CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pokok Betik Makin 'Kurus' Dikerjakan Jiran Petik Daun, Buat Ubat Ke Tu Bang?

25-10-2022 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3003| Komen: 12

Description: Menurutnya, sejak kebelakangan ini dia menyedari pokok betik yang ditanam di belakang rumah kelihatan semakin ‘kurus’.
Tular perkongsian seorang wanita menunjukkan jirannya kantoi melakukan perbuatan khianat pada harta bendanya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini dia menyedari pokok betik yang ditanam di belakang rumah kelihatan semakin ‘kurus’.


Malah, pokok yang ditanam di dalam bekas plastik itu kelihatan masih muda dan berketinggian paras dada lelaki dewasa.



Atas dasar rasa ingin tahu tentang apa yang berlaku kepada tumbuhan itu, pemiliknya memasang sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di belakang rumah.

“Sejak akhir-akhir ni pokok betik kami semakin kurus.


“Jadi kami pasang sebuah CCTV,” tulisnya dalam video tular.

Akhirnya taktik wanita itu untuk mengetahui hal sebenar berhasil apabila CCTV berkenaan merakamkan perbuatan seorang lelaki.

Tanpa menyedari kewujudan CCTV, lelaki berkenaan dilihat memetik beberapa helai daun pokok betik yang dimaksudkan pemiliknya.

Lelaki itu kemudiannya beredar pergi tanpa rasa bersalah setelah memetik daun pokok berkenaan.

Susulan itu wanita tersebut memaklumkan dia sudah meletakkan notis bertulis pada pokok betik tersebut bagi memohon kerjasama sesiapa sahaja termasuk lelaki yang dirakam di CCTV agar tidak terus melakukan perkara tersebut.

Hingga kini perkongsian rakaman itu di TikTok meraih lebih 470,000 tontonan serta hampir 500 komen.

Sementara itu di ruangan komen, netizen melahirkan pelbagai reaksi terhadap perlakuan lelaki dalam video berkenaan.

Walaupun ramai yang mengecam kerana melakukan kerosakan pada tanaman orang, namun ada juga yang cuba bersangka baik atau husnuzon demi memahami isi hati pelaku berkenaan.



Netizen beranggapan kononnya lelaki berkenaan mengambil daun betik itu untuk tujuan rawatan secara tradisional.

“Daun betik boleh membantu melawan penyakit. Anda harus tanam lebih banyak kerana ia boleh membantu orang lain. Anggap saja sebagai tanda anda melakukan perbuatan baik.

“Daun betik yang rebus dengan air boleh mengubati denggi. Ada orang Melayu guna untuk masak lauk, tapi tak ramai yang tahu makan,” ujar netizen di ruangan komen.

Berdasarkan tanda pagar digunakan dalam kapsyen video, dipercayai kejadian berkenaan berlaku di Singapura.


Sumber: mStar

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 25-10-2022 09:31 PM
Sedapnya masak betik muda goreng belacan. Pyah nk jumpa betik muda la ni
Quote helicornia 25-10-2022 09:46 PM
Nk buat ulam ke apa mintak le dulu.tanam tk nak
Quote airmineral 26-10-2022 07:40 AM
biadab la perangai ni
paradit betul
Quote cikatilia 26-10-2022 10:04 AM
jiran aku buat gini gak
dia kepak sbb nak amik pucuk
ada buah baru nak membeso
mati pokok sbb terkepak akarnya
pastu gelak2 bila tegur
dasarr...
Quote MissVixen 26-10-2022 03:17 PM
Selalunya leluhur trisna yang suka lalapan daun betik.
Dasar pemalas. Tanam je la betik sendiri. Baling biji je, senang je dia hidup.
Quote Belibis 7-11-2022 08:58 PM
Sangka baik..buat ubat..sangka buruk..buat isap ganja..
Quote makita 8-11-2022 12:38 PM
Jiran meols india rajin curi daun kari kat umah jiran cina...gigih panjat tembok umah org tu. Pdhal kedai runcit seberang jalan je. Gila punya gigih. Garam abes  mintak kat jiran.
Quote naina 8-11-2022 02:15 PM
Thunderclouds: Sedapnya masak betik muda gore ...


Payah ke? Bersepah je pokok betik tumbuh dengan buah belum masak. Petik jelah
Quote naina 8-11-2022 02:17 PM
makita replied at 8-11-2022 12:38 PM
Jiran meols india rajin curi daun kari kat umah jiran cina...gigih panjat tembok umah org tu. Pdhal  ...

Ini memang selalu terjadi. Jiran India curi daun kari rumah jiran lain walau PON pokok kecik2 anak. Dalam group berkebun selalu ada yang mengadu. Kenapa eh orang India suka sangat daun kari. Masak kari kalau tak buh daun kari pun takpa.
Quote makita 8-11-2022 02:45 PM
naina replied at 8-11-2022 02:17 PM
Ini memang selalu terjadi. Jiran India curi daun kari rumah jiran lain walau PON pokok kecik2 anak ...

Hahaha dorang wajib kari letak daun kari......wpon tanam dlm kawasan umah gigih nak mencilok. Mcm mak meols tanam bunga matahari letak kt luar gate...sekali pasu ghaib
Quote Supersirap 8-11-2022 11:45 PM
Minta izin lah pada tuan punya, bukan main larung je
Quote Vellfire 30-11-2022 12:05 AM
tak minta izin dulu ke.. mesti dah biasa ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055057 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top