CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Majoriti Mangsa Ebit Lew Takut Nak Tuntut Keadilan

30-9-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2272| Komen: 12

Description: Majoriti mangsa gangguan seksual yang membuat aduan kepada Multiracial Reverted Muslim (MRM) tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan terutama kes membabitkan individu berpengaruh dalam masyara ...
Majoriti mangsa gangguan seksual yang membuat aduan kepada Multiracial Reverted Muslim (MRM) tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan terutama kes membabitkan individu berpengaruh dalam masyarakat.


Itu antara keterangan pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung, 39, semasa hadir sebagai saksi ketiga pertuduhan gangguan seksual terhadap Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, di Mahkamah Majistret hari ini.

Dalam sesi pemeriksaan utama, beliau memberitahu mahkamah bahawa hantaran Facebook saksi pertama iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Abu, 37, pada 26 Julai 2021 dilakukan setelah Akhi Fairuz menerima aduan daripada seorang wanita lain yang memaklumkan menerima gangguan seksual oleh Ebit Lew.


Ebit Lew (dua kiri) bersama barisan peguam belanya, Ram Singh (dua kanan), Kamarudin Mohmad Chinki (kanan) dan Timothy Daut (kiri) di pekarangan Mahkamah Majistret Tenom hari ini.


“Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan kes yang melibatkan individu-individu berpengaruh dalam masyarakat. Majoriti mangsa yang mengadu kepada kami tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

“Maka, hantaran (Facebook) itu memang tidak merujuk kepada Ebit sahaja. Kami menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi seperti kes amang seksual selebriti baru-baru ini,” katanya dihadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Firdaus yang juga Pengasas merangkap Presiden MRM itu berkata, antara isi kandungan hantaran Facebook itu adalah berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran oleh Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

“Posting (hantaran) ini dilakukan oleh Akhi Fairuz setelah kami berbincang dan mendapati terdapat wanita-wanita lain yang telah mengadu kepada kepada kami tentang gangguan seksual yang dilakukan oleh Ebit Lew.

“Maka, kami tawarkan jikalau ada wanita di luar yang menjadi mangsa seksual grooming atau gangguan seksual untuk tampil kehadapan tanpa perlu risau,” katanya.

Firdaus berkata, setahu beliau, wanita dalam kes ini membuat aduan kepada Akhi Fairuz selepas melihat satu hantaran Akhi Fairuz dan wanita ini telah berhubung dengan dengan Akhi Fairuz melalui aplikasi Whatsapp.

“Wanita ini telah mengadu kepada sahabat saya (Akhi Fairuz) bahawa dia telah menerima gambar-gambar lucah.

“Kemudian beliau (Akhi Fairuz) telah berkongsi dengan saya gambar dan tangkap layar mesej lucah daripada Ebit Lew yang diterima wanita tersebut. Saya telah menerima gambar kemaluan lelaki,” katanya.

Menurut Firdaus, beliau telah memuat turun gambar dan tangkap layar yang diterima daripada Akhi Fairuz dan secara automatik ia tersimpan dalam telefon bimbitnya.

Mengulas lanjut katanya, selain menanggung kos penerbangan pengadu bersama suaminya untuk ke Kuala Lumpur, MRM menerusi sayap wanitanya turut memberi khidmat kaunseling dan rawatan Islam kepada pengadu bagi memberi semangat dan membantu pengadu keluar daripada trauma yang dialami.

Setakat ini, tiga saksi pendakwaan telah dipanggil termasuk Firdaus, penceramah motivasi, Mohd. Fairuz serta pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Superitendan, Salwani Mohd Hadzir, 40.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 22 Disember sebagai tarikh sambungan perbicaraan kes berkenaan.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili Ram Sing, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut. 


Sumber: UTUSAN

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-9-2022 04:02 PM
Nama chinki iols nampak dolu
Quote missyL 30-9-2022 04:37 PM
Gile x tkut
Tgok komen kt fb pn seram
Quote seri_mawr 30-9-2022 05:01 PM
kesian mangsa.....
harap2 dapat pengadilan sewajarnya...
Quote BknMaksum 30-9-2022 05:14 PM
Sian mangsa mesti trauma. Mana berani nk report, dewasayu ni byk yg back up. Silap2 kes ni heols menang. Mudahan keadilan utk mamgsa2 dpt ditegakkan.
Quote msdummy.2018 30-9-2022 05:15 PM
Semoga kebenaran berpihak pada mangsa2.semoga dipermudahkan urusan
Quote BartholomewKuma 4-10-2022 09:19 AM
Awat aku rasa annoy tengok loyar dia?
Quote ifanonline 4-10-2022 09:24 AM
sebelum di sentuh ebit, adakah mangsa membelai atau menarik sedikit janggut ebit?
Quote ladybugz 4-10-2022 10:30 AM
i rasa mcm peguam dia akan twist smaada suka sama suka atau dia digoda/dijerat. nk twist bahan bukti dah payah.
Quote juruterra 4-10-2022 10:48 AM
kalau twist suka sama suka pun akan tercemar image EL ni
tatau nk komen apa,..... UEL je yg tau dia bersalah atau tidak dalam hal ni. iols bkn peminat dia, x berkenan cara dia & posting2 dia & bidadarinya ittuew
Quote Kitty_catz 4-10-2022 04:29 PM
kut kat overseas, org2 gini baru terpalit cikit je akan undur diri

kat mesia je deme lagi mendonia

cash la buat dewasayu
Quote NazRysha 4-10-2022 04:58 PM
tak faham
kes ebit ni gangguan seksual melalui telefon kan?
maksudnya perempuan tu awal sampai akhir la layan beliau menumbuk sambal?
ewwwwww zizikkkkk
Quote Kak-Rohana 4-10-2022 05:12 PM
Bidadari la sangat…. masih terbayang usap2 jejari bidadari… kasi mercedes bagai sambil ber live. Pelik TV3 tak masuk dalam Slot..Drama Sangat!

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047746 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top