CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beradik Cilik Cari Ibu Kandung, Tak Ada Dokumen Nak Sekolah Pun Payah

26-11-2022 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1652| Komen: 23

Description: KLUANG – Dua beradik tidak dapat membendung rindu yang amat mendalam apabila akhir­nya membuka mulut untuk bertemu dengan ibu kandung mereka selepas menumpang kasih emak saudara sejak lapan tahun la ...
KLUANG – Dua beradik tidak dapat membendung rindu yang amat mendalam apabila akhir­nya membuka mulut untuk bertemu dengan ibu kandung mereka selepas menumpang kasih emak saudara sejak lapan tahun lalu.


Nurul Norjannah Syafiqqah Mohamad Hafizul, 10, dan adik­nya Nurul Khaisyarah Syafiqqah, 8, terlalu mengimpikan pertemuan tersebut sejak diserahkan kepada penjaganya, Shafawani Zim Azaman, 26, ketika masing-ma­sing berusia dua tahun dan dua bulan.

Bukan itu sahaja, dua beradik itu tidak dapat memasuki alam persekolahan disebabkan ketia­daan dokumen yang diperlukan.


Dua Beradik Cilik Cari Ibu Kandung, Tak Ada Dokumen Nak Sekolah Pun Payah



Mengimbau semula kejadian itu, Shafawani berkata, dua beradik itu diserahkan selepas ibu bapa mereka bercerai.

“Dua beradik itu diserahkan di Lot 1008, Tepi Institut Memandu Kampung Pengkalan Nyireh di Besut, Terengganu walaupun ketika itu saya masih belum mendirikan rumahtangga.

“Bagaimanapun, ketika penyerahan dilakukan, hanya sijil kelahiran sahaja disertakan dan keadaan itu menyebabkan dua beradik ini tidak dapat bersekolah hingga sekarang,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Shafawani yang sudah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Muhamad Amir Ridhwan Mohd Sofi, 24, dan tinggal di Taman Sri Impian di sini amat berharap dapat menemui ibu kepada dua kanak-kanak ini bagi membolehkan mereka melepaskan rindu yang tersimpan sejak sekian lama.

Menurutnya lagi, pertemuan itu juga amat penting kerana hak penjagaan perlu diselesaikan bagi membolehkan kanak-kanak itu mendapat pendidikan sempurna pada masa depan.

“Walaupun bapa kanak-kanak itu iaitu Mohamad Hafizul Zim Azaman, 28, sudah berjaya ditemui, namun surat kebenaran daripada ibu mereka tetap diperlukan.

“Usaha mencari di alamat terakhir juga tidak mendatangkan hasil kerana keluarga kepada wanita itu turut tidak tahu kedudukan sebenarnya sejak berpindah selepas perceraian berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, Shafawani berharap mana-mana pihak yang mengenali ibu kandung dua beradik itu, Nor Hazwati Mohamad Noor, 30, dengan alamat ter­akhir di Kampung Bechah Resak,

Chabang Empat, Tumpat Kelantan supaya menghubunginya di talian 013-888 5689 bagi tindakan selanjutnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orenn1 26-11-2022 12:54 PM
Ibubapa yg tak bertanggungjwb, anak2 nak sekolah tak boleh, kesian budak2 ni.
Quote che-cikL 26-11-2022 01:01 PM
Muda lagi Shafawani tu masa terima budak2 tu. Umur 18 gitu dah mengasuh & membesarkan anak org yg selfish.
Quote glump 26-11-2022 01:13 PM
Trace pakai ic no si ibu kat balai polis lah ..ke si ibu tiada ic
Quote awanearisu 26-11-2022 01:25 PM
Besar sungguh jiwa Shafawani.
Quote JunkMail 26-11-2022 01:55 PM
Tak guna jugak abang kau tu ye. Anak sendiri 2 org bagi adik jaga. Umur 20 dah ada 2 anak.. jaga malas. Menyedap je reti.
Quote SonicSiLandak 26-11-2022 02:00 PM
mana ahli politik??? hahahahahhahaa
Quote ina_na 26-11-2022 03:03 PM
SonicSiLandak replied at 26-11-2022 02:00 PM
mana ahli politik??? hahahahahhahaa

dia org tengah berjoget lambak skrg ni..jgn kaco..tunggu je parliment bersidang 19 Dec nanti...
Quote trisnalovezul 26-11-2022 07:26 PM
Kasian anak kecil
Quote mejaputih 26-11-2022 07:29 PM
Mmg takleh sekolah ke? Ada surat beranak kan... Sian si adik kena support dan anak2 sedara...semoga dilimpahi rezeki kat keluarga adik...
Quote annehuda 26-11-2022 07:33 PM
Ni soalan ikhlas drpd aku la ye. Apa masalahnya kalau budak2 ni nak masuk sekolah,nk apply mykid,sebab diorg kan ada sijil beranak. Setau aku nk apply mykid ni cukup ada ic salah sorg je ibu atau bapa. Takkan bapak dia pun takde ic?fishy tang ni je
Quote annehuda 26-11-2022 07:36 PM
Lagi satu la kan knp nak masuk sekolah kene ada surat kebenaran dari ibu ye?selalunya nk sign apa-apa cukup salah sorg je. Ke dah mmg law sekolah dah berubah tak mcm dulu
Quote whimsicalmusic 26-11-2022 08:49 PM
annehuda: Lagi satu la kan knp nak masuk ...
aku pn tertanya2..ke ada apa2 prosedur yg sekolah nak?
Quote Lolalala 27-11-2022 06:32 AM
annehuda: Ni soalan ikhlas drpd aku la y ...

Adik dia nak uruskan hak penjagaan dr abg dan bekas kakak ipar dia. Mungkin dia nak apply jd guardian sah anak² tu supaya senang urusan sampai besar. Kalau tak, tiap tahun kena hadap benda sama mintak kebenaran
Quote ellejo 27-11-2022 07:40 AM
Edited by ellejo at 26-11-2022 11:46 PM

sistem sosial negara kita ni lemah sangat. melambak dan kes gini. tale as old as time.
bila ada kes gini, gomen kene terus masuk campur. ada je unsur pengabaian dan penganiayaan kekanak,  override the parents right.
ini tidak, disuruhnya carik sampai dapat mak bapak tu sampai bertahun kekadang.  life budak tu hancur tak skolah.
Quote ellejo 27-11-2022 07:45 AM
annehuda replied at 26-11-2022 11:36 AM
Lagi satu la kan knp nak masuk sekolah kene ada surat kebenaran dari ibu ye?selalunya nk sign apa-ap ...

kalo status parents bercerai, kene ada surat hak penjagaan. yg parents pun ada malapetaka kadang2 inikan pulak mak sedara yg tak de apa2 kuasa. payahla. tu kot yg dia nak hak penjagaan. but still, i rasa kalo dia apply mahkamah syariah hired lawyer bantuan guaman boleh kot utk hak penjagaan.
Quote shernazz 27-11-2022 07:53 AM
Maybe.mak.dah mati.kot..
Iols sebelum.baca artikel atas tu baru nak assume mak dia orang indon.ke apa..
Rupanya.orang malaysia...
Jilaka.la.mak.pak tinggalkan.anak2.mcm tu.je...kesian budak2 ni...
Quote Zeatyisaac 27-11-2022 07:55 AM
Nak sekolah perlukan duit. Nak beli baju sekolah pun perlu duit. Kalau ada Surat beranak je, boleh daftar sekolah tapi nak sekolah seharian tu, tiada kelengkapan. Kesian budak2 ni.
Quote supernaturalee 27-11-2022 07:56 AM
ellejo replied at 27-11-2022 07:40 AM
sistem sosial negara kita ni lemah sangat. melambak dan kes gini. tale as old as time.
bila ada kes ...

Kan
Jkm patutnya bertindak
Siasat btl2 dan cari parent bebudak ni
Kena hukum jgk parent tu
Negligence ke ape2 akta yg berkait lah

Quote putericahaya999 27-11-2022 08:03 AM
Budak lain xda surat beranak blh sekolah...ini dah ada surat beranak x patut ada masalah nk sekolah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060540 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top