CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebulan Hilang, PU Azman Muncul Balik Tapi Nampak Lesu Dan Cengkung!

5-10-2022 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12198| Komen: 66

Description: Hampir sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa.
Hampir sebulan menghilang, Pencetus Ummah (PU) Azman akhirnya muncul dengan memuat naik sekeping foto di Instagram yang memaparkan dia menghadiri sebuah acara kenduri pada Selasa.


Menerusi foto berkenaan, PU Azman atau Azman Syah Alias, 41, dilihat sedang berdiri bergambar dipercayai bersama beberapa ahli keluarganya.

Namun apa yang menjadi perhatian pengikutnya, susuk tubuh pendakwah bebas itu yang memakai kemeja-T berwarna biru gelap dan berkopiah hitam kelihatan agak cengkung daripada kebiasaan.

Foto: IG

"Alhamdulillah, jarang dapat kumpul, semua lengkap," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.


Sementara itu, menerusi ruang komen hantaran berkenaan, pengikutnya menyambut baik kemunculan semula pendakwah itu selepas kali terakhir memuat naik posting di Instagram pada 3 September lalu.




Malah ramai peminat meluahkan rasa rindu dengan gurau senda dan tazkirah serta perkongsian ilmunya di radio.

"Lama tak nampak... lesu nampak muka Cik Man.

"Alhamdulillah, lama Cik Man tak update. Rindu gurau senda Cik Man dekat Suria FM.

"Cik Man okay? Semoga baik-baik sahaja untuk Cik Man. Lama menyepi," antara komen netizen.



Sebelum ini juara program Pencetus Ummah musim kedua itu dikaitkan sebagai pendakwah bebas yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang seksual.

Sejak kes itu menjadi perhatian ramai, netizen mula menyerang Instagram miliknya bagi mendapatkan kepastian adakah dia individu yang dimaksudkan.

Malah peminat turut tertanya-tanya mana menghilangnya PU Azman selepas dia juga tidak muncul menerusi segmen agama di Suria FM yang seterusnya menguatkan lagi khabar angin berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 5-10-2022 08:06 AM
haaa muncul dah cik man, tak tau laa camne kes dia tu.. rasa tak settle lg.
moga cik man sihat2 jer, gambar 1st tu nampak tak bermaya.
Quote 3chanceno 5-10-2022 08:23 AM
Kenapa kes dia takde press statement dari polis? Senyap je lepas habis reman tu hari
Quote sweetgirl 5-10-2022 08:35 AM
3chanceno replied at 5-10-2022 08:23 AM
Kenapa kes dia takde press statement dari polis? Senyap je lepas habis reman tu hari

maaf nak tau kes apa ye Cikman ni... jauh betul tggal ketapi ni
Quote KBW2 5-10-2022 08:40 AM
Lee Dong Wook* pujaan hijabirah dah kembali!
Quote MilanAdelynn 5-10-2022 08:47 AM
sweetgirl replied at 5-10-2022 08:35 AM
maaf nak tau kes apa ye Cikman ni... jauh betul tggal ketapi ni

Amang seksual dgn remaja lelaki
Quote Hoshhi 5-10-2022 09:04 AM
Dia bersalah ke tidak
Quote innocent_me 5-10-2022 09:23 AM
Edited by innocent_me at 5-10-2022 09:24 AM

Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis percaya je kalau tgk dh byk laporan diterima. Tp lately mcm byk pulak case melibatkan selebriti yg islamic image ni. Adakah memang ada unsur2 sabotaj utk cemarkan imej agama?atau now mmg banyak penunggang agama?
Quote alesandra 5-10-2022 09:28 AM
lasagna replied at 5-10-2022 08:06 AM
haaa muncul dah cik man, tak tau laa camne kes dia tu.. rasa tak settle lg.
moga cik man sihat2 jer, ...

mungkin bukan x settle tapi xde kes kot.bukti x cukup
Quote babelina 5-10-2022 09:28 AM
mesti ada sesuatu yg baik dia pernah lakukan sehingga Allah masih jaga aib dia.. xde tersebar meluas citer2 perlakuan dia terhadap bdk2 tu selepas penangkapan dia hrtu.. moga Allah tunjukkn kebenaran..
Quote auntyonion 5-10-2022 09:32 AM
Meols nk tau kebenaran je
Quote suka2 5-10-2022 09:34 AM
innocent_me replied at 5-10-2022 09:23 AM
Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis per ...

Tak juga. Sbb ramai yg fikir "kalau tak salah, apa nak takut" ni la org2 gini muka selamba je buat comeback mcm xda apa2 berlaku dan silap haribulan dia pula play victim. Ni statement general iols je la tak tuju kes cikman ni sorg je.
Quote lasagna 5-10-2022 09:35 AM
alesandra replied at 5-10-2022 09:28 AM
mungkin bukan x settle tapi xde kes kot.bukti x cukup

ohhh ye ke? sbb tak nampak berita dia lps dia kena reman aritu.. so tak tau follow up nya camne.
Quote Zeatyisaac 5-10-2022 09:37 AM
suka2 replied at 5-10-2022 09:34 AM
Tak juga. Sbb ramai yg fikir "kalau tak salah, apa nak takut" ni la org2 gini muka selamba je buat ...

Secara general nya kan. Macam I, sampai sekarang tak boleh tengok Dai Syed. Rasa menyampahnya.
Quote AWEKSAMURAI 5-10-2022 09:37 AM
innocent_me replied at 5-10-2022 09:23 AM
Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis per ...

Kan?? Takkan lah kalau betul dia nk muncul hopefully smoga kebenaran terbukti
Quote AbukRokok 5-10-2022 09:37 AM
che man keluar rumah terus kne ngap
Quote kucingitam 5-10-2022 09:54 AM
harap cik man tak bersalah...suka dgr cikman punya penerangan agama..
Quote Orix 5-10-2022 10:02 AM
AWEKSAMURAI replied at 5-10-2022 09:37 AM
Kan?? Takkan lah kalau betul dia nk muncul hopefully smoga kebenaran terbukti

Najib yg dh terbukti kebenarannya pun masih xtau malu muncul sana sini meski di sebalik tirai
Quote Nnasda53 5-10-2022 10:03 AM
innocent_me replied at 5-10-2022 09:23 AM
Selalunya yg berani muncul ni tak bersalah.
Berbelah bagi meols jadinya.
Selalunya meols jenis per ...

Si Dai shit sekor tu pun kata di petinah tapi bersenggama berlaku.
Fans bodoh ckp dia tak merogol tapi tak nafikan berzina.
Si saya saya tu terang2 ada video pun boleh tak mengaku bersalah
Tak payah berbelah bagi follow je kes ni hingga penghujung.
Yang nyata penunggang agama ni wujud.
Wujud paling jelas di kalangan yang pernah jadi mangsa.
Yang belum jadi mangsa ni mmg la anggap org agama alim suci bersih.
Sebab tu nak buktikan bukan mudah.
Quote epal_putih 5-10-2022 10:17 AM
Moga sihat² aje

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063527 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top