CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dia Masih Mampu Bagi Nafkah - Pindah Ke Rumah Kecil, Abang Nafi Rizky & Lesti Alami Krisis Kewangan

3-11-2022 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2054| Komen: 5

Description: Rizky Billar dan Lesti Kejora kini mengalami krisis kewangan berikutan kurang mendapat tawaran gara-gara isu keganasan rumah tangga mereka baru-baru ini.Berita mengenai masalah kewangan pasangan terse ...
Rizky Billar dan Lesti Kejora kini mengalami krisis kewangan berikutan kurang mendapat tawaran gara-gara isu keganasan rumah tangga mereka baru-baru ini.


Berita mengenai masalah kewangan pasangan tersebut mula diperkatakan apabila merka didakwa sudah berpindah daripada rumah mewah ke kediaman bersaiz sederhana.


IG Lesti

Abang kepada Rizky iaitu Yudie Revan bagaimanapun tampil menyangkal dakwaan tersebut dan menjelaskan kewangan pasangan berkenaan stabil memandangkan mereka mempunyai perniagaan dan bukan bergantung kepada karier seni semata-mata.

"Rizky mungkin tidak diterima untuk tampil di mana-mana program televisyen tetapi dia ada perniagaan sendiri.

"Saya yakin adik saya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memberi nafkah kepada keluarganya," katanya menerusi temu bual di saluran YouTube Intens Investigasi.


IG Lesti

Sebelum ini, Rizky menjadi tumpuan ramai apabila didakwa memukul Lesti sehingga memaksa pelakon itu membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun Lesti mengambil keputusan memaafkan suaminya dan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap Rizky.


Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 3-11-2022 04:47 PM
Cari nahas betul lesti ni
Quote iolss 3-11-2022 05:18 PM
Within 1 month kes xkn trk sgt financial trs merudum? slma ni xde saving ke acano kn dan dan pindah hayooo
Quote AcikBuncit 3-11-2022 11:43 PM
Rumah kecik sikit sng la nak balun bini.. Xda ruang dia nak lari. Hentak dinding sana, satgi hentak kat sinki, pastu hentak kat tiang.. Haa gituu
Quote jlo 7-11-2022 09:23 AM
la dah berbaik ke
Quote belacan_gurl 23-11-2022 08:05 AM
Rumah lama dulu tu menyewa ke beli...sampai kena pindah rumah kecik bila xde pendapatan...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.155273 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top