CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aprena Manrose Berniqab

27-9-2022 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3972| Komen: 36

Description: Aprena Manrose mencuri perhatian apabila hadir sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah.
Aprena Manrose mencuri perhatian apabila hadir sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, dia hadir ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri wanita sahaja dengan memakai jubah dan berniqab.


Sia meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan dalam menghadiri majlis ilmu tersebut demi memperbaiki diri lebih baik berbanding sebelum ini.
Foto: IG

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.

“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang lemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya.


Bukan itu sahaja, Aprena turut terharu apabila menerima maklum balas positif daripada netizen dan meminta doa agar dia sentiasa istiqamah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.



“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.

“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian. Insya-Allah,” katanya.



Di ruangan komen, rata-rata netizen berbangga dengan perubahan yang dilakukan oleh pelakon yang berusia 29 tahun itu untuk menjadi seorang muslimah yang baik. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 27-9-2022 06:49 PM
Ya Allah seronoknya rasa. Teringat time kecik² ayah bawak g usrah. Ada usrah sampai ke perak ada kat bukit cerakah. Time tu bukit cerakah cantik sgt, sungai dia pon best jugak. Skrg lama dah ayah tak buat majlis ta'lim. Tp time kecik tu iolss still tak boleh terima kena pakai mcm ni sbb time tu ramai yg belum kenal & suka tabligh ni. Alhamdulillah tengok skrg makin ramai dah join. Harap iolss jumpa balik jln menuju kesini
Quote Hoshhi 27-9-2022 10:24 PM
Jah 2.0 ke
Quote Hoshhi 27-9-2022 10:25 PM
Harap pakai btol2 ikhlas, bukan sbb nk validation org ramai..x gitu
Quote makadek 27-9-2022 10:27 PM
Sori tak sokong nikob , mcm lisa ok simple
Tp apa pn mesti pak iwan gembira
Quote AcikBuncit 27-9-2022 10:55 PM
Solat cukup, tutup aurat, jgn buat benda haram. Basic starter pack titian sirat.. Yg lain2 tu develop la pelan2.. Kalo ada basic tiga tu insyaallah mudah nak istiqomah dh. Niqab ni xperlu pn xpe..
Quote gigahertz 27-9-2022 11:45 PM
Aduh kenapa tutup.
Quote Acikgomen 27-9-2022 11:48 PM
Mungkin dia happy dpt pakai niqab dlm majlis ilmu
Esok2 dia haplod gambaq takdak niqab, jgn plak netijen nak kecam
Niqab ni bukan wajib, sunat je
Biaq laaaaaa
Quote anony-mous 27-9-2022 11:55 PM
Klau x ready, xpayah la. Nanti mcm nelly tu
Quote DeLuna85 28-9-2022 12:18 AM
Jgn la pakai niqab lepas tu selfie bulatkan mata besar2.
Quote orkidorkido 28-9-2022 12:38 AM
Tutup sebab pergi majlis tu jer kut.
Tak payah berpurdah la, takkan lama nya. Kau akan buka balik. Biasa-biasa jelah, tak perlu ekstrim.
Quote Suchi 28-9-2022 10:04 AM
Edited by Suchi at 28-9-2022 10:16 AM
makadek replied at 27-9-2022 10:27 PM
Sori tak sokong nikob , mcm lisa ok simple
Tp apa pn mesti pak iwan gembira


Iols kadang tak paham dgn set2 nikobis ni, ada yg mmg pakai dan langsung tak tonjolkan diri.
Tp lebih ramai yg pakai tp suka nak jd pemes, nak jadi influencer bagai pakat nak jd kerul aming.

Rata2 ramai follower kat socmed, suka bergambar walau cuma nampak mata.
Selama ni iols igt hat pakai ni sbb dia introvert malu nk menonjol tp hakikatnya takpun dorang ni laa yg paling lantang kat socmed. Setiap jam update status walau semua mak2 org belaka pastu rata2 mesti ada masalah kesihatan mental selalunya claim ada anxiety la, depresi bagai tak lupa claim diri introvert sedangkan introvert ni bkn berckp ngn org je depa kurang menulis kat socmed gak.

Memandangkan nikob bukan wajib maka iols percaya rata2 yg pakai sbb nak sembunyikan sisi lain dlm diri memasing.
Hanya yg rapat jelaa yg tau siapa kalian disebalik imej tutup litup tu.


Quote Suchi 28-9-2022 10:12 AM
AcikBuncit replied at 27-9-2022 10:55 PM
Solat cukup, tutup aurat, jgn buat benda haram. Basic starter pack titian sirat.. Yg lain2 tu develo ...

Tp kat socmed mesti ada yg komen
“Harap2 saya akan sampai tahap ni(pakai nikob)skrg blm mampu lagi..”
Seolah2 nikob tu tahap tertinggi tutup aurat, kira selagi tak tutup muka rasa masih tak sempurna menutup aurat.
Quote Lavender_Violet 28-9-2022 10:22 AM
Haihhhhh...x payah lah Aprina oiii...kalau ko masih lagi nak aktif dlm industri seni yg lagha tuh
Pakai niqob time pegi usrah semua wanita
Dah semua wanita ko pakai niqob tu buat apa? Aurat sesama wanita Islam dah tak payah nak bertutup litup segala tu
Nak berniqob sangat, buat cam Noorkumalasari tu...baru betul
Quote Dorotheas 28-9-2022 10:24 AM
Da lupa muka dia mcm mane
Quote Lavender_Violet 28-9-2022 10:24 AM
Suchi replied at 28-9-2022 10:12 AM
Tp kat socmed mesti ada yg komen
“Harap2 saya akan sampai tahap ni(pakai nikob)skrg blm mampu la ...

Kan?
Rengsa iols
Dah terang2 dlm Al Quran dijelaskan aurat wanita tu kecuali muka & tapak tangan
Gigih sekor2 nak berniqob
Walhal yg 5 waktu pun buat tak buat jek
Quote KBW2 28-9-2022 10:24 AM
Acikgomen replied at 27-9-2022 11:48 PM
Mungkin dia happy dpt pakai niqab dlm majlis ilmu
Esok2 dia haplod gambaq takdak niqab, jgn plak net ...

Tak wajib, sunat pun tak
Quote Acikgomen 28-9-2022 10:34 AM
KBW2 replied at 28-9-2022 10:24 AM
Tak wajib, sunat pun tak

Haahhhh lagi la. Sunat pun tak. So kalo dia loaded kat socmed kejap ada niqab kejap takde, tak perlu la kita nak kecam dia
Nak istiqomah pun susah asek kena hadap kecaman
Agittewwwww acik komen pozitip vaib kat tered nih
Quote Acikgomen 28-9-2022 10:40 AM
Suchi replied at 28-9-2022 10:04 AM
Iols kadang tak paham dgn set2 nikobis ni, ada yg mmg pakai dan langsung tak tonjolkan diri.
Tp le ...

Tu dah terang2 nampak niat dia hape
Ada sorang nikobis buat bideo tiktok mengeluh imigresen epot soh dia bukak nikob lama sgt, abis semua zantan nampak muka dia cemana
Nangis nikobis tuh kena buli dgn acik imigresen
Dimana keadilan utk nikobis katanye
Patutnye buat la pengadang khas utk nikobis bukak kain muka, muka nikobis neh takleh tunjuk kat sesapa pahammnmmmmm
Quote mizruncing 28-9-2022 10:45 AM
tak heran pon. berubah patut slow2. bukan terus berniqab tupp upload pic nak kan org puji kau.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.110113 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top