CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"MasyaAllah, Cantiknya" Salma Dan Laila, Anak Dara Deja Moss Dah Pandai Cakap Melayu

5-10-2022 07:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7594| Komen: 25

Description: Umum tahu penyanyi Deja Moss telah berkahwin buat kali kedua beberapa tahun lalu selepas bercerai dengan suaminya, Azfendy.



Umum tahu penyanyi Deja Moss telah berkahwin buat kali kedua beberapa tahun lalu selepas bercerai dengan suaminya, Azfendy. 

Pemilik nama sebenar Sharifah Hadijah binti Wan Moss, 48, kemudiannya bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Maher Khani berdarah kacukan Amerika-Syria yang juga merupakan duda anak tiga.

Walaupun sudah berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat namun Deja tidak loket berkongsi tentang perkembangannya disana buat tatapan peminat.


Baru-baru ini, Deja berkongsi satu video sambutan hari lahir dua orang anak tirinya iaitu Salma dan Laila yang bertutur dalam Bahasa Melayu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sempena hari lahir.


Meninjau di ruangan komen, bukan sahaja memuji kecantikan malah netizen meluahkan rasa kagum kerana Salma dan Laila boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.

Alhamdulillah, seronok pula tengok kehidupan Deja bersama suami dan anak-anak yang tersayang. 




Semoga Deja sekeluarga terus kekal bahagia hingga ke Jannah. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-10-2022 05:36 AM
Malas tul nak tengok kalau kena pi tengok kat IG
Quote ReginaGeorge 5-10-2022 06:10 AM
Tu bukan fasih ler, tu menghapal namanya. Btw indahnya idop seorang insan bernama hadijah moss ni dikelilingi oleh anak tiri yg dapat menerima dia sbg mak tiri.
Quote slyfynx 5-10-2022 06:12 AM
Edited by slyfynx at 5-10-2022 07:30 AM
Pemilik nama sebenar Sharifah Hadijah binti Wan Moss, 48, kemudiannya bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Maher Khani berdarah kacukan Amerika-Syria yang juga merupakan duda anak tiga.


Walaupun sudah berhijrah ke Chicago, Amerika Syarikat namun Deja tidak loket berkongsi tentang perkembangannya disana buat tatapan peminat.

Lokek la. Loket ko pakai kat rantai.

BTW, cemane nama die ade Sharifah lak eh?
Quote lucky_peace 5-10-2022 06:18 AM
slyfynx replied at 5-10-2022 06:12 AM
Lokek la. Loket ko pakai kat raintai.

BTW, cemane nama die ade Sharifah lak eh?

Kat sarawak yg gelaran wan ni katanya asal dari syed sharifah tapi masa dulu tukar ke wan sebab org sana x blh terima kedatangan mereka (seigt ai mcm ni la ada baca kt twitter ritu). So wan sarawak lain dgn wan semenanjung.. skg ni baru dorg nak guna semula syed syarifah, tu yg anak2 start letak syed syarifah..
Quote GegarVaganja 5-10-2022 06:57 AM
slyfynx replied at 5-10-2022 06:12 AM
Lokek la. Loket ko pakai kat raintai.

BTW, cemane nama die ade Sharifah lak eh?

Chuolls pun.
Tak payah nak raintai sangat.
Rantai sudah.

Quote Nenasketum 5-10-2022 07:08 AM
Aku ingat dia dah beranak tetiba anak dah pandai cakap
Quote naina 5-10-2022 07:18 AM
slyfynx replied at 5-10-2022 06:12 AM
Lokek la. Loket ko pakai kat raintai.

BTW, cemane nama die ade Sharifah lak eh?

Rantai sis bukan raintai
Quote Solokkk 5-10-2022 07:26 AM
Suka tgk org bahagia
Quote slyfynx 5-10-2022 07:30 AM
naina replied at 5-10-2022 07:18 AM
Rantai sis bukan raintai

Dah edit.
Loket punye pasal, raintai terus haku
Quote makton 5-10-2022 07:35 AM
muka anak tiri dia jaw lonjong ada iras2 mcm juliana banos
Quote sayurmayur88 5-10-2022 07:55 AM
lucky_peace replied at 5-10-2022 06:18 AM
Kat sarawak yg gelaran wan ni katanya asal dari syed sharifah tapi masa dulu tukar ke wan sebab or ...

yes, mmg mcm tu
fun fact : kat sabah syed sharifah digelar, sharif for lelaki, perempuan still pakai sharifah


Quote babelina 5-10-2022 10:49 AM
Alhamdulillah terbuka hati kawin lain.. dia masa ex dia nk cerai.. dia xnk.. dia sanggup bermadu.. sbb syg sgt ngn ex dia.. tp ex dia tetap ceraikn dia.. then dia buat lirik 1 lagu.. lupa tajuk nya..
Quote lasagna 5-10-2022 10:58 AM
babelina replied at 5-10-2022 10:49 AM
Alhamdulillah terbuka hati kawin lain.. dia masa ex dia nk cerai.. dia xnk.. dia sanggup bermadu.. s ...

tapi ex asben kan cureng dgn sheol? sedih dgr luahan dia dulu.. syg sungguh dia kt ex tu. tp lepas tu dia redha juga dgn perpisahan.
Quote Mopiko 5-10-2022 11:03 AM
babelina replied at 5-10-2022 10:49 AM
Alhamdulillah terbuka hati kawin lain.. dia masa ex dia nk cerai.. dia xnk.. dia sanggup bermadu.. s ...

Ex dia curang sebab tak ada anak kan..kesiannya...10 tahun jugak kawin
Quote babelina 5-10-2022 12:18 PM
lasagna replied at 5-10-2022 10:58 AM
tapi ex asben kan cureng dgn sheol? sedih dgr luahan dia dulu.. syg sungguh dia kt ex tu. tp lepas ...

dgr nye pasal xde ank.. tu yg cari lain.. mmg sedih..
Quote babelina 5-10-2022 12:19 PM
Mopiko replied at 5-10-2022 11:03 AM
Ex dia curang sebab tak ada anak kan..kesiannya...10 tahun jugak kawin

aah.. sedih kn.. dh la dia syg sgt kt ex dia tu..

Quote gorjeous 5-10-2022 12:55 PM
Kekal cantik Deja ni..
Quote lasagna 5-10-2022 01:51 PM
babelina replied at 5-10-2022 12:18 PM
dgr nye pasal xde ank.. tu yg cari lain.. mmg sedih..

ekcelli alasan jer tu.. pd hal dh ada org lain, sbb b4 that rsenya asben dia ok jer deal xde anak..
Quote rosewhite 5-10-2022 02:07 PM
babelina replied at 5-10-2022 10:49 AM
Alhamdulillah terbuka hati kawin lain.. dia masa ex dia nk cerai.. dia xnk.. dia sanggup bermadu.. s ...

ex dia kan ex tunang pelakon sheera iskandar kan, caras jugak ke

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.058632 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top