CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mak Ayah Syok Karaoke- Anak 3 Tahun Ditinggalkan Seorang Dalam Bilik, Mati Terjatuh Dari Tingkat Tiga

21-9-2022 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2520| Komen: 24

Description: PEKANBARU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Jalan Jenderal Sudirman, Riau.
PEKANBARU: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut terjatuh dari tingkat tiga di Hotel Grand Central, Jalan Jenderal Sudirman, Riau. 

Ketua Polis Bukitraya, Syafnil berkata, ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian di dalam bilik hotel tersebut kerana ibu bapanya sedang berkaraoke di tingkat bawah bangunan. 

Foto: Kompas.com

“Kita dapati mangsa tinggal seorang diri pada awal pagi sebelum jatuh melalui tingkap pada waktu subuh. 

“Ibu bapa kanak-kanak itu yang berasal dari Lampung mengaku mereka pergi berkaraoke pada waktu itu,” katanya lapor Kompas.com. 


Mangsa merupakan anak kepada pasangan Muhammad Rizky Ravaneli, 22, dan Okta Reviani Heni, 23.

Menurut Syafnil, kejadian disedari oleh pengawal keselamatan dan pengurus hotel tersebut. 

Katanya, ketika kejadian, saksi terdengar seperti bunyi jatuh dari laluan masuk hotel sebelum mendapati mangsa terbaring atas lantai dengan berlumuran darah.  

“Selepas itu, saksi pergi ke sebuah bilik di tingkat tiga, namun ibu bapa mangsa tiada di dalam bilik. 

“Saksi kemudian turun semula ke bawah dan memberitahu ibu bapa mangsa anaknya jatuh dari tingkap bilik dan dibawa ke hospital,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 21-9-2022 01:12 PM
Alfatihah...
Quote shernazz 21-9-2022 01:26 PM
Ni mesti duet lagu baldu biru ni
Quote reen8601 21-9-2022 02:12 PM
bila terlalu asyik berseronok anak pon lupa
Quote supernaturalee 21-9-2022 02:15 PM
ni riau sumatera atau kepulauan riau tgh2 laut china selatan tu

anyway...why la pi tgl ank kecik sorg2 gitu
pi karoke plk tu
mmm
Quote BeskotCekelat 21-9-2022 02:22 PM
supernaturalee replied at 21-9-2022 02:15 PM
ni riau sumatera atau kepulauan riau tgh2 laut china selatan tu

anyway...why la pi tgl ank kecik so ...

Pekanbaru kat Sumatera
Quote eyansss 21-9-2022 02:24 PM
bukti tak semua orang layak jadi parents dan bukti tak semua ibubapa kandung layak dan pandai jaga anak kandunh…
Quote amyza 21-9-2022 02:25 PM
Patutlah makpak muda lagi, enjoy. Tunggu anak tido diorg turun karaoke lah tu. Tup2 anak terjaga lak cari makpak takde. Alfatihah si kecil.
Quote alieyrina 21-9-2022 02:30 PM
Yg kau p berAnak time umor 20 tu sapa suruh
Quote Artemesiaa 21-9-2022 02:38 PM
Apa nak hairan mak pak zaman now
Quote supernaturalee 21-9-2022 02:39 PM

owh

kepulauan riau tu dlm teks sejarah sekolah menengah ade mention
zaman moden ni xde kedengaran dh
ke iols yg x tau


Quote cattiecute 21-9-2022 02:40 PM
elok la kau mati adik dari ada mak pak macam ni. syurga buatmu.
Quote mojarean_X 21-9-2022 02:46 PM
Marah @Friska byk sgt citer negative indon kuar
Quote BeskotCekelat 21-9-2022 02:46 PM
supernaturalee replied at 21-9-2022 02:39 PM
owh

kepulauan riau tu dlm teks sejarah sekolah menengah ade mention

Riau & Kepulauan Riau tu dua Porvinsi (Wilayah) yang berlainan. Kira 2 negeri berbeza la. Satu kat tanah besar sumatera, satu tengah laut.
Tapi dua2 area tu bisa berbahasa melayu

Untuk tak off topic, makbapak mangsa ni patut kena hukum gantung sampai mati.

Quote s@s@ 21-9-2022 03:39 PM
supernaturalee replied at 21-9-2022 02:39 PM
owh

kepulauan riau tu dlm teks sejarah sekolah menengah ade mention

bese kalau naik flight g  sabah serawak, lalu atas riau
Quote awanearisu 21-9-2022 03:41 PM
Salam takziah. Subuh-subuh buang tabiat berkaraoke.
Quote awanearisu 21-9-2022 03:43 PM
Tetapi kita agak musykil juga. Kebiasaannya, tingkap di bilik hotel jenis berat yang susah untuk dibuka menggunakan kudrat anak kecil.
Mungkinkah tingkapnya jenis gelongsor?
Quote black_handbag 21-9-2022 03:43 PM
banyak dah kes budak terbangun dari tido, cari mak pak takde, tetiba ditemui jatuh bangunan. mungkin budak ni fitrah dia bangun dr tido akan cari mak/ayah. bila tak jumpa, cari tempat utk dia keluar td tempat tu cari mak dia. pls la dah byk kes. anak tido jgn ditinggalkan
Quote black_handbag 21-9-2022 03:45 PM
awanearisu replied at 21-9-2022 03:43 PM
Tetapi kita agak musykil juga. Kebiasaannya, tingkap di bilik hotel jenis berat yang susah untuk dib ...

kemungkinan besar mak ayah tinggalkan dgn tingkap terbuka? mesti hotel bajet ni sbb pakai tingkap xpakai ekon tapi pakai kipas je
Quote supernaturalee 21-9-2022 03:55 PM
s@s@ replied at 21-9-2022 03:39 PM
bese kalau naik flight g  sabah serawak, lalu atas riau

gugel maps tgk bnyk kwsn pulau tu gondol dgn tanam sawit
nmpk jgk laluan air warna keruh coklat gelap mcm kt parit2 area kebun sawit tu mcm mengalir dr kebun sawit ke laut


utk x ot, agknya ape tindakan gomen indo kt parent ni
klu msia lepas dah ni
redha...nk buat mcmn benda dah jadi...

huhhh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.049958 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top