CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kim Kardashian Kecewa Sambutan Hari Jadi Atas Jet Peribadi Musnah Dek Cuaca Buruk

25-10-2022 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1326| Komen: 5

Description: Kim Kardashian meluahkan rasa kecewa apabila majlis ulang tahunnya yang ke-42 tidak berjalan seperti dirancang.Memetik laporan Mirror, Kim dikatakan merancang menyambut ulang tahunnya di atas jet peri ...
Kim Kardashian meluahkan rasa kecewa apabila majlis ulang tahunnya yang ke-42 tidak berjalan seperti dirancang.

Memetik laporan Mirror, Kim dikatakan merancang menyambut ulang tahunnya di atas jet peribadi milik kakaknya yang dianggarkan bernilai lebih RM30 juta.



IG Kim

Bukan itu sahaja, Kim juga dijangka bakal menyambut ulang tahunnya di dua negeri berbeza iaitu Los Angeles dan Vegas.

Mengikut perancangan, Kim bersama rakan-rakannya dikatakan akan pergi ke Las Vegas untuk menonton persembahan Usher selepas menikmati makan malam.


Bagaimanapun, malang nasib bintang Keeping Up With The Kardashians itu apabila cuaca buruk melanda sehingga menyebabkan jet tersebut tidak dapat mendarat di Vegas seperti dirancang.

"Pesawat saya tidak dapat mendarat kerana angin kuat... nampaknya kami tidak dapat menonton konsert Usher. Kami akan pulang ke rumah," katanya di Instagram.



Bukan hanya Kim, adiknya Khloe juga meluahkan rasa kecewa tidak dapat pergi ke konsert Usher.

Setibanya di Los Angeles, Kim bersama rakannya cuba menghiburkan diri mereka dengan singgah ke restoran makanan segera bagi meneruskan majlis ulang tahun tersebut.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-10-2022 06:57 PM
Muka, asik berubah 2
Quote Page88 25-10-2022 09:06 PM

Constant plastic surgery. That's why.
Quote Page88 25-10-2022 09:08 PM
Hhhmmm....
Quote dani-rox 25-10-2022 11:29 PM



Quote Page88 27-10-2022 09:21 AM

One of my favourites...LOL!!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.093528 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top