CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keluarga Bob Lokman Bakal Terima Rumah Bernilai RM75,000

30-9-2022 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1608| Komen: 2

Description: Balu kepada Allahyarham Bob Lokman, Relawati Daud, 42, bakal menerima rumah bernilai RM75,000 hasil sumbangan orang ramai menerusi organisasi Muslim Care Malaysia.
Balu kepada Allahyarham Bob Lokman, Relawati Daud, 42, bakal menerima rumah bernilai RM75,000 hasil sumbangan orang ramai menerusi organisasi Muslim Care Malaysia.


Relawati ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak Muslim Care Malaysia yang bekerja keras mengumpul dana untuk pembinaan rumah di Pasir Puteh, Kelantan itu.



"Setakat ini, saya belum lagi dimaklumkan mengenai jumlah kutipan yang spesifik, tapi kalau tak salah saya, mencecah dalam belasan ribu ringgit. Semalam, saya dapat makluman daripada video yang memaparkan Haji Zul (Presiden Muslim Care Malaysia, Zulkifli Wahijan).

"Rancangan untuk pembinaan rumah ini memang dah dimulakan sejak arwah masih ada. Pihak Muslim Care Malaysia ada datang ke rumah kami untuk berbincang memandangkan kami ada tanah dan semua dokumen. Jadi, mereka ingin bantu dari segi mencari sumbangan untuk pembinaan rumah ini," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai kehidupannya kini, Relawati berkata, dia mula menjalankan perniagaan makanan dan mengambil tempahan juadah.

"Kehidupan perlu diteruskan dan kami ada menerima sumbangan daripada beberapa pihak. Saya pun dah mula mengambil tempahan makanan antaranya bubur daging dan beberapa juadah lain. Selain itu, penjualan produk sedia ada seperti serunding daging masih lagi berjalan seperti biasa," katanya.

Semalam, Muslim Care Malaysia Society memuat naik video yang mengajak masyarakat untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga Bob.

Presidennya, Zulkifli Wahijan berkongsi mengenai kerja keras Bob sebagai pendakwah dan aktivis kerja-kerja amal bersama organisasi itu sejak 2014.

"Pada Jumaat, 26 Safar 1444 Hijrah, kita kehilangan seorang pendakwah yang banyak buat kerja-kerja kebajikan dengan Muslim Care Malaysia sejak 2014 sehingga saat-saat akhirnya.

"Dia meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah, serta seorang isteri. Sedihnya, keluarga yang ditinggalkan tidak mempunyai rumah dan terpaksa tinggal di rumah sewa, yang mana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Dengan itu, tanggungjawab bersama Muslim Care Malaysia dan juga tuan-tuan dan puan-puan yang melihat video ini, bantulah keluarga arwah untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang ala kadar supaya mereka tidak perlu lagi membayar sewa rumah," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote immaryjane 30-9-2022 06:41 PM
Ini ke bini yg curang lagu hattan nyanyi rendang tk berbuah? Dia tulis lirik ni mase terlantar sakit
Sayang sgt penulis lirik berkualiti mcm ni lagu tk byk. Lirik lagu sekarang meaningless.
Iols sekarang dok ulang2 lagu bintang budak kacamata haha.
Quote kuzaime 30-9-2022 07:11 PM
Arwah bob bnyak buat lagu. Royalti mesti ada dapat jugak kan? tak banyak sikit boleh jugak buat belanja waris2 dia yg ada..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.044414 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top