CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Yusof Haslam Enggan Komen Filem Baharu Syamsul, Hal Babit Keluarga Perkara Sensitif

30-9-2022 10:53 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1879| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam mengunci mulut mengenai berita anaknya, Syamsul Yusof yang bakal menghasilkan filem The Original Gangster.Memetik laporan Xtra, Yusof enggan meng ...
Sumber Utusan


Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam mengunci mulut mengenai berita anaknya, Syamsul Yusof yang bakal menghasilkan filem The Original Gangster.

Memetik laporan Xtra, Yusof enggan mengulas lanjut mengenai filem yang tidak diterbitkan oleh Skop Production kerana hal membabitkan keluarga adalah perkara sensitif.

"Saya enggan komen hal berkaitan dengan Syamsul. Itu hak dia. Saya dapat tahu mengenai hal ini pun selepas mendengar daripada orang. Saya tidak mahu ulas sebarang perkara berkaitan hal terbabit," katanya.



Penerbit itu diminta untuk mengulas mengenai The Original Gangster yang diterbitkan oleh Syamsul Yusof Films Sdn Bhd bersama Razor Edge Pictures.

Tambah Yusof, dia difahamkan Syamsul tidak menerbitkan filem KL Gangster 3 seperti yang pernah dikhabarkan sebelum ini.

"Saya difahamkan juga, Syamsul tak buat KL Gangster 3. Syamsul tukar tajuk dan dia buat cerita ini. Tapi itu hak dia. Perkara ini melibatkan anak beranak, jadi agak sensitif," katanya.


Terdahulu, Syamsul mendedahkan mengenai karya baharu terbabit menerusi poster acah yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Pengarah yang terkenal dengan filem Munafik itu turut berkongsi maklumat The Original Gangster akan menjadi filem aksi moden termahal yang pernah diterbitkan.

Barisan pelakon yang bakal membintangi filem terbabit ialah Datuk Aaron Aziz, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul sendiri bersama bintang aksi terkenal Indonesia, Yayan Ruhian. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwakacau06 30-9-2022 10:58 AM
semoga sol ni xmenyesal di kemudian hari...
dan tahniah kepada org yg jd punca keluarga sol berpecah belah...tu yg dia nak sgt
Quote kuzaime 30-9-2022 11:06 AM
Macam biasa, skrip mesti banyak luu guaaa luu guaaa
Quote buragazz 30-9-2022 11:08 AM
Apa citer dengan filem sci fi yang dia nak buat tu dulu ada kejap poster keluar.. pastu dah takde genre lain ker hantu gaduh2 bosan la baru jer Mat Kilau keluar buat la citer lain.. bergabung ngan adik ko buat balik sci fi tu.. tak silap poster tu ada UFO terapung kat KL seingat aku la..
Quote nadie90 30-9-2022 11:35 AM
Edited by nadie90 at 30-9-2022 03:38 AM

Baru tau Sol buka syarikat produksi sendiri.....xnak kaitkan syarikat produksi DYH dgn kontroversi yg SY sendiri cari kot huhu...xpa DYH....syarikat Skop Production SB boleh turunkan kat Syafiq terus hehe suka hati ja

Tgk pd senarai nama pelakon filem baru tu....cuma Beto & kang Yayan ja setakat ni #benderahijau....yang lain no komen
Quote AcikBuncit 30-9-2022 12:43 PM
Hrp kalo buat filem tokoh tu pasni jgnla begegor sgt lg kamera tu ye sol.. Kurgkn ucapan umno dlm skrip..
Quote Sazreena 1-10-2022 10:51 AM
Kepala dah besar boleh lah lansi bukak production house sendiri. Jangan lupa asal usul dan org yg dah berbudi pada diri. Konfem funding xyah sesusah cari.
Quote me12345 1-10-2022 11:10 AM
Pelakon2 ..hhmmm...filem maki hamun ke
Quote kucing_gebu 1-10-2022 11:25 AM
Aron aziz???? Mmmmmm....
Quote kucing_gebu 1-10-2022 11:27 AM
Dia ni xabis2 filem gangster..lu gua..lu gua kasi langgar..kasi pancung...bosan
Quote ezacbee 1-10-2022 11:33 AM
Dah cam cite KL Gangster. Shark tembak King. Shark berkuasa.

Tabahlah Skop. Kasi lawan dengan SYF.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048985 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top