View: 1031|Reply: 18
|
Lepas Kalah, Tun Mahathir Nak Tumpu Kepada Penulisan, "Banyak Perkara Berlaku Dalam Negara Belum Direkod"
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas empat hari berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuka mulut menyatakan kesedihan apabila partinya kalah.
Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, sebagai Pengerusi Pejuang, beliau sedih dengan keputusan itu, tetapi menerima pilihan rakyat.
 Foto: Harian Metro
" ejuang Tanahair yang mengganti GTA kalah dalam PRU-15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat.
"Saya harap pihak yang menang akan mendirikan Kerajaan Malaysia," katanya dalam catatan pertama selepas PRU-15, hari ini.
Pada PRU-15 lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang, gagal mendapat sebarang kerusi di 125 kawasan yang mereka bertanding.
Malah, Dr Mahathir kalah teruk di tangan calon Perikatan Nasional (PN) yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.
Anaknya, yang juga Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz serta calon GTA lain turut kalah teruk, menimbulkan persoalan sama ada parti itu akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU-15.
Dr Mahathir berkata, oleh kerana Pejuang kalah di semua 125 kawasan yang dipertandingkan maka parti itu tidak pun dapat menjadi pembangkang dalam Dewan Rakyat.
Katanya, segala perancangan Pejuang untuk negara terpaksa digugurkan dan parti itu akan menyokong pemerintahan yang menang.
" ejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat memulihkan segala masalah yang akan dihadapi oleh negara.
"Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara. Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British.
"Saya juga terbuka untuk ditemuduga oleh penulis," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ye moyang. Berehat la. Tu yg sebaiknya. Bukan taknak moyang memerintah, tapi usia mcm ni baik rehatkan diri, dekatkan diri pada yg maha esa (semua peringkat umur), sentiasa dgn keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
bagus lah Tun, mmg sbrnya dah timing retired yang sebetul2nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
yes..itu yg sepatutnya dilakukan selepas resign jadi pm..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok Tun, ni saya sokong. saya akan beli buku tu nanti |
|
|
|
|
|
|
|
baik2 tulis...jangan jadi macam tulisan tomy tomas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kambuih ja buku2 hang tu.. kerana hang la negara ni haru biru… baik baca buku anak hang cam mana buat business nk cepat kaya tu.. Ahaks!  |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya lps pru14, lps letak jawatan kali ke 2 sbg PM start buat penulisan ni je
bkn tunggu jd mcm ni

|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklaa tulis dan berehat.. org lgkawi sayang kat tun.. depa bg kalah suh tun rehat |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara yang harus diteruskan dari dulu harap yang positif je |
|
|
|
|
|
|
|
lebiyu Tun...  |
|
|
|
|
|
|
|
itu la sebaik² nya Tun  |
|
|
|
|
|
|
|
Buku Dr In The House pun meolls tak khatam lagi.. ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Toxic content ke nanti..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Rehat la tun dari dunia politik ini........negara perlukan org muda pulok dan jasa Tun sentiasa kami kenang. |
|
|
|
|
|
|
|
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝
|
|
|
|
|
|
|
| |
|