CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hugh Jackman Terkedu Nicole Kidman Berhabis Hampir RM500,000 Bida Topinya

30-11-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1440| Komen: 4

Description: Pelakon terkenal, Nicole Kidman membuatkan penonton terkejut kerana dia membeli topi yang dipakai oleh aktor Hugh Jackman pada harga AS$100,000 (RM448,000) semasa majlis lelongan yang diadakan selepas ...
Pelakon terkenal, Nicole Kidman membuatkan penonton terkejut kerana dia membeli topi yang dipakai oleh aktor Hugh Jackman pada harga AS$100,000 (RM448,000) semasa majlis lelongan yang diadakan selepas persembahan muzikal Broadway di New York beberapa hari lalu.


Aktres Hollywood itu membeli topi yang ditandatangani oleh  Jackman, 54,  pada majlis lelongan yang diadakan selepas persembahan muzikal berjudul The Music Man. Jackman merupakan aktor berasal dari Australia iaitu negara kelahiran Kidman.   


IG Nicole Kidman

Kidman, 55, membeli topi itu bagi tujuan kebajikan kerana hasil lelongan tersebut akan disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Broadway Cares.

Dalam rakaman yang disiarkan di akaun Instagram Jackman, suara Kidman didengari membuat tawaran yang mengejutkan.

Dia juga bangkit dari tempat duduk dan menuju ke pentas serta memeluk aktor tersebut yang merupakan rakan lamanya sekali gus menerima tepukan daripada penonton.

“Nicole (Kidman) anda luar biasa! Kemurahan hati anda benar-benar menakjubkan. Terima kasih sahabat,” demikian menurut kenyataan Jackman dalam Instagram.


Add Image Caption Here

Perbuatan Kidman itu berlaku sebelum dia menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat daripada Institut Filem Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.

Dia yang dibesarkan di Sydney akan menjadi warga Australia pertama menerima anugerah itu.


Sumber: Gempak




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 30-11-2022 01:34 PM
Duit banyak..apedehal..afterall it's for a good cause..
Quote KamikuP 30-11-2022 02:23 PM
Meolss syorkan cuolls tengok siri Bangkok Hilton lakonan Nicole Kidman kat youtube mmg best yaachhh...
Quote Lagubestbest 1-12-2022 02:02 AM
dah tua da.. sedihnya.
Quote Zeatyisaac 2-12-2022 12:36 PM
Lagubestbest replied at 1-12-2022 02:02 AM
dah tua da.. sedihnya.

Setiap yang muda pasti akan tua, kecuali mati awal. Don't be sad.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052669 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top