CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang PM Ke-10, Anwar Ibrahim

24-11-2022 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1877| Komen: 7

Description: Lima hari berteka-teki, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkena ...
Lima hari berteka-teki, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun itu selaras Perkara 40(2)(a) dan dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dimaklumkan selepas Seri Paduka Baginda berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis.

Foto: mStar

Berikut adalah 10 fakta mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang anda perlu ketahui:


1) Datuk Seri Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

2) Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dikurniakan enam anak iaitu Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana dan Ehsan Anwar

3) Memulakan kerjaya politik sebagai salah seorang pengasas organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)

4) Mula berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 1982 hingga 1999 dan sekali lagi pada Ogos 2008 hingga Mac 2015

5) Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998), Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)

Foto: mStar


6) Terpalit tuduhan salah guna kuasa dan liwat pada 1998.

7) Dihukum penjara selama enam tahun pada 1999, selain hukuman penjara selama sembilan tahun bagi kesalahan seks luar tabii (liwat) yang mana kes berkenaan 'melahirkan' Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat)

8) Sekali lagi didakwa dengan tuduhan liwat membabitkan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan menyaksikannya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh pada 2015, sebelum memperoleh pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018.

Foto: mStar


9) Bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018 untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak berjaya. Kembali bertanding dalam PRU15 di Tambun dan menang dengan majoriti undi 3,736.

10) Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya untuk PRU15 memperoleh 82 kerusi. Kini merupakan Presiden PKR dan Pengerusi PH. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 25-11-2022 02:30 AM
Dan dan keluar 10 fakta punya tajuk berita.. Kalau dia tak jadi PM, tak muncul tajuk macam ni. Kena tunggu mati baru ada..

Hai lah warta....
Quote ayukpingu 25-11-2022 08:51 AM
Hairul dan cakenis takde update gambar bersama new PM ke

apa2 jadi kat malaysia ni, couple ni la paling rajin menempekk
Quote KamikuP 25-11-2022 09:17 AM
Aeril dan wawa tak upload gambar ke pakai baju PH? ekekekek
Quote Nurdianah 25-11-2022 09:23 AM

Quote rosedemon 25-11-2022 11:10 AM
oo kesahnya. ok
Quote Belibis 25-11-2022 11:15 AM
Info 6_7_8 takde dengar pulak kat radio..
Quote Decaffeinated 25-11-2022 11:35 AM
Motif rakyat perlu tau?

Fakta lah sangat



Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.062338 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top