CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Dah Move On,"-Che Amran Malas Nak Ulas Nazrey Tak Suka Glamour

27-9-2022 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2033| Komen: 10

Description: "Kami enggan ulas kenyataan yang dikeluarkan oleh dia (Nazrey Johani). Kalau diikutkan kami dah 'move on' dan enggan kenang kisah lama. Kami lebih fokus pada Konsert Garis Masa Raihan November ini." . ...
"Kami enggan ulas kenyataan yang dikeluarkan oleh dia (Nazrey Johani). Kalau diikutkan kami dah 'move on' dan enggan kenang kisah lama. Kami lebih fokus pada Konsert Garis Masa Raihan November ini."


Demikian kata anggota kumpulan Raihan iaitu Che Amran Idris berkenaan cerita terbaru membabitkan mereka dan bekas anggotanya, Nazrey Johani.

Menerusi satu temubual sebelum ini, Nazrey mendedahkan perasaannya tidak pernah merasa tenang semasa bersama Raihan kerana menjadi tumpuan ramai setiap masa.


Foto: xtra

Malah keputusannya untuk keluar dari Raihan dibuat kerana memikirkan dia tidak pernah mengejar populariti.


Che Amran yang dihubungi berkata, dia seboleh mungkin tidak mahu memperkatakan hal ini kerana tidak mahu ia disensasikan oleh mana-mana pihak.

"Minta maaf sangat. Cukup-cukuplah perkara ini diperkatakan. Benda pun dah lama berlaku," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Nazrey dalam kenyataannya berkata, dia sudah 16 tahun meninggalkan Raihan.

Semasa dalam tempoh bersama Raihan, dia tidak pernah rasa bangga meskipun kumpulan nasyid itu dikenali di seluruh dunia. Dia juga mengakui sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan meninggalkan kumpulan itu.

"Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tak mahu populariti itu.

"Hati saya jadi tak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan," katanya.

Sementara itu, Che Am meminta peminat genre nasyid mengetepikan apa yang berlaku dan memberikan sokongan terhadap Konsert Garis Masa Raihan yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, pada 26 November ini.

"Raihan kini sudah melewati 26 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air dan inilah yang sepatutnya diberikan tumpuan.

"Setakat ini sambutan terhadap penjualan tiket boleh dikatakan menggalakkan. Kami percaya jualan tiket akan bertambah menjelang hari persembahan nanti.

"Kami juga mensasarkan 7,000 penonton akan hadir nanti," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 27-9-2022 06:20 PM
Sampai bila2 kita takan tau permasalahan raihan vs nazrey ni. Hairan kannn...
Quote pearl.silver 27-9-2022 06:23 PM
Tiket mahal x. Mcm nk kasi support je.
Quote LadyCarefree 27-9-2022 06:27 PM
Nampak mcm nazghri yg dengki dgn kambek rehan
Quote lolipopi 27-9-2022 06:42 PM
Tu la kalau harga tiket fair boleh gak join bawak family sekali kasi support...ni anak aku tu asik la bts manjangg
Quote Perawankota 27-9-2022 10:02 PM
Ticket paling murah rm99.. Tapi ticket still banyak LG tu
Quote shiraloveyou 27-9-2022 10:10 PM
Macam nak support jah...
Quote shiraloveyou 27-9-2022 10:11 PM
Perawankota replied at 27-9-2022 10:02 PM
Ticket paling murah rm99.. Tapi ticket still banyak LG tu

Tengok kat mana ticket tu?
Quote anony-mous 27-9-2022 10:12 PM
ezacbee replied at 27-9-2022 06:20 PM
Sampai bila2 kita takan tau permasalahan raihan vs nazrey ni. Hairan kannn...

I rasa problem ni lebih pd personal problem. Mgkin ahli lain mampu kawal perasaan bila popular. Tp bg nazrey dlaman dia mgkin xkuat bila popular. Dia ada perasan takut bila popular. Agknya takut lupa diri etc. So i rasa bkn salah mana2 pihak. Cuma kecewa la kalau nazrey join, lg best
Quote Perawankota 27-9-2022 10:22 PM
shiraloveyou replied at 27-9-2022 10:11 PM
Tengok kat mana ticket tu?

https://www.ticket2u.com.my/event/28297/raihan-garis-masa-concert
Quote shiraloveyou 27-9-2022 10:48 PM
Perawankota replied at 27-9-2022 10:22 PM
https://www.ticket2u.com.my/event/28297/raihan-garis-masa-concert

Thanks uolsss

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.176557 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top