CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makanan Berusia Lebih 70,000 Tahun Ditemukan

25-11-2022 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1278| Komen: 3

Description: BAGHDAD: Lebihan masakan tertua di dunia ditemukan di sebuah kompleks gua di utara Iraq baru-baru ini, sekali gus memberi petunjuk baharu manusia purba Neanderthal mungkin penggemar makanan dan pandai ...
BAGHDAD: Lebihan masakan tertua di dunia ditemukan di sebuah kompleks gua di utara Iraq baru-baru ini, sekali gus memberi petunjuk baharu manusia purba Neanderthal mungkin penggemar makanan dan pandai memasak.


Lapor The Guardian, sisa-sisa cebisan makanan yang sudah terbakar berusia lebih 70,000 tahun ditemui dari tapak Gua Shanidar, sebuah kawasan kediaman masyarakat Neanderthal kira-kira 804 kilometer di pergunungan Zagros di utara Baghdad oleh pasukan pakar arkeologi dari England.


Foto: Agensi

“Penemuan kami adalah petunjuk pertama sebenar tentang cara masakan kompleks dan budaya makanan dalam kalangan masyarakat purba Neanderthal,” kata Pakar Paleoekologi Budaya Universiti John Moore Liverpool, Prof. Chris Hunt yang menyelaraskan penggalian berkenaan.


Malah Hunt dan rakan-rakannya turut cuba mencipta semula satu daripada resipi menggunakan bijirin yang dikumpulkan dari gua berhampiran.

“Ia menghasilkan sejenis pankek atau roti yang sememangnya sangat sedap dengan sedikit rasa kekacang,” kata Hunt.

Pasukan itu juga menggunakan mikroskop elektron pengimbasan untuk menganalisis serpihan makanan hangus purba yang ditemukan dari Gua Franchthi di selatan Greece yang diduduki oleh manusia moden awal kira-kira 12,000 tahun lalu.

Secara keseluruhan, penemuan ini mencadangkan diet di zaman Palaeolitik adalah pelbagai dan mereka mempunyai teknik memasak prasejarah yang kompleks melibatkan beberapa langkah penyediaan makanan.


Foto: Agensi

“Kami membentangkan bukti untuk kali pertama merendam dan menumbuk bijirin oleh kedua-dua masyarakat Neanderthal dan manusia moden awal yang disebut Homo sapiens di kedua-dua tapak, dan semasa kedua-dua fasa di Gua Shanidar.

“Kami juga menemukan bukti campuran bijirin yang dimasukkan dalam bahan makanan dan berpendapat bahawa terdapat beberapa pilihan unik untuk perisa tumbuhan tertentu,” kata Ahli Arkeologi Universiti Liverpool, Dr. Ceren Kabukcu yang mengetuai kajian itu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 25-11-2022 09:55 PM
Tak hancor jadi debu ke?
Quote CiliPadiSedap 26-11-2022 02:10 AM
tumpanglalu74: Tak hancor jadi debu ke?


Xpun sebab tarikh expired lagi dua minggu
Quote rospinki 26-11-2022 07:50 AM
Mana gmbr makananya? Kalau resepi dia hawok aku nak share resepi yg lagi bagus lagi murah bajet tahan smpi kiamat.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040325 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top