CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8924|Reply: 11

[Tempatan] Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan

[Copy link]
Post time 29-1-2026 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-1-2026 05:15 PM

Malaysia Dateline
Oleh KIM SYAZIE
29/01/2026





Pengukuhan nilai mata wang ringgit sejak minggu lalu terutama selepas ia mencecah paras RM3.91 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mula dirasai pekerja Malaysia di Singapura.

Ia selepas kadar pertukaran dolar Singapura kepada ringgit juga semakin mengecil.

Setakat semalam (28 Januari), ringgit melonjak pada paras RM3.10 berbanding dolar Singapura.

Beberapa pekerja Malaysia di Singapura mendakwa simpanan dan perbelanjaan harian mereka jatuh sekitar 10 hingga 15 peratus.

Mereka merasai pengurangan pendapatan apabila sebelum ini boleh mencapai RM12,000 sebulan, tetapi kini jatuh sehingga RM10,000 sahaja sebulan.


“Gaji asas saya masih sama, $3,500, tetapi bila ditukar kepada ringgit sekarang nilainya sekitar RM10,906.


“Kalau dulu boleh cecah hampir RM12,000. Dalam sekelip mata, rasa macam daripada T20 (berpendapatan tinggi) terus turun ke M40 (bergaji pertengahan),” kata Zack, pekerja sektor perkhidmatan dan pengangkutan, memetik portal BH Singapura.

Seorang pekerja bidang perubatan yang mahu dikenali sebagai Hafeez, 35 tahun, berkata beliau mengalami penyusutan pendapatan sekitar RM3,000 dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

“Saya hilang dalam RM3,000 lebih. Penurunan ini sebenarnya sudah bermula sejak 2025, bila kadar tukaran perlahan-lahan jatuh. Memang terasa, tak boleh nafikan,” katanya.

Bagaimanapun, Hafeez berkata beliau masih mampu menyesuaikan diri kerana tidak mempunyai komitmen hutang yang besar.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 04:52 PM | Show all posts
buat orang nak muntah ja dek. next time kalau wartawan tanya lebih baik ko diam je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 05:53 PM | Show all posts
kemain membongak
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ha.

HWEH HWEH HWEH

Tumpang la bangga untuk negara kau. Ingat senang?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:16 PM | Show all posts
RM naik geng ni bising. RM turun yang kat YT buat podcast tengoklah rakayat sekelian, ekonomi kita nak melingkup. Memasing pentingkan diri sendiri saja.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:23 PM | Show all posts
pjg betul eksplenesen... dlm erti kata lain, dah takbole berlagaklah kan...





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2026 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 29-1-2026 08:09 PM

Ini sumpahan motor besar vroom sana sini preng sana sini setiap masa jakun nak tunjuk kerja singapore
Time gaji byk tu tak menyimpan atau byr hutang, ni mesti gaji pi buy motor besar keta mahal rumah mahal travel sana sini, org malaysia lain gaji 3k-4k-5k elok ja boleh byr rumah keta motor travel yg harga biasa2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengada nyer aku sepak jugak karang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2026 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 29-1-2026 07:09 PM

mai kerja kt tanah air la dek...'KADAR TUKARAN RM KPD RM MASIH SAMA KT MSIA NI'.Kerja kt Penang..tukar kt JB msh sama la...dek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 29-1-2026 06:16 PM
RM naik geng ni bising. RM turun yang kat YT buat podcast tengoklah rakayat sekelian, ekonomi kita n ...

Lepas tu pakat berjemaah salahkan bang non @pengecatbintang
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:23 PM | Show all posts
mmg mcm tu ke queue motorsikal nk masuk spore hari2?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2026 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Well.....the grass not always greener on the other side.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.130119 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list