CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Masak Lagi Sedap, Wany Hasrita Belum Sempat Berguru Dengan Mentua

30-9-2022 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2387| Komen: 14

Description: Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, penyanyi Wany Hasrita akui masih dalam proses menyesuaikan diri bergelar seorang isteri dan menantu kepada keluarga suaminya, Al Adib Fahmi.Jelas Wa ...
Baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, penyanyi Wany Hasrita akui masih dalam proses menyesuaikan diri bergelar seorang isteri dan menantu kepada keluarga suaminya, Al Adib Fahmi. 


Jelas Wany, dirinya terbuka untuk belajar mengenai hal rumah tangga dengan lebih mendalam lagi. 


IG Wany

“Kehidupan saya sekarang masih lagi sedang menyesuaikan diri, bila ada suami dan keluarga mertua ini rasa sangat berbeza. 

“Saya terbuka untuk belajar banyak lagi perkara dalam hidup berumah tangga. 

“Kalau macam dulu fokus saya hanya untuk bekerja, tapi sekarang saya perlu bahagikan masa saya kepada suami, kerja, keluarga saya dan keluarga mertua,” katanya. 


IG Wany

Wany ditemui pada sesi sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Tambah pelantun lagu Menahan Rindu itu, dia turut memasang niat untuk belajar beberapa resepi air tangan masakan ibu mentuanya, namun masih belum berkesempatan. 

“Kalau dekat rumah mertua di Kuching, saya dan mereka jarang makan luar, makan di rumah sahaja. 

“Kalau nak cerita pasal masak, Adib dan ibunya lagi handal masak daripada saya, masakan mereka lagi sedap dari saya. 


IG Wany

“Saya pula belum ada kesempatan untuk belajar masak dengan mak mertua saya, sebab agak sibuk.

“Lagipun saya balik Kuching baru dua kali sahaja, tetapi suatu hari saya memang nak belajar, lagi-lagi masakan asal negeri itu (Sarawak)” tambahnya.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosannazmia 30-9-2022 07:15 PM
Laki dia keje apa sebenarnya? #donejadiacik2kaypo
Quote diamondhoney 30-9-2022 07:18 PM
rosannazmia replied at 30-9-2022 07:15 PM
Laki dia keje apa sebenarnya? #donejadiacik2kaypo

Pilot khenn
Quote rosannazmia 30-9-2022 07:21 PM
diamondhoney replied at 30-9-2022 07:18 PM
Pilot khenn

Pilot ye? Bkn acik gomen ka? Eh xtaulah meols
Quote sleepandream 30-9-2022 08:19 PM
habistu takkan nak puji diri sendiri masak lagi sedap pulekk... sentap pulak mertua nanti...
Quote CiliPadiSedap 30-9-2022 10:59 PM
rosannazmia: Pilot ye? Bkn acik gomen ka? Eh xtaulah meols


laki dia jusa c ke?

Quote Adrif 30-9-2022 11:27 PM
muka nampak sama couple ni
baru betul pinang dibelah dua gini
Quote miss_strangers 30-9-2022 11:31 PM
rosannazmia replied at 30-9-2022 07:15 PM
Laki dia keje apa sebenarnya? #donejadiacik2kaypo

Keje pilot yg under gov state. Pilot private punya yg angkut vvip swak pi Sana sinun
Quote casper2022 1-10-2022 02:11 AM
bkn ms kawen dlu ckp xnk dedahkan hal shuben..hihi
Quote zaianim 1-10-2022 07:16 AM
Wany ni anak tunggal kan.. sunyi jugak kdg2 jd anak tunggal ni kan.. xde momen berborak mesra, bercerita dan bergaduh adik beradik.. apa pun takdir Allah itu yg terbaik
Quote GummyBear123 1-10-2022 09:25 AM
Gediknya kau dekk... tak boleh belajar memasak dengan mak sendiri ke? Bear dah takde mak, Bear belajar masak sendiri guna Youtube, guna buku CHef Hanieliza. Tengok sekarang gemok bambam je laki Bear.

#achievementunlocked
Quote rosannazmia 1-10-2022 09:38 AM
miss_strangers replied at 30-9-2022 11:31 PM
Keje pilot yg under gov state. Pilot private punya yg angkut vvip swak pi Sana sinun

Oh patutlaaaaa… acik gomen bertarap tinggilah.. humtong bdn wany ni
Quote rosannazmia 1-10-2022 09:39 AM
CiliPadiSedap replied at 30-9-2022 10:59 PM
laki dia jusa c ke?

Pilot gomen chuolss.. gred tinggi bkn mcm meolss acik gomen cikai je
Quote gideoncross 1-10-2022 11:56 AM
GummyBear123 replied at 1-10-2022 09:25 AM
Gediknya kau dekk... tak boleh belajar memasak dengan mak sendiri ke? Bear dah takde mak, Bear belaj ...

Aiol pun blajar mmasak & buat kuih dri internet haha. Klau nak tnggu org ajar, malam hari.
Quote lazim 1-10-2022 12:27 PM
Iols br tau ada acik gomen pilot.  Igtkn pilot gomen ni klu tentera je..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.315382 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top