CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"RIP Wira Lejen" - Lepas Jual Wira, Rhys William Tetap Nak Beli Kereta Malaysia

12-8-2022 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3655| Komen: 31

Description: Proton Wira bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, malah ia turut mendapat tempat dalam kalangan orang luar.
Proton Wira bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, malah ia turut mendapat tempat dalam kalangan orang luar.

Content creator kelahiran United Kingdom (UK) Rhys William, 30, turut berbangga menjadi pemilik Wira selama tujuh tahun yang disifatkannya sebagai kereta legenda.



Rhys yang berpindah ke Malaysia pada 2013 bagaimanapun mengambil keputusan untuk menjual kereta itu pada Julai lalu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Wira merupakan kereta pertama saya. Ia Wira keluaran tahun 2000 yang saya beli masa tahun 2015, pada harga kira-kira RM10,000. Masa tu saya masih baru di Malaysia, memang mood tengah nak jatuh cinta dengan barangan Malaysia.


"Selepas buat kajian, saya rasa Wira sangat sesuai. Rekaan cantik, ia juga tahan lasak. Tapi pada tahap ini, banyak yang nak kena baiki. Kos nak baiki pun agak tinggi. Jadi saya buat keputusan untuk jual.


IG Rhys

"Saya sebenarnya dah jual pada Julai lalu. Tapi baru sekarang saya berkongsi mengenainya di media sosial, sebab ramai yang bertanya, lama mereka tak nampak Wira tu," ujar Rhys.

Menurut Rhys, dia kini dalam proses untuk membeli kereta baharu namun belum membuat sebarang keputusan mengenai model pilihannya.

Tambahnya, dia tetap menginginkan model keluaran Malaysia kerana beranggapan ia lebih berpatutan dan kena dengan seleranya.

"Sekarang masih dalam proses nak ambil kereta baharu, saya tetap akan ambil kereta keluaran Malaysia juga. Kebetulan sekarang saya sedang ada projek dengan Proton.

"Saya berpeluang pandu uji setiap model Proton, saya diberi pinjam setiap model sebulan. Sekarang belum habis pandu uji semuanya. Selepas selesai, baru saya akan buat keputusan.

"Bagi saya, bab jenama ini pilihan masing-masing. Saya faham sesetengah orang suka jenama tertentu. Tapi pada saya, saya berbangga dengan keluaran tempatan.

"Secara asasnya, kereta membawa kita dari titik A ke titik B. Yang penting selamat dan selesa. Pendapat saya, saya tak perlu keluarkan belanja berkali ganda semata-mata untuk sesebuah jenama mewah," ujarnya lagi.



Menurut Ryhys yang popular dengan video-video reviu makanan, sepanjang tujuh tahun dia menjadi pemilik Wira, banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui bersama.

Paling sukar dilupakan tentunya kenangan seram apabila kereta itu tiba-tiba meragam sewaktu dia dan rakan-rakannya menuju ke Gunung Tahan untuk aktiviti pendakian, beberapa tahun lalu.

"Banyak kenangan, tapi saya tak boleh lupa masa bawa kawan-kawan pergi hiking ke Gunung Tahan. Masa tu kami memandu melalui jalan di Merapoh. Tiba-tiba tengah malam ada masalah bateri.

"Kereta masih boleh bergerak tapi lampu depan jadi malap. Masa tu memang agak menakutkan. Nak berhenti tepi jalan tanpa lampu pun bahaya. Jadi kami teruskan perjalanan. Apabila dah sampai tol, kami periksa semuanya okey. Selepas itu tiada apa yang perlu dibaiki pun.

"Kawan-kawan saya pun masih ingat semua kejadian tu. Ia bukanlah pengalaman pahit, tapi ia menakutkan. Selepas kejadian itu, saya tak tukar bateri kereta pun, semuanya okey. Tapi kenapa pada waktu itu ia tiba-tiba meragam?" imbasnya.

Di akhir bicara, Rhys berkata dia tidak menyesali keputusan menjual kereta itu, namun kadang-kala teringat akan segala memori bersama.

Rhys turut berkongsi kisah kereta Wira itu menerusi media sosial miliknya sehingga meraih perhatian ramai pengikut.



"Zaman melahirkan Wira. Wira mencorakkan zaman. Berakhir satu zaman saya bersama "Wira Lejen" ni.

"Bak kata mat salih, all good things come to an end. Goodbye dan selamat tinggal sayangku," tulis Rhys menerusi kapsyen Instagram.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 12-8-2022 04:38 PM
Taman Desa
Quote toynme 12-8-2022 05:13 PM
5 tahun tu pakai..bagusnya Rhys
Quote Decaffeinated 12-8-2022 05:29 PM
Saya berpeluang pandu uji setiap model Proton, saya diberi pinjam setiap model sebulan

Proton muliakan sangat mat saleh ni boleh up sales kat europe ka?
Quote ifanonline 12-8-2022 05:30 PM
nasib baik malaysia ada proton dan perodua...
Quote becir 12-8-2022 06:25 PM
amboi2 sedap mat saleh ni dapat test drive dekat sebulan for every model...
Quote pooh~key 12-8-2022 06:28 PM
Lah kau baru 30 tahun ke nyah dek? Muka macam muda 5 6 tahun jah dari akak dekkk….
Quote Perawankota 13-8-2022 05:14 AM
Dulu selalu ada persepsi semua org yg kawen dgn orang putih ni mesti sebab org putih tu kaya.. Walhal, sama jer mcm org kita.. Ada kaya, ada biasa2..
Quote damsel_fiji 24-8-2022 08:38 AM
kalu x beli kreta malaysia  nt x boleh buat content pulak kan
Quote cmf_premierleag 24-8-2022 08:40 AM
Gitu le ummah brits berkerak ni
Nak suruh meleis puja2 ko, ko buat je la content cintakan brg buatan msia,cakap melayu,suka makanan melayu
Haa gittuhhh la brits looser ni nak tawan hati meleis
Quote AniseAzure 29-9-2022 09:26 AM
Dia ni kawen org malaysia ke kawen mat saleh. Bila google kuar gmbo perempuan mcm Asian, tp in report news yg dia ni hilang kt Kuala Tahan tu, nama isterinya Haigbrown. Warga british tp bukan mat saleh kot bini nya?
Quote krustykrab 29-9-2022 09:36 AM
Untung ko kan mat saleh..uji pandu sebijik kete pun org bg sebulan.
Quote TuntungReturn 29-9-2022 11:37 AM
orang putih ni rupa dan umur x sama mcm org asia. kalau asia umur 18 taun mcm budak2 lagik,orang putih dh mcm bapak budak dh
Quote JunkMail 29-9-2022 11:54 AM
Celah sungai mana dia masuk tu ? Terpaling hebat lah tu bawak SUV masuk offroad Kuala Tahan tu. Dah la fully loaded kenderaan kau. Sengal betol org M'sia hadap omputih biforti gini.
Quote nononcrux 15-2-2023 09:51 AM
pooh~key replied at 12-8-2022 06:28 PM
Lah kau baru 30 tahun ke nyah dek? Muka macam muda 5 6 tahun jah dari akak dekkk….

aku ingt pon dah 40's kihkihkih.. muka tua sebelum usia
Quote Burong_Hantuk 15-2-2023 11:28 AM
dia ni x ada la special mana pun...tahap biasa jer..
Quote Tinot7 15-2-2023 11:32 AM
Dia ni dah kawen ka?
Orgnya besye2 jahh tapi reviu dia best..
Quote penutupbotol 28-10-2023 05:47 PM
hidup brg made in malaysia! huhu
Quote gigahertz 28-10-2023 08:37 PM
Decaffeinated replied at 12-8-2022 09:29 AM
Proton muliakan sangat mat saleh ni boleh up sales kat europe ka?

mmg boleh pun. diorang sana pun macam kita jugakjual produk kalau tengok iklan nak ada perempuan bertudung.
nak ada perempuan freehair. baru content tu sampai
Quote gigahertz 28-10-2023 08:38 PM
Perawankota replied at 12-8-2022 09:14 PM
Dulu selalu ada persepsi semua org yg kawen dgn orang putih ni mesti sebab org putih tu kaya.. Walha ...

i susah nak percaya omputih ada yang homeless. sebab dah biasa tengok brand dan iklan diorang kan.
lagi2 pulak diorang homeless pun masih putih dan cantik lagi.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056266 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top