CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisha Retno Bela 30 Ekor, Bakal Suami Wajib Suka Kucing

2-10-2022 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1720| Komen: 6

Description: Penyanyi juga pemenang tempat ketiga Big Stage 2022, Aisha Retno mengakui ibu bapanya memberi kebebasan penuh untuk dia membuat keputusan terhadap karier, namun tidak buat urusan percintaan dengan ses ...
Penyanyi juga pemenang tempat ketiga Big Stage 2022, Aisha Retno mengakui ibu bapanya memberi kebebasan penuh untuk dia membuat keputusan terhadap karier, namun tidak buat urusan percintaan dengan seseorang.


Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 22, berkata ibu bapanya akan memantau dengan siapa dia berkawan dan berteman, tetapi amat bertolak ansur untuk kerjaya seninya yang semakin menyerlah dalam industri.

Foto: IG

"Kalau soal percintaan, ibu bapa saya memang akan pantau. Namun, sebaliknya untuk urusan kerja. Mereka beri saya kebebasan penuh dalam membuat keputusan yang difikirkan terbaik.

"Jadi, untuk saya sekarang hanya berkawan saja. Jika nak melangkah ke fasa lebih serius seperti percintaan, belum lagi. Saya tidak memilih sangat pasangan, asalkan orangnya berpendidikan, sopan santun, sayang keluarga dan sukakan kucing.

"Kenapa kena suka kucing juga? Sebabnya, saya amat sayangkan kucing dan di rumah pun sekarang ada 30 ekor kucing yang dibela," katanya ketika ditemui pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen Rizman Ruzaini, baru-baru ini.



Menurut Aisha lagi, melayan keletah kucing adalah hobinya yang juga disifatkan sebagai terapi terbaik untuk menyalurkan rasa tenang pada diri selepas penat bekerja dan berehat sepanjang masa di rumah.

Mengulas juga mengenai gosip, Aisha yang baru melancarkan lagu Sutera berkata, dia tidak gemar mendedahkan dirinya dengan kisah-kisah sensasi untuk mendapatkan publisiti dan populariti murahan.



"Saya percaya pada rezeki Allah dan akan terus berusaha untuk menyerlahkan karier sehingga berjaya. Saya tidak gemarkan gosip murah, hanya untuk mendapatkan populariti segera.

"Saya pun tak kisah bermula perlahan dalam karier kerana usia masih muda. Saya tak mahu terkejar-kejar dan semuanya biarlah berjalan mengikut seperti apa dirancang. Setakat ini, Alhamdulillah ada peningkatan dalam karier seni saya," katanya.



Terdahulu, Aisha mengakui dia berasa amat gembira apabila turut menjadi artis tempatan yang dipilih menghiasi papan iklan gergasi Times Square, New York, Amerika Syarikat sempena kempen EQUAL oleh Spotify pada Julai lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 2-10-2022 08:00 PM
Komitednya nok bela kucing byk2.. Acik ada 2ekor pn dh letih rasa. Nak beli makan, pasir, cuci taik, xmsuk lg kucing sakit itu ini. Mmg lg letih n costly drpd jaga anak sndiri haha
Quote pocongkiutss 2-10-2022 08:15 PM
Betul le tu..cari jodoh sesama cat lover

Iols menyampah kalau tgk org terkawin lelaki kuasa veto..sebelum kawin acah2 suka kucing..lepas kawin selamba je konon guna kuasa veto suh bini tu buang kucing2 yg dia dh jaga lama
Quote makita 2-10-2022 08:39 PM
Dulu meols pegi umah kawan. Dia bela kucing dlm 2 ekor. Dah train berak kt toilet. Ayooo bila meols ke toilet jumpa bom. Meols xleh menghayati la org yg suka kucing ni. . Kucing tu mmg comel, tapi bab bau bauan ni mmg meols xleh ejas.
Quote matbad 3-10-2022 01:08 AM
AcikBuncit: Komitednya nok bela kucing byk ...

bukan mudah. tp njoy..balik umh tgk smua sdg menanti dpn pintu dgn jayanya. ada yg ambk alih kuasa tdo atas katil hihi. njoy ank bulusku yg 30 ekor
Quote kotakominami 4-10-2022 12:09 AM
Die nak yg berpendidikan.....separuh jantan meleis dah fail . Btw kucing dia sgt la comel rase nk curik 2 ekor
Quote Olumis 4-10-2022 04:59 PM
makita replied at 2-10-2022 08:39 PM
Dulu meols pegi umah kawan. Dia bela kucing dlm 2 ekor. Dah train berak kt toilet. Ayooo bila meols  ...

Sama lah. Apalagi klu owner tu pemalas nak mampus.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.058446 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top