CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Penampilan Fieya Julia Macam Minah Motor Baru Balik Kerja?

28-8-2022 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2299| Komen: 2

Description: Wartawan Utusan yang menghadiri sebuah acara persembahan baru-baru ini mengakui tidak perasan kelibat Fieya Julia kerana terlupa penyanyi itu kini sudah bertudung.
Wartawan Utusan yang menghadiri sebuah acara persembahan baru-baru ini mengakui tidak perasan kelibat Fieya Julia kerana terlupa penyanyi itu kini sudah bertudung.


Biarpun tampil sopan dan manis, ada sesuatu yang tidak kena dengan gayanya.


IG Fieya

"Cik Bunga rasa macam ada yang tak kena dengan penampilannya sekarang. Cuba berfikiran positif, mungkin dia tak pernah rujuk dengan mana-mana penata gaya agaknya. Mana tahu bukan?

"Bagi Cik Bunga, bagus bila dia berpakaian lebih Muslimah. Tetapi, kalau sudah namanya artis dan menjadi orang yang dikenali, rasanya Fieya kena juga jaga bab pemilihan baju dan gaya yang bersesuaian."



IG Fieya

Kalau silap pilih, memang nampak canggung, apatah lagi bila perlu membuat persembahan di khalayak. 

"Rasanya, ramai yang terkedu bila melihat Fieya macam tak berapa nak bersiap. Umpama sarung sahaja baju apa yang ada. Kasihan pula Cik Bunga tengok.


IG Fieya

"Sampaikan Cik Bunga terdengar orang di tempat duduk sebelah berbisik “eh kenapa Fieya macam minah motor yang baru balik kerja?

"Itu orang yang cakap. Bukan Cik Bunga ya!"


IG Fieya

Semoga Fieya dapat mengambil teguran ini dari sudut positif demi memperbaiki imej sekarang. 

Bertudung tidak bermakna artis tidak boleh tampil bergaya. Tak perlu pun barangan berjenama, asalkan pandai membuat transformasi yang sesuai.

Jangan nampak macam tak bersiap sebab sebagai artis, orang akan menilai.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-8-2022 05:29 AM
Carik lah fashion yg sesuai..
Quote cikatilia 29-8-2022 09:51 AM
so rempits

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.134348 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top