CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kehidupan Makin Harmoni Lepas Kontroversi Keganasan Rumah Tangga, Rizky Dalami Ilmu Agama

30-11-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1476| Komen: 3

Description: Selepas terpalit kontroversi keganasan rumah tangga, kehidupan pasangan sensasi Rizky Billar dan Lesti Kejora kini dilihat semakin harmoni dan bahagia.
Selepas terpalit kontroversi keganasan rumah tangga, kehidupan pasangan sensasi Rizky Billar dan Lesti Kejora kini dilihat semakin harmoni dan bahagia.

Melupakan sengketa antara mereka, kedua-duanya kini sudah memaafkan antara satu sama lain dan kembali menjalani hidup bersama keluarga.


IG Rizky

Malah Rizky juga mahu menunaikan hajat untuk membawa isteri bersama ahli keluarga yang lain untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun hadapan.

Dalam masa sama, pelakon ini juga memberitahu dia sedang mendalami ilmu agama sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Kami rancang untuk belajar dahulu mendalami ilmu agama sebelum ke umrah.


“Insya Allah akan pergi bersama keluarga. Doakan sahaja semuanya berjalan lancar,” katanya dalam satu temu bual.


IG Lesty

Nama Rizky sebelum ini menjadi sebutan ramai apabila Lesti membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul.

Bagaimanapun selepas beberapa minggu ia diperkatakan, Lesti mengambil keputusan untuk menarik semula kes tersebut dan memaafkan suaminya itu.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 30-11-2022 03:05 PM
asalkan berlaki...dapat ciknek...diamlah pompuan dungu ni..
Quote Thunderclouds 30-11-2022 03:50 PM
Itu je lar MO jantan gini. Puihh
Quote orkidorkido 30-11-2022 07:42 PM
Sebab tu pak polisi malas layan kes rumahtangga ni
dah dipukul pun terima lagi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047132 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top