CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pembebasan 11 Geng Perogol Cetus Bantahan Besar-besaran Di India

28-8-2022 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1387| Komen: 7

Description: Bantahan besar-besaran diadakan di seluruh India terhadap keputusan kerajaan membebaskan 11 lelaki yang dipenjarakan seumur hidup kerana merogol beramai-ramai seorang wanita Islam, Bilkis Bano.
Bantahan besar-besaran diadakan di seluruh India terhadap keputusan kerajaan membebaskan 11 lelaki yang dipenjarakan seumur hidup kerana merogol beramai-ramai seorang wanita Islam, Bilkis Bano.


Semua tertuduh itu dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.

Pengumuman untuk membebaskan banduan-banduan itu dibuat pada 15 Ogos ketika India menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-75.


Hindustan Times

Orang ramai mendesak kerajaan Gujarat membatalkan keputusan pembebasan perogol-perogol itu.

Kes rogol itu tidak pernah dilupakan kerana mangsa dirogol secara kejam ketika dia sedang mengandung pada tahun 2002.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh, kebanyakan umat Islam dalam beberapa rusuhan agama terburuk di India sejak dibebaskan dari Britain pada tahun 1947.

Tujuh keluarga mangsa yang dirogol antara yang terbunuh termasuk anaknya perempuannya yang berusia tiga tahun.

Seorang pegawai di Gujarat, yang diperintah oleh Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata, permohonan pengampunan oleh banduan-banduan itu telah diberikan kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama lebih 14 tahun.

Mereka layak untuk mendapat pengampunan di bawah polisi 1992 yang berkuat kuasa pada masa sabitan mereka, kata pegawai itu.

Bagaimanapun, di bawah dasar baharu yang diterima pakai pada tahun 2014 oleh Kerajaan Persekutuan, kesalahan merogol dan pembunuhan tidak boleh diberi pengampunan. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 28-8-2022 02:19 PM
Bila la yindia ni nak maju...asik duk dlm zaman jahiliah je.. tak leh byg kalau geng² ni ramai² kt msia...
Quote kemaruk 28-8-2022 06:11 PM
Sana pun gugur kes jugak ke
Quote ninja boy 28-8-2022 06:59 PM
Patut call van putih kidnap dan lupus
Quote Adrif 28-8-2022 09:00 PM
binatang.. baby 3 tahun pun ko sanggup. semoga hidup dan matinya tersiksa. semoga ketenangan hati, minda, dan perasaan ditarik selama-lamanya. semoga jeritan dan tangisan mangsa menhantui telinga setiap masa
Quote ketambangkang 29-8-2022 09:00 AM
tgk datin E gi yindia aritu pon aku seram takut dia kena rogol...maka asyik tayang lurah
Quote ChildrenOfBodom 29-8-2022 09:28 AM
nobody dies a virgin in india
Quote supernaturalee 29-8-2022 09:36 AM
"di bawah dasar baharu yang diterima pakai pada tahun 2014 oleh Kerajaan Persekutuan, kesalahan merogol dan pembunuhan tidak boleh diberi pengampunan"


terpakai utk kes 2014 dan ke atas je kot
unless ada stated x kira tahun
tp iols setuju sgt undang2 ni
kiranya mereput la ko dlm cell tu


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.091519 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top