CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Alif... Ini Untuk Awak. Mama Tolong Ambilkan Ya", Nora Ariffin Terima Diploma Bagi Pihak Arwah Anak Undang Sebak Netizen

30-11-2022 07:45 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1663| Komen: 4

Description: Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang ibu naik ke pentas mengambil segulung Diploma untuk arwah anaknya.


Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang ibu naik ke pentas mengambil segulung Diploma untuk arwah anaknya.

Itulah yang dilalui penyanyi Datuk Nora Ariffin yang mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skril diploma miliknya di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu meskipun sedih arwah tidak bersamanya namun kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam pelajaran.


Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.



"Alif...ini untuk awak. Mama tolong ambilkan ya..Alhamdulillah...tahniah.

Keluarga kecil saya tumpang bangga & gembira dengan pencapaian anaknda Alif Johan, sempat habiskan Diploma sebelum kembali kerahmatullah.Moga Alif tenang disana."

Terima kasih kepada semua tenaga pengajar UITM FITA & sahabat2 yang memberi sokongan pada Alif selama hayat dia.

Terima kasih UITM, Moga legasi arwah dapat diteruskan. Al- fatihah" katanya.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan mendoakan semoga arwah tenang disana.


Untuk info, Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Nora mendedahkan punca kematian anak keduanya itu kerana faktor genetik selain sudah ketentuan ajal. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 30-11-2022 06:49 AM
Untuk info, Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah ketika berada di rumah. Nora mendedahkan punca kematian anak keduanya itu kerana faktor genetik selain sudah ketentuan ajal.


huh? apekah?
Quote felinecat 30-11-2022 07:08 AM
Sedih tp masih xdilupa perangai mencaras suami ustazah
Quote KBW2 30-11-2022 08:25 AM
faktor genetik? legacy?
Quote supernaturalee 30-11-2022 11:16 AM
sbb covid ea tu yg baru buat majlis nya ye

ni mcm sorg lagi yg meninggal sblm sempat majlis konvo
parent yg dtg ambik kan
kt CI ade keluar threadnya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.078601 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top