CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Thailand Dah Kongsi Semua Maklumat Kehilangan Ejen Kosmetik

22-9-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2089| Komen: 6

Description: Polis Thailand berkata, pihaknya sudah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu dengan rakan setugas di Malaysia.
Polis Thailand berkata, pihaknya sudah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lalu dengan rakan setugas di Malaysia.


Namun, Ketua Polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, enggan mengulas mengenai maklumat yang dikongsinya dengan polis Malaysia.

"Kami bekerjasama dengan polis Malaysia… Mereka mempunyai semua maklumat," katanya kepada Bernama.


Harian Metro

Pada 13 September, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat, kira-kira 5.10 petang.


Empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita berkenaan dan membawanya ke Thailand melalui jeti haram di Tumpat.

Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun berkata berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-9-2022 07:02 PM
Apa maklumat terkini?....
Quote zorrro_03 22-9-2022 07:03 PM
berurusan dengan penjenayah pasti berakhir dengan keburukan..  moga mereka yang tak bersalah diselamatkan.
Quote pooh~key 22-9-2022 07:18 PM
Akak cuma mampu berharap tuhan wujud lalu menghapuskan kejahatan jah sis.
Quote CiliPadiSedap 22-9-2022 08:00 PM
yg laki 5 tahun lepas xjumpa lg kan. thailand tu el chapo asia 3 triangle.
Quote Purplehaz 23-9-2022 04:08 PM
Kwn I ckp ..taikun..ketua penjenayah hebat kat Thai ni mmg dr dulu x pernah dpt dihapuskan ditangkap..dh negara dorang mmg mcm tu.
x mcm kat m'sia..polis kita.. bab ketua geng yg ganas mmg cepat dpt digulingkan even smpai saki baki geng.
Quote Highflyer19 24-9-2022 07:06 AM
Bagus polis thai ada inisiatif mencari

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.044509 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top