View: 1809|Reply: 14
|
Bunuh Kekasih Kerana Pertahan Diri, Remaja Cina Berdepan Hukuman Gantung
[Copy link]
|
|
Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 September lalu.
Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju T berwarna hitam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini.
 Hui Ying dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam bagi menghadiri pertuduhan membunuh teman lelakinya.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember ini bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh telah ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September.
Difahamkan, remaja berkenaan bertindak menikam teman lelakinya menggunakan sebilah pisau ketika cuba mempertahankan diri dengan menentang kemahuan kekasihnya yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaan.
Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum mereka membuat laporan polis.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
agak lemah alasan pertahankan maruah sedangkan kau dalam situasi dalam bilik hotel bersama si mati
samala mcm Pak Najib kata itu bukan duit dia sedangkan akaun tu nama dia
apa ko ingat BF ko nak geli geli manja atas katil berpeluk sambil tgk drama korea kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 30-9-2022 08:18 AM
agak lemah alasan pertahankan maruah sedangkan kau dalam situasi dalam bilik hotel bersama si mati
s ...
Takde la lemah sangat. It's all about consent. Laki rogol bini pun boleh didakwa jika bini tak beri consent. |
|
|
|
|
|
|
|
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal 
anyway mana dia dapat pisau tu? dlm hotel provide pisau ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
tang ada pisau tu meragukan |
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 30-9-2022 08:28 AM
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pis ...
Some piple memang bawak benda tajam ke mana2 macam aiol suka bawak gunting dalam henbeg huntok kegunaan seharian dan huntok tikam sapa2 sebagai self defence sekiranya perlu. Urgh, semoga tak perlu guna gunting tu huntok tikam sapa2.
|
|
|
|
|
|
|
|
tingat citer The Perfect Mother(netflix)...baca kisah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes yg org yu pertahankan diri n keluarga dia dr perompak pun org tu kena hukuman. Xkan yg ni lepas kot? Suspicious sgtlah dgn ada pisau bagai... Pastu gedik ikut msk bilik hotel lak tu... Xkan selama bercouple kecenderungan ke arah tu xde kan..non muslim lak tu... Sendiri mengundang bhy kepd diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
testly replied at 30-9-2022 04:56 PM
Kes yg org yu pertahankan diri n keluarga dia dr perompak pun org tu kena hukuman. Xkan yg ni lepas ...
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu..dgn syarat saling hormat menghormati.....konsep 'birahnya ko dek'..tu kira x terpakai sgt kt budaya drng..melainkan depa kuat agamanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 30-9-2022 05:06 PM
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu. ...
Duk sebilik pakai tudung, bantal jadi border.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian Hui Ying, semoga ada keadilan..  |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 30-9-2022 05:06 PM
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu. ...
Non moslem yang bumi pun ada je duduk sebilik, tapi dorang ambil katil twins, unlike yang moslem gigih berborderkan bantal semata2 nak jimat  |
|
|
|
|
|
|
|
Mana diaaa dapat pisau tikam bf diaa? Biasanya dalam hotel xdak sediakan pisauu  |
|
|
|
|
|
|
|
tri-max replied at 30-9-2022 04:28 PM
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pis ...
Mgkin dia panic....
Klu dia tak bunuh, dia akn dibunuh.....
Yg lawan dia tu tenaga lelaki......kuat kan berbanding dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
CikYaYaYa replied at 30-9-2022 07:08 PM
Mana diaaa dapat pisau tikam bf diaa? Biasanya dalam hotel xdak sediakan pisauu
Mungkin cutter nak buat potong buah .. gitu aku bersangka baik  |
|
|
|
|
|
|
| |
|