CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dari Papan Hitam Ke Papan Putih Pintar, JOI® Smartboard Buat Anda Ingin Kembali Ke Sekolah!

30-8-2022 04:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5177| Komen: 9|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Seiring kemajuan teknologi yang pesat, sistem pendidikan dunia abad ke-21 juga menuju ke arah pembelajaran celik digital.
Seiring kemajuan teknologi yang pesat, sistem pendidikan dunia abad ke-21 juga menuju ke arah pembelajaran celik digital.

Pembelajaran dalam kelas juga perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif bagi menjayakan pembelajaran lebih berkesan terutama dengan penggunaan komputer riba atau peranti pintar lain.



Sehubungan itu, JOI® Smartboard yang dibawakan oleh SNS Network dengan kerjasama Intel® dapat mewujudkan suasana pembelajaran berinteraktif.

Sambungan tanpa wayar membolehkan pelbagai fail dan kandungan dipaparkan terus ke peranti tersebut.





Malah, JOI® Smartboard yang juga boleh dikawal menggunakan peranti pintar dari jauh menjadikan pengalaman pembelajaran lebih seronok dan mudah.


‘Papan putih pintar’ ini didatangkan dalam beberapa saiz dari 65 inci hingga 86 inci dan dikuasakan oleh pemprosesan Intel® mengoptimumkan sesi pembelajaran dalam kelas.



Dengan resolusi paparan 4K UHD, JOI® Smartboard juga menyokong modul PC dengan perisian OS dan Sistem Android untuk meningkatkan lagi kemampuannya.





JOI® Smartboard juga menyokong sehingga 20 titik sentuhan, sekali gus menyediakan suasana pembelajaran yang fleksibel bagi membolehkan pelajar berinteraksi menerusi perbincangan berkumpulan untuk berkongsi idea dengan lebih berkesan.



Papan putih pintar ini boleh dimiliki bermula pada harga RM8,699 atau sewa dengan tempoh ansuran hingga 36 bulan. 

Untuk maklumat lanjut, layari pautan https://www.joi.com.my/JOISmartboard.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vespa_oren 24-8-2022 06:18 PM
guna ipad air+apple pencil+hdmi cable+projektor ok mcm guna smart board sudah
Quote Adams69 24-8-2022 07:39 PM
Edited by Adams69 at 25-8-2022 12:16 PM

Seiring kemajuan teknologi yang pesat, sistem pendidikan dunia abad ke-21 juga menuju ke arah pembelajaran celik digital.dmvnow

Quote vee_zara 25-8-2022 04:13 PM
Sekolah i dah 8 tahun guna smartboard ni. Cikgu2 lenggang kangkung je pendrive pun tayah bawak sebab dah connected to internet. Segala bahan mengajar semua kat drive je. Even ABM pun semua ada.
Quote shernazz 25-8-2022 04:57 PM
Skola anak iols guna gini kot tak silap
Tak yah la cikgu bawak radio time muzik...relaks je bukak youtube cari lagu darjah3..haha
Quote Lagubestbest 1-9-2022 08:23 PM
JOI bukan brand tak bagus ke? cepat rosak kata orang. Ke dah upgrade kualiti?
Quote glump 1-9-2022 09:28 PM
Zaman belajar dulu.. lecture tulis direct kat kat slide atas OHP..panas ooo
Quote tenggilingpink 23-10-2022 04:19 AM
untung ler budak2 jaman skrg.
segalanya dh digital. tengok cikgu mengajar pun tak bosan sebab background papah putih ada visual bagai.
gua dulu blajar pakai papan hijau, guna kapur jerr kalo cikgu nak menulis kt depan
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:50 PM
aku dulu pakai papan hitam je lagi best boleh baling baling duster . hahahaha
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:50 PM
untung budak budak sekarang semua canggih

Lihat semua komen(9)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-9-2023 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.106157 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top