CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lepas Kalah, Tun Mahathir Nak Tumpu Kepada Penulisan, "Banyak Perkara Berlaku Dalam Negara Belum Direkod"

24-11-2022 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1247| Komen: 17

Description: Kuala Lumpur: Selepas empat hari berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan apabila p ...
Kuala Lumpur: Selepas empat hari berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan apabila partinya kalah.


Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, sebagai Pengerusi Pejuang, beliau sedih dengan keputusan itu, tetapi menerima pilihan rakyat.


Foto: Harian Metro

"Pejuang Tanahair yang mengganti GTA kalah dalam PRU-15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.

"Saya harap pihak yang menang akan mendirikan Kerajaan Malaysia," katanya dalam catatan pertama selepas PRU-15, hari ini.


Pada PRU-15 lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang, gagal mendapat sebarang kerusi di 125 kawasan yang mereka bertanding.

Malah, Dr Mahathir kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

Anaknya, yang juga Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz serta calon GTA lain turut kalah teruk, menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU-15.

Dr Mahathir berkata, oleh kerana Pejuang kalah di semua 125 kawasan yang dipertandingkan maka parti itu tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat.

Katanya, segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong pemerintahan yang menang.

"Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.

"Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.

"Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 24-11-2022 10:44 AM
Ye moyang. Berehat la. Tu yg sebaiknya. Bukan taknak moyang memerintah, tapi usia mcm ni baik rehatkan diri, dekatkan diri pada yg maha esa (semua peringkat umur), sentiasa dgn keluarga
Quote lasagna 24-11-2022 10:46 AM
bagus lah Tun, mmg sbrnya dah timing retired yang sebetul2nya..
Quote Travelo 24-11-2022 11:04 AM
yes..itu yg sepatutnya dilakukan selepas resign jadi pm..
Quote ayukpingu 24-11-2022 11:05 AM
ok Tun, ni saya sokong. saya akan beli buku tu nanti
Quote rashiman 24-11-2022 11:10 AM
baik2 tulis...jangan jadi macam tulisan tomy tomas..
Quote star_karat 24-11-2022 11:27 AM
Sign tuhan nak dia rest.
Quote Radzor 24-11-2022 11:29 AM
peristiwa memali
Quote juboqhang 24-11-2022 12:29 PM
Kambuih ja buku2 hang tu.. kerana hang la negara ni haru biru… baik baca buku anak hang cam mana buat business nk cepat kaya tu.. Ahaks!
Quote supernaturalee 24-11-2022 12:34 PM
patutnya lps pru14, lps letak jawatan kali ke 2 sbg PM start buat penulisan ni je
bkn tunggu jd mcm ni


Quote Buritan 24-11-2022 12:48 PM
Eloklaa tulis dan berehat.. org lgkawi sayang kat tun.. depa bg kalah suh tun rehat
Quote Artemesiaa 24-11-2022 01:24 PM
Perkara yang harus diteruskan dari dulu harap yang positif je
Quote Orix 24-11-2022 01:26 PM
lebiyu Tun...
Quote azimie 24-11-2022 01:26 PM
itu la sebaik² nya Tun
Quote KamikuP 24-11-2022 02:52 PM
Buku Dr In The House pun meolls tak khatam lagi.. ekekeke
Quote rosedemon 25-11-2022 11:03 AM
ye la tun wateva
Quote tungkai 25-11-2022 11:05 AM
Toxic content ke nanti..??
Quote Siput_Sawah 25-11-2022 11:06 AM
Rehat la tun dari dunia politik ini........negara perlukan org muda pulok dan jasa Tun sentiasa kami kenang.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.166018 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top