CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha & Rakan Selebriti Adakan Solat Hajat, Lancar Tabung Khas Buat Nad Zainal

30-11-2022 08:15 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 11935| Komen: 261

Description: Umum tahu, pelakon berbakat besar Nad Zainal masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dimasukkan ke hospital pada 23 November lalu kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.


Umum tahu, pelakon berbakat besar Nad Zainal masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak dimasukkan ke hospital pada 23 November lalu kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

Ramai dikalangan rakan selebriti dan juga netizen bersedih mendengar berita itu dan sentiasa mendoakan kesembuhan pelakon berusia 32 tahun itu.

Terbaru, pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin bersama pelakon Fasha Sandha telah mengadakan solat hajat dan doa selamat di Masjid al-Mustaqim, Jalan Ampang Putra, Ampang untuk sahabat mereka, Nad Zainal.


Menerusi hantaran di laman Instagram, Shahrulezad yang menggunakan nama Budak Ijat memaklumkan bahawa Fasha Sandha yang mengetuai penganjuran majlis itu dan mengatur semuanya sebagai ikthiar mendoakan kesembuhan Nad Zainal.


“Alhamdullilah. Terima kasih Fasha Sandha yang bersungguh-sungguh bersama keluarga Radius One, mengadakan solat hajat dan doa selamat untuk rakan kami Nad Zainal.

“Terima kasih Fasha Sandha yang bersusah payah mengatur semua ini. Dia yang telefon saya malam sebelumnya. Dia yang beria buat semua ini dari cari masjid sampaikan ke urusan makan dan minum,” katanya.

Dalam posting berasingan, Shahrulezad turut berkongsi gambar semasa majlis tersebut berlangsung dan turut kelihatan beberapa rakan selebriti lain.



Ujarnya, majlis solat hajat dan doa selamat tersebut dilakukan atas sebab mahu pelakon terbabit diberikan kesembuhan, selain bukti rasa sayang mereka terhadapnya.


Beliau juga berkongsi mengenai kuasa berdoa kepada peminatnya dengan berkata senjata utama orang mukmin ialah berdoa, selepas segala usaha telah dibuat.

Dia juga memohon agar orang ramai menitipkan doa buat Nad Zainal agar dia kembali sihat seperti sedia kala.

Dalam pada itu, tabung kecemasan turut ditubuhkan bagi menampung kos rawatan perubatan di hospital pakar untuk membantu meringankan beban keluarga pelakon berkenaan.


Sebarang pertanyaan katanya, boleh menghubungi pembantu peribadi Nad iaitu Echa di talian 012-3458623. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-11-2022 04:30 AM
Semoga nad zainal diberikan kesembuhan… Aamiin..
Quote me12345 30-11-2022 06:11 AM
Sapa dan nape pulak sumbangan tabung pertubuhan as siddiq...bg direct pd parents tak boleh.?
Quote Nenasketum 30-11-2022 07:21 AM
Baru tak berlakon berapa hari, duit dah abis ke? Ada dengar citer dia & susah nak kesian.
Quote sikatkutu 30-11-2022 07:33 AM
Nenasketum replied at 30-11-2022 07:21 AM
Baru tak berlakon berapa hari, duit dah abis ke? Ada dengar citer dia & susah nak kesian.

Citer pasal apa sis
Quote Rachel_Green 30-11-2022 07:41 AM
semoga Nad cepat sembuh...dan dipermudahkan semua urusan..
Quote elzy 30-11-2022 08:39 AM
Terfikir juga setahu saya bayaran artis / pelakon selalu mahal.. Hidup mereka pun bukan calang-calang mewah.. Busuk-busuk pun pakai beg LV. Kenapa kos perubatan sampai buat tabung derma?

Sorry laa kalau statement saya ni offensive but this is my thought. Apa pun saya simpati dengan Nad Zainal, semoga segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.
Quote akuHavocczz 30-11-2022 08:41 AM
not to bebitter. tapi best kan jadi artis. Pergi private hospital tak cukup duit minta dana. rakyat marhaen pergi gov hospital. tak cukup duit tak de orang kesah. anyhow, semoga cepat sembuh nanad
Quote SisLena 30-11-2022 08:46 AM
akuHavocczz replied at 30-11-2022 08:41 AM
not to bebitter. tapi best kan jadi artis. Pergi private hospital tak cukup duit minta dana. rakyat  ...


Aku pun fikir camni. Masuk jela gomen kalo tahu pendapatan beshe2 je..boleh je nk keluarkan dr hosp private n trf ke gomen kalo kata x mampu. Family kot kena buat keputusan ni. Nad dah x dpt buat apa2 dh. Saving pun habis deknon kalo duk icu pvt ni lama2. Ntah brpla kos sehari tu. Mgkinla dia gi utk check up je alih2 kena masuk icu.
Quote ayukpingu 30-11-2022 08:58 AM
SisLena replied at 30-11-2022 12:46 AM
Aku pun fikir camni. Masuk jela gomen kalo tahu pendapatan beshe2 je..boleh je nk keluarkan dr hos ...

setuju sangat.

in fact, govt facilities lagi bagus dari swasta dan lebih updated.services dan keselesaan tu tolak ke tepi la kalau time tengah sesak duit mcm ni.

lepas ni Nad kena buat follow up juga, kalau drag sampai ke sudah kat private hospital, minta dana juga ke?

apa2 pun moga Nad cepat sembuh
Quote BellaThePrinces 30-11-2022 09:07 AM
kalau ikut matematik, kalau rakan2 artis je yg mderma dah lebih dari cukup dah...confirm puluh2 ribu..

kita yg marhaen dn hanya sekadar netizen ni sedekah doa je la....cepat sembuh nad!
Quote harkktuih 30-11-2022 09:10 AM
x yah la bitter sgt..bukan si nad atau family dia yg mintak org derma kat dia..ni atas usaha kawan2 dia yg buat..kalau rasa nk sedekah, just bg..kalau xnk then diam..
Quote NazRysha 30-11-2022 09:14 AM
dengar cerita medical card dia da limit da
kalau mcm tu pindahkan lah ke hospital gomen
tapi kalau rakan artis nak bantu okey la kan
kita ni rakyat marhean susah tak dak sapa pun peduli
Quote heythere123 30-11-2022 09:15 AM
harkktuih replied at 30-11-2022 09:10 AM
x yah la bitter sgt..bukan si nad atau family dia yg mintak org derma kat dia..ni atas usaha kawan2  ...

org tak bitter, cuma persoal perlu ke mintak derma. Sendiri masuk private, pastu kena mintak duit dgn org lain.

Kalau u baca thread yg ungku ismail tu ramai tak setuju pasal derma ni, bukan sebab tak kesian atau bitter, tapi sebab macam pelik
Quote lee_sakura 30-11-2022 09:39 AM
SisLena replied at 30-11-2022 08:46 AM
Aku pun fikir camni. Masuk jela gomen kalo tahu pendapatan beshe2 je..boleh je nk keluarkan dr hos ...

rasa mcm dh cecah ratus ribu ni, sbb rawatan doktor pakar yg berlainan setiap hari & lebih seminggu ni...kalo 3 @ 4 org pakar, lab test lg, kos ICU lg...mcm arwah kwn aku walo ada insurance tp dh cecah limit...bila meninggal still ada hutang ngan hospital lbh 200k, kesian kt waris...
Quote Sesuatu… 30-11-2022 09:41 AM
Betul ke bila patient tak stable, hospital tak kasi release utk transfer ke hospital lain? Pernah dgr kes lain sebelum ni mcm ni tp xtau Nanad same case ke
Quote maharani_gebu 30-11-2022 09:43 AM
aik, tak amik insurance meh?
Quote afie_m 30-11-2022 09:48 AM
Sesuatu… replied at 30-11-2022 09:41 AM
Betul ke bila patient tak stable, hospital tak kasi release utk transfer ke hospital lain? Pernah dg ...

rasanya ya melainkan atas risiko family sbb takut sepanjang perjalanan ada komplikasi yang terjadi siapa nak bertanggungjawab.
pernah jadi kat kenalan, family tak jadi pindahkan sbb risau mcm tu..
Quote harkktuih 30-11-2022 09:52 AM
heythere123 replied at 30-11-2022 09:15 AM
org tak bitter, cuma persoal perlu ke mintak derma. Sendiri masuk private, pastu kena mintak duit  ...

Again.. Ni just initiative kawan2 dia utk membantu.. Bukan dr NZ atau family dia yg mintak sumbangan derma segala..
Quote TomyamPuteh 30-11-2022 09:52 AM
Kalau tak suka x yah la derma. Buat apa nk bitter bitter.

Lihat semua komen(261)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-2-2023 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.097337 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top