CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Biasa-biasa, Aina Abdul Mahu Sesuatu Di Luar Kotak Ketika Berentap Di AJL37

29-11-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 713| Komen: 5

Description: Aina Abdul tetap akan tampil dengan persembahan di luar kotak ketika berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari 2023.Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, ...
Aina Abdul tetap akan tampil dengan persembahan di luar kotak ketika berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari 2023.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 29, bagaimanapun berkata, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang konsep tertentu, namun bakal merancang sesuatu istimewa.

"Saya masih belum ada konsep penuh tapi apa yang boleh saya katakan, saya mahukan sesuatu yang besar. Saya mahu sesuatu yang di luar kotak.


IG Aina

"Ia boleh jadi segala benda. Busana, pentas, susunan muzik. Itu yang saya mahu lihat untuk karya Terus Hidup. Mesej lagu ini kecil iaitu tentang rindu tapi saya nak ia nampak luar biasa," katanya kepada mStar.


Penyanyi itu berkongsi mengenai perancangannya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai salah seorang finalis yang layak ke AJL37 baru-baru ini.

Berkongsi tentang perasaannya, Aina mengakui dia gementar apabila kembali bertarung dengan nama besar di atas pentas AJL37 namun pengalaman itu menaikkan semangatnya.

Aina berkata, dia berasa bertuah apabila dapat berkongsi pentas dengan beberapa nama besar lain apatah lagi lagu ciptaannya terpilih ke AJL37.

"Perasaan gerun dan seram itu ada... saya kena bekerja lebih kuat, kalau tidak saya akan rasa selesa.

"Saya anggap ia satu penghargaan kerana mereka semua berpengalaman dan peluang ini membuatkan saya lebih yakin berkongsi pentas bersama mereka," katanya.


IG Aina

Apatah lagi kata Aina, lagu berkenaan mempunyai makna mendalam buat dirinya.

"Saya amat sayang dengan lagu Terus Hidup walaupun mesejnya tentang menyatakan kerinduan pada seseorang tapi rindu itu sangat besar.

"Apa saya maksudkan tentang rindu ini adalah rindu kepada orang yang sentiasa bersama saya dan sebab itu saya sayang lagu ini," ujarnya.


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 29-11-2022 11:31 AM
cantik pulak warna baju yang penuh pearl tu…
Quote sangbara2020 29-11-2022 11:38 AM
rampingnya pinggang dia...
Quote supernaturalee 29-11-2022 11:41 AM
suka die pny enthusiasm, vision

ajl kot...dh x blh besye2 je


Quote supernaturalee 29-11-2022 11:42 AM
1 je, bila perform, tgn tu jgn nk ltk kt private area, tekan2 dada


Quote Nizleen86 29-11-2022 01:34 PM
Sado tangan kau sambil nyanyi angkat karung guni dikkk

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044035 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top