CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datang Nak Tolong Padam Kebakaran, Lelaki Mati Dibakar Hidup-Hidup Oleh 49 Orang

26-11-2022 12:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1536| Komen: 4

Description: ALGIERS, ALGERIA – Sebuah mahkamah tempatan menjatuhi hukuman mati terhadap 49 individu selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang dituduh memulakan kebakaran hutan di Algeria ta ...
ALGIERS, ALGERIA – Sebuah mahkamah tempatan menjatuhi hukuman mati terhadap  49 individu selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang dituduh memulakan kebakaran hutan di Algeria  tahun lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.


Pada 2021, Algeria mengalami kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, dengan 90 orang terbunuh dalam beberapa kebakaran.

Djamel Ben Ismail dilaporkan dibunuh selepas dia pergi ke kawasan kebakaran untuk membantu memadamkan api.



Foto: AFP 

Selepas kebakaran tercetus pada Ogos 2021, lelaki berusia 38 tahun itu menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa dia akan melakukan perjalanan sejauh 320 kilome­ter dari rumahnya bagi membantu penduduk memadamkan api di wilayah Kabylie, timur ibu kota Algeria, Algiers. 


Ia merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.

Namun selepas tiba, penduduk tempatan menuduh Djamel yang mencetuskan  kebakaran hutan tersebut.

Pada 11 Ogos 2021, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mangsa diserang sekumpulan penduduk. Mereka menyeksa dan membakar lelaki itu hidup-hidup.

Video itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara dengan bapa mangsa, Noureddine Ben Ismail berkata, dia berasa amat sedih.

“Anak saya pergi ke Kabylie, wilayah yang amat disayangi­nya untuk membantu ‘saudara dan rakan-rakannya’. Namun, mereka membakar dia hidup-hidup,” katanya.

Selain 49 tertuduh, mahkamah  sama turut menjatuhi hukuman penjara  ke atas 28 individu lain berkaitan insiden tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 26-11-2022 01:33 PM
KALAU kes adib tu  hukum mati semua pelaku. Ada ke yg nak guling2 atas jalan ckp tak adil?
Quote batmana 26-11-2022 01:40 PM
Org melayu terlampau baik sgt didunia..mohon import Hakim Algeria tu ke dalam Malaysia..patut dah ada yang Kene hukum mati camni..tak kirela 4org ke 40org ke..
Quote copy_paste 26-11-2022 07:22 PM
batmana: Org melayu terlampau baik sgt  ...

ye setuju, bangsa melayu antara bangsa yg baik sgt2
Quote Aikiko 26-11-2022 08:46 PM
Ye setuju kes adib tak selesai2
Hope under pm anwar kes ni dpat diselesaikan dgan adil
Mohon pelaku2 kelly ng mati menggelumpur

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054879 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top