View: 1023|Reply: 7
|
Pembebasan 11 Geng Perogol Cetus Bantahan Besar-besaran Di India
[Copy link]
|
|
Bantahan besar-besaran diadakan di seluruh India terhadap keputusan kerajaan membebaskan 11 lelaki yang dipenjarakan seumur hidup kerana merogol beramai-ramai seorang wanita Islam, Bilkis Bano.
Semua tertuduh itu dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 15 tahun.
Pengumuman untuk membebaskan banduan-banduan itu dibuat pada 15 Ogos ketika India menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-75.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/28/133121u6azrwwlragwwi64.jpg) Hindustan Times
Orang ramai mendesak kerajaan Gujarat membatalkan keputusan pembebasan perogol-perogol itu.
Kes rogol itu tidak pernah dilupakan kerana mangsa dirogol secara kejam ketika dia sedang mengandung pada tahun 2002.
Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh, kebanyakan umat Islam dalam beberapa rusuhan agama terburuk di India sejak dibebaskan dari Britain pada tahun 1947.
Tujuh keluarga mangsa yang dirogol antara yang terbunuh termasuk anaknya perempuannya yang berusia tiga tahun.
Seorang pegawai di Gujarat, yang diperintah oleh Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi berkata, permohonan pengampunan oleh banduan-banduan itu telah diberikan kerana mereka telah menjalani hukuman penjara selama lebih 14 tahun.
Mereka layak untuk mendapat pengampunan di bawah polisi 1992 yang berkuat kuasa pada masa sabitan mereka, kata pegawai itu.
Bagaimanapun, di bawah dasar baharu yang diterima pakai pada tahun 2014 oleh Kerajaan Persekutuan, kesalahan merogol dan pembunuhan tidak boleh diberi pengampunan.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Bila la yindia ni nak maju...asik duk dlm zaman jahiliah je.. tak leh byg kalau geng² ni ramai² kt msia... |
|
|
|
|
|
|
|
Sana pun gugur kes jugak ke |
|
|
|
|
|
|
|
Patut call van putih kidnap dan lupus |
|
|
|
|
|
|
|
binatang.. baby 3 tahun pun ko sanggup. semoga hidup dan matinya tersiksa. semoga ketenangan hati, minda, dan perasaan ditarik selama-lamanya. semoga jeritan dan tangisan mangsa menhantui telinga setiap masa |
|
|
|
|
|
|
|
tgk datin E gi yindia aritu pon aku seram takut dia kena rogol...maka asyik tayang lurah |
|
|
|
|
|
|
|
nobody dies a virgin in india |
|
|
|
|
|
|
|
"di bawah dasar baharu yang diterima pakai pada tahun 2014 oleh Kerajaan Persekutuan, kesalahan merogol dan pembunuhan tidak boleh diberi pengampunan"
terpakai utk kes 2014 dan ke atas je kot
unless ada stated x kira tahun
tp iols setuju sgt undang2 ni
kiranya mereput la ko dlm cell tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|