CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hidup Bermadu Tak Akan Terjadi Kepada Saya,"-Puteri Sarah

30-9-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3654| Komen: 28

Description: "Watak Bibi tidak ada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang." kata pelakon Puteri Sarah, 37, sekali gus menafikan watak Bibi yang dilakonkan dalam pementasan Teater Maduku Terpalin ...
"Watak Bibi tidak ada kaitan langsung dengan situasi rumah tangga saya sekarang." kata pelakon Puteri Sarah, 37, sekali gus menafikan watak Bibi yang dilakonkan dalam pementasan Teater Maduku Terpaling Kalut ada kaitan dengan dirinya.


Ia susulan perkahwinan dibina bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof didakwa bermasalah ekoran kehadiran orang ketiga.

Foto: IG

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, jalan cerita dalam teater itu yang memaparkan watak Bibi bermadu belum dan tidak akan terjadi dalam kehidupan sebenarnya.

"Teater ini Maduku Terpaling Kalut, ia belum lagi dan takkan terjadi pada saya," katanya kepada Harian Metro.




Terdahulu, Puteri Sarah ditemui selepas pementasan hari pertama Teater Maduku Kalut yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama, di sini, semalam.

Pada pementasan itu, Puteri Sarah yang pertama kali terbabit dalam bidang teater dilihat berjaya melontarkan emosi dan lakonan yang cukup baik.



"Saya nak bagi yang terbaik. Selama ini orang cakap saya cantik tapi lakonan 'okay okay saja'. Bagi saya tak. Saya nak buktikan kepada semua yang saya boleh berlakon. Insya-Allah saya sudah buktikan.

"Kalau dari segi emosi pula, saya memang 'all out' dan lepas geram. Tapi itu adalah watak Bibi. Kalau Puteri Sarah sebenar lain. Puteri Sarah dia buat apa yang dia buat sekarang yang mana bertindak dengan bijak dan menggunakan platform betul dengan saluran mahkamah," katanya.



Mengenai pembabitannya pada teater itu, Puteri Sarah berkata, dia hampir menarik diri pada saat akhir.

"Saya betul-betul kecewa dengan diri sendiri sampai menjerit dan tak nak berlakon. Saya minta produksi mencari pelakon lain. Penerbit pun cakap dua hari lagi nak pementasan. Ketika itu saya memang 'blank'. Tapi mereka nasihat dan bagi motivasi, jadi saya buat. Alhamdulillah, semuanya okay," katanya.



Selain Puteri Sarah, teater terbitan Shawn Amer itu turut menampilkan lakonan Azrel Ismail, Anna Jobling, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Joe.

Teater Maduku Terpaling Kalut dipentaskan hingga 2 Oktober ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 30-9-2022 11:25 AM
Ia belum dan takkan terjadi..mksdnya mmg xkawin lagi lah skandal tuh kan?
Quote manehnya 30-9-2022 11:26 AM
jgn yakin sgt sis
Quote HoneyManjer 30-9-2022 11:31 AM
jangan riak sangat...kuasa Allah melebihi segala galanya...walaupun hang taknak benda tuh
Quote Mata.kucing 30-9-2022 11:42 AM
ko jg laki ko jgn rela sgt kn disondol penyondol psg kekunci si anu tuh smoga laki ko xcr laenkaliigt laki kelemahan die pmpn nk2 jenis penyondol
Quote opie5662 30-9-2022 11:48 AM
Aku rase die dh xde hati pon dkt laki die. Apa die buat just saje nk menyusahkan pihak sane. Sbb die takde pon usaha nk berbaik ngan laki taguna die tu....
Quote Mamioomami 30-9-2022 11:56 AM
Cakap pandang bawah juga sis. Apa yang jadi sekarang pun tak pernah sis terfikir kan
Quote ayukpingu 30-9-2022 12:23 PM

apa yang kita tanak, tu yang kita dapat nanti. hati2 bila berbicara
Quote jiwakacau06 30-9-2022 12:26 PM
Edited by jiwakacau06 at 30-9-2022 12:27 PM
opie5662 replied at 30-9-2022 11:48 AM
Aku rase die dh xde hati pon dkt laki die. Apa die buat just saje nk menyusahkan pihak sane. Sbb die ...


btl...i pn rsa mcm tu...dia mmg xnk bermadu...dan dia xkisah dh laki dia nk apa pn...

shawn amer ni bkn jaga jah ke dulu...
Quote smudger01 30-9-2022 12:31 PM
opie5662 replied at 30-9-2022 11:48 AM
Aku rase die dh xde hati pon dkt laki die. Apa die buat just saje nk menyusahkan pihak sane. Sbb die ...

I feel the same too. Maybe nk tunggu urusan court settle dl.
Quote annehuda 30-9-2022 12:35 PM
Yang aku paham dia lg rela bercerai dari bermadu. Tapi dia nak tunggu yang sebelah laki die sanggup tak lepaskan dia sbb nk kawen ngan penyondol kasut tongkol tu. Andai kata laki die kawen jugak dia akan mohon cerai. Aku paham camnilah
Quote bulanbulat 30-9-2022 12:40 PM
Takkan terjadi sebab dia rela cerai kan. Bukan mcm. Dr imelda punya confident tu
Quote auntyonion 30-9-2022 12:45 PM
Yaqeen sgt tu zis
Quote doubleA 30-9-2022 12:53 PM
Cantik, bijak, done up diri sendiri iyelah Ps
Quote winky1 30-9-2022 12:58 PM
opie5662 replied at 30-9-2022 11:48 AM
Aku rase die dh xde hati pon dkt laki die. Apa die buat just saje nk menyusahkan pihak sane. Sbb die ...

Setuju ....siapa yg rasa sy tu husband material silakan....
Quote Thunderclouds 30-9-2022 01:04 PM
How presumptuous of u dekkk
Quote kaseh80 30-9-2022 01:08 PM
Riak sgt ni
Yg katta tak nak selalu ya akan berlaku
Quote Mamijarum06 30-9-2022 01:21 PM
annehuda: Yang aku paham dia lg rela ber ...
ioll pun paham camni jgk. Kalau ioll pun taknak madu2 ni. Too much conflict la. Ingat senang ke wei. Makan hati. Drpd suffering cuba nak be ok with the situation i would rather channel the energy towards building a new life. Single pun takpe lah. Trying to find happiness dgn status single ioll rasa lebih mudah kot dr finding happiness dlm keadaan bermadu. But at the end of the day situasi setiap org berbeza, preference org pun berbeza. So no judgement whichever yg dipilih. Carilah bahagia
Quote rain2169 30-9-2022 01:21 PM
sapa kita nak menidakkan apa yang Allah rancang untuk kita.
semoga Allah permudah urusan anda.
Quote Hypothetically 30-9-2022 01:35 PM
Do wtever it takes to make u happy sarah. Confident is good and yr self worth is important. All the best.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.064396 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top