CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Kekasih Kerana Pertahan Diri, Remaja Cina Berdepan Hukuman Gantung

30-9-2022 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1724| Komen: 14

Description: Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 Se ...
Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 September lalu.


Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju T berwarna hitam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.


Hui Ying dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi menghadiri pertuduhan membunuh teman lelakinya.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan ke­rana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah kemudian me­netapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember ini bagi penye­rahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh telah ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak menikam teman lela­kinya menggunakan sebilah pisau ketika cuba mempertahankan diri dengan menentang kemahuan kekasihnya yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.

Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum mereka membuat laporan polis.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 30-9-2022 04:18 PM
agak lemah alasan pertahankan maruah sedangkan kau dalam situasi dalam bilik hotel bersama si mati
samala mcm Pak Najib kata itu bukan duit dia sedangkan akaun tu nama dia

apa ko ingat BF ko nak geli geli manja atas katil berpeluk sambil tgk drama korea kah?
Quote dua_chzy 30-9-2022 04:20 PM
tri-max replied at 30-9-2022 08:18 AM
agak lemah alasan pertahankan maruah sedangkan kau dalam situasi dalam bilik hotel bersama si mati
s ...

Takde la lemah sangat. It's all about consent. Laki rogol bini pun boleh didakwa jika bini tak beri consent.
Quote tri-max 30-9-2022 04:28 PM
dua_chzy replied at 30-9-2022 04:20 PM
Takde la lemah sangat. It's all about consent. Laki rogol bini pun boleh didakwa jika bini tak ber ...

tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pisau tu? dlm hotel provide pisau ke?

Quote Zack8hunter 30-9-2022 04:31 PM
tang ada pisau tu meragukan
Quote dua_chzy 30-9-2022 04:32 PM
tri-max replied at 30-9-2022 08:28 AM
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pis ...

Some piple memang bawak benda tajam ke mana2 macam aiol suka bawak gunting dalam henbeg huntok kegunaan seharian dan huntok tikam sapa2 sebagai self defence sekiranya perlu. Urgh, semoga tak perlu guna gunting tu huntok tikam sapa2.

Quote Skuau 30-9-2022 04:50 PM
tingat citer The Perfect Mother(netflix)...baca kisah ni.
Quote testly 30-9-2022 04:56 PM
Kes yg org yu pertahankan diri n keluarga dia dr perompak pun org tu kena hukuman. Xkan yg ni lepas kot? Suspicious sgtlah dgn ada pisau bagai... Pastu gedik ikut msk bilik hotel lak tu... Xkan selama bercouple kecenderungan ke arah tu xde kan..non muslim lak tu... Sendiri mengundang bhy kepd diri sendiri
Quote Skuau 30-9-2022 05:06 PM
testly replied at 30-9-2022 04:56 PM
Kes yg org yu pertahankan diri n keluarga dia dr perompak pun org tu kena hukuman. Xkan yg ni lepas  ...

bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu..dgn syarat saling hormat menghormati.....konsep 'birahnya ko dek'..tu kira x terpakai sgt kt budaya drng..melainkan depa kuat agamanya...
Quote sharlenetexas 30-9-2022 05:08 PM
Skuau replied at 30-9-2022 05:06 PM
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu. ...

Duk sebilik pakai tudung, bantal jadi border.


Quote redz85 30-9-2022 06:53 PM
kesian Hui Ying, semoga ada keadilan..
Quote kam3n 30-9-2022 07:03 PM
Skuau replied at 30-9-2022 05:06 PM
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu. ...

Non moslem yang bumi pun ada je duduk sebilik, tapi dorang ambil katil twins, unlike yang moslem gigih berborderkan bantal semata2 nak jimat
Quote CikYaYaYa 30-9-2022 07:08 PM
Mana diaaa dapat pisau tikam bf diaa? Biasanya dalam hotel xdak sediakan pisauu
Quote jazaa100 30-9-2022 09:03 PM
tri-max replied at 30-9-2022 04:28 PM
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pis ...

Mgkin dia panic....
Klu dia tak bunuh, dia akn dibunuh.....
Yg lawan dia tu tenaga lelaki......kuat kan berbanding dia....
Quote JunkMail 30-9-2022 09:09 PM
CikYaYaYa replied at 30-9-2022 07:08 PM
Mana diaaa dapat pisau tikam bf diaa? Biasanya dalam hotel xdak sediakan pisauu

Mungkin cutter nak buat potong buah .. gitu aku bersangka baik

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.269632 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top