CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ganas Kau Dik! Orang Guna Senjata, Kau Bawa Buaya Pergi Bergaduh

21-9-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1444| Komen: 5

Description: Seorang remaja terbabit insiden pergaduhan di Duren Sawit, Jakarta Timur melempar seekor anak buaya ke arah kumpulan lawan bagi dijadikan ‘senjata’, lapor laman berita Detik.Berdasarkan video tular ...
Seorang remaja terbabit insiden pergaduhan di Duren Sawit, Jakarta Timur melempar seekor anak buaya ke arah kumpulan lawan bagi dijadikan ‘senjata’, lapor laman berita Detik.


Berdasarkan video tular di media sosial Indonesia, rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan aksi pergaduhan dalam kalangan beberapa remaja.


Istimewa

Salah seorang daripada mereka dilihat melempar anak buaya kepada pihak lawan untuk dijadikan senjata dalam pertempuran tersebut.

Pada klip video seterusnya, pemuda terbabit dirakam menggendong anak buaya tersebut ketika dibawa ke balai polis.


“Bergaduh bawa senjata tajam, batu, kayu, kaca sudah biasa. Kali ini luar biasa kerana bergaduh bawa anak buaya,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Ketua Polis Duren Sawit, Komisioner Polis Marbun mengesahkan bahawa terdapat seorang pelajar sekolah menengah yang membawa anak buaya ketika bergaduh sesama mereka.

Menurutnya, polis telah merampas reptilia itu dan menyerahkannya kepada pihak yang berkaitan.

“Semua pelajar yang terlibat pula telah ditahan dan dibawa ke balai polis. Seramai 11 orang ditahan,” kata Marbun. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 21-9-2022 12:27 PM
kalau gaduh dalam swimming pool campak anak buaya logiklah. ni atas darat. indon punya IQ sama level dengan friska.
Quote Scheherazade 21-9-2022 12:38 PM
aku imejin dia gendong anak buaya tu mcm gendong teddy bear gitu.
Quote Highflyer19 21-9-2022 01:07 PM
Buat kasut cantik ni...
Quote kakikuDibibirmu 21-9-2022 01:10 PM
Totodile tersenyum sinis

158.png
Quote margo20 21-9-2022 02:10 PM
patutnya libas dgn ekor buaya tu bukan lempar adoi

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.047848 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top