CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolak Masuk Mana-Mana Pertandingan- Najwa Latif Sedar Diri Tak Cantik, Suara Biasa Je

27-9-2022 06:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4603| Komen: 52

Description: Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan sendiri.
Najwa Latif mengakui tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian kerana sedar dengan kemampuan sendiri.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 27, selain tahap vokalnya, dia juga melihat dirinya tidak mempunyai pakej lengkap seperti peserta yang menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.


Foto: IG

“Saya pernah dapat soalan ini dan akan jawab lagi. Berkemungkinan besar untuk saya tidak menyertai mana-mana pertandingan.

“Saya sedar suara average (biasa) dan pakej yang dimiliki kalah jauh daripada penyanyi lain,” katanya.



Tambah pelantun lagu Cinta Muka Buku itu, kalah daripada aspek penampilan ialah mengenai rupa paras dan caranya bersosial dengan individu lain.

“Saya tidak cantik seperti penyanyi lain. Kurang bergaya dan tidak pandai bergaul sangat.

“Jadi, saya sedar diri dan lebih baik tidak perlu bertanding. Bual hal sendiri sahaja,” ujarnya.



Dia berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pengikut Instagramnya yang mempersoalkan bila akan menyertai program Gegar Vaganza (GV).

“Najwa bila nak masuk GV?” tanya seorang netizen.



Untuk info, Najwa pernah meledak menerusi lagu Carta Hati dan Sahabat.

Dia juga pernah dilabelkan sebagai pelopor Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU).-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-9-2022 06:28 PM
U do u je najwa. Suka dia neh. Wat hal sundrik je. Bljaq pn pndai.
Quote hasniey 27-9-2022 06:32 PM
27 dah.masa awal2 nyanyi dulu bru tgktn 4 kan.
Quote suka2 27-9-2022 06:38 PM
Najwa latif ni wpun rupa biasa suara biasa tp boleh layan lagu2 dia.
Quote caprut 27-9-2022 06:39 PM
Da berjaya or famous jd penyayi tayah la gigih join lg. Apa yg nk cuba dibuktikan?
Quote Lengkong 27-9-2022 07:13 PM
najwa yang bijak
Quote anony-mous 27-9-2022 07:16 PM
Org ckp suara dia xsedap, tp she one of my fav singer. Lagu2 best, byk cipta sendiri plak tu. Bg i, suara dia unik. Dgr sekali dah tau tu dia. X guna suara mcm tomok gigil2 tarik tggi tp x sedap dgr. Suara dia n yuna i suka
Quote hudalarva 27-9-2022 07:22 PM
najwa mmg dah terletak elok di tempat dia... yup i setuju dgn apa yg sheols kata... pakej yg bukan utk pertandingan tapi dah cukup utk menyeri dunia hiburan tanahair... jack of all trades... u go sis
Quote missyL 27-9-2022 08:38 PM
Comey la die nie
Cerdik plk tu.
Aslkn u ols happy najwa
Quote abangadek 27-9-2022 08:45 PM
Yg penting hidung.. bibir.. dagu dia ori
Quote Mamajiyem 27-9-2022 08:47 PM
Suara ok, lagu best, ok je najwa ni...
Quote makneng 27-9-2022 09:47 PM
Mcm x caya dia belum 30yrs. Lupa yang dia ni start nyanyi itu jam masih sekolah menengah lg
Quote makadek 27-9-2022 09:48 PM
Btul tu jd lec sudah lg nampk educated
Quote Nenolen 27-9-2022 10:01 PM
buat Najwa...ketahuilah adik ada peminat yg setia...anak2 bujang kaka ulang dengar lagu ko sampai sekrg dik sebb masa ko meletup tu depa sekolah rendah...rasanya kalu ko buat mini konsert ramai yg dtg dik...

lagu ko yg acik tahu...

cinta muka buku
sahabat
kosong-kosong
kuatkan radio 2x (ni feveret)
Quote Perawankota 27-9-2022 10:09 PM
Bagus dia ni. Tak syok sendiri
Quote tom2 27-9-2022 10:11 PM
Nenolen replied at 27-9-2022 10:01 PM
buat Najwa...ketahuilah adik ada peminat yg setia...anak2 bujang kaka ulang dengar lagu ko sampai se ...

Lagu ape yang aku x patut, tak patut? Dengan 2 lelaki Singapore. Adik iols selalu nyanyi, aku terkentut, terkentut.. tapi najwa ni comell la
Quote LadyCarefree 27-9-2022 10:14 PM
Edited by LadyCarefree at 27-9-2022 09:46 PM
Thunderclouds replied at 27-9-2022 05:28 PM
U do u je najwa. Suka dia neh. Wat hal sundrik je. Bljaq pn pndai.


Setuju.

Dia dah kahwin ke?

https://youtu.be/3RgeAGxQVXc

https://youtu.be/yDxoKNeD7kM
Quote Thunderclouds 27-9-2022 11:22 PM
LadyCarefree replied at 27-9-2022 10:14 PM
Setuju.

Dia dah kahwin ke?


Belom kan? Bukan ada tered few months back pasal najwa? Iols bukan kenal dia kaka
Quote Whitney72 28-9-2022 01:07 AM
Suka dia ni..jnis humble n sedar diri..semoga Allah kurniakan yg baik2 utk mu Dik..Aamiiiin
Quote DeLuna85 28-9-2022 03:43 AM
Janji najwa bijak ada pelajaran. Rupa tu comel je sebenarnya.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.235512 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top