati" - Wanita Buntu Perangai Terlampau Manja Adik Ipar

1-12-2022 07:48 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 3518| Komen: 27

Description: Seorang wanita meluahkan rasa buntu kerana memiliki seorang adik ipar perempuan yang dikatakan terlampau manja dan kuat cemburu apabila dia bermesra bersama suaminya.


Gambar hiasan

Seorang wanita meluahkan rasa buntu kerana memiliki seorang adik ipar perempuan yang terlampau manja dan kuat cemburu apabila setiap kali dia bermesra bersama suaminya.

Menurut luahan wanita itu yang dimuat naik oleh Emosi di Twitter, adik iparnya itu akan tidur di sebelah suaminya apabila mereka pulang ke kampung.

Difahamkan, mereka baru sahaja lebih dua bulan mendirikan rumah tangga dan suaminya mempunyai seorang adik perempuan yang tidak berkahwin lagi.

Gambar hiasan


Namun, apa yang menjadi masalah buat dirinya adalah adik ipar cemburu apabila dia memegang tangan atau bermanja bersama suaminya.

"Masalah adik dia selalu cemburu tak tentu pasal dengan saya. Contohnya, bila suami saya pegang tangan saya, tolong ambilkan makanan minuman mesti dia akan jeling dan tak puas hati dengan saya".

Bukan itu sahaja, apabila mereka menaiki kereta bersama, adik iparnya pasti ingin duduk di sebelah tempat duduk pemandu dan dia terpaksa duduk di belakang.

"Walaupun suami dah nasihatkan dia, mesti dia berkeras juga lepas tu merajuk tarik muka.

Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, nanti mesti dia request benda sama dekat suami saya. Saya kesian dengan suami saya nak melayan permintaan dia padahal adik dia bekerja".



Hendak dijadikan cerita, ketika keluarga belah suami membuat acara hari keluarga, adik iparnya sanggup tidak hadir kerana wanita berkenaan berada di acara berkenaan.

Malah, jika mereka pulang ke kampung halaman, adik iparnya itu pasti ingin tidur di sebelah suaminya. Susulan daripada itu, wanita tersebut merasa dirinya seperti sudah hilang hak sebagai seorang isteri.

"Saya faham dia adik kepada suami saya tapi sebagai seorang isteri saya rasa macam hilang privilege seorang isteri".


Di akhir luahan wanita itu, dia meminta orang ramai agar mendoakannya kuat menghadapi dugaan berkenaan.

Jadi, apa pandangan dan cadangan anda untuk kes seperti ini? - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayahibu85 1-12-2022 01:01 AM
Halah halahhh sje je nak pancing kak ipar
Ekceli adik ipar tu tak pernah rasa kasih sayang kakak
Cer bersangka baik
Layan adik ipar elok elok
Manatahu nanti kang boleh ngam senang nak kawtim n geng ngn mak mertua sekali hihi

Adik ipar nak test je tuu
Quote I.K.A888990 1-12-2022 02:34 AM
hang ketuk kepala adik ipar hang tu sikit
mungkin dia akan sedar
Quote zuuu 1-12-2022 03:07 AM
Biar betik adik pompuan tido sblah abang???xkan mak bapak x tegur kut,lagi2 abang tu dah kahwin...ke keluarga ni mngamalkan konsep keluarga 69???
Quote intan244 1-12-2022 03:15 AM
kawan aku pernah cerita lebih kurang mcm ni. cuma adik ipar dia dah kawen.
Quote Bawang123 1-12-2022 08:02 AM
Ewww... Tidur sebelah abang? Ingat budak umur 5-6 tahun, dah tua rupanya. takda rasa malu ke geli ke? Ewww...
Quote asmurai 1-12-2022 08:07 AM
euww dah besor pun nak bermanja bagai. Makpak tak ajor ke. Macsm incest pulak
Quote xy_daen 1-12-2022 08:12 AM
Kecik2 kurang penampor
Quote kelapaparut 1-12-2022 08:16 AM
ke kecik2 dulu pernah incest dgn abg sendiri kot, cube bini nye siasat
Quote Thunderclouds 1-12-2022 08:35 AM
Ada yg mcm niiiii beli ken batik kaa ken pasang ka adik ipaq nk yg lg mahal dr kak ipaq. Hapa2 kna dahulukan dia hokehh..kak ipaq no2.: Sabaq ja la ubt dia. Esok2 dia kawen hilang la penyakit tu syukur la xhadap muka dia hari2
Quote Siput_Sawah 1-12-2022 08:38 AM
kau kena la tackle adik ipar kau tu sbb dia nak merasa kasih sayang aje. so kau ambil tugas suami kau n manja manja kau adik ipar kau tu..benda mudah blh baw abincang buat apa kau nk bermasam muka n kau tu level kakak kot so kena la pandai tackle.
Quote Suchi 1-12-2022 08:45 AM
Sweet home Alabama?
Quote Cassieopeia 1-12-2022 10:12 AM
tapi pelikla adik dah besar kot nk tido sblah abg.. lain mcm tu. cakapla elok2 minta mak mertua tegur ke. batas aurat kne jaga tu walau abg sendiri
Quote LostStar 1-12-2022 10:17 AM
adek syok kat abg sendiri kot..
Quote copy_paste 1-12-2022 10:42 AM
kalau dah sampai tahap tidur tu dah lebih, mmg lah mahram tapi ada batas juga,
cemburu mcm tu x mcm adik beradik,mcm ada perasaan lain,

kalau abg dia ada adik angkat mmg patut adik sendiri cemburu,
kalau dgn kakak ipar agak2 la,isteri si abang tu....
ko kalau nk mcm tu cari la suami sendiri,
agaknya terlalu memilih,abg sebagai idola lelaki idaman sbb tu x jumpa2 pasangan
Quote copy_paste 1-12-2022 10:43 AM
Cassieopeia replied at 1-12-2022 10:12 AM
tapi pelikla adik dah besar kot nk tido sblah abg.. lain mcm tu. cakapla elok2 minta mak mertua tegu ...

ye betul,sbb tu anak2 yg lain jantina kena pisah tempat tidur dari kanak2 lagi,

Quote copy_paste 1-12-2022 10:44 AM
LostStar replied at 1-12-2022 10:17 AM
adek syok kat abg sendiri kot..

kalau sampai mcm tu tahap cemburu agaknye la,
mungkin abang dia dulu selalu manjakan dia kot,selalu bagi macam2,
Quote Acikgomen 1-12-2022 11:16 AM
Hasanah sangat confession ni
Quote prince_marhaen 1-12-2022 11:19 AM
HAHAHAHAHAHA...kalau meols, kak ipar meols yang kaki jealous kalau meols beli apa-apa untuk mak, kakak & adik perempuan meols, sheols akan rengsek merengek perli perli dekat laki dia (abang meols) nak benda yang sama... yihhhhhh!!! Beli Bath&BodyWork pun boleh jealous, uols imagine lah kalau meols beli barang kemas.. ekekekekekekeke..
Quote namieamuro 1-12-2022 11:22 AM
dh tua bangka pn tido dgn abang juga? mak pak tak tegur ke? gile ape. ni bkn psl rebut kasih syg abg lg dah. ni dah something wrong somewhere. mohtip tdo sblh abg? mertua pakat tgk je ke situasi pelik ni?

pastu korg ni dok serumah ke smpi hadiah pn die bole dpt tau. suspicious btl betine cemtu. penah merase bebird si abg ke hape?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.049909 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top