CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Setengah Tahun Andrew Garfield 'Membujang' Dan Puasa Demi Jayakan Watak

24-8-2022 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2017| Komen: 5

Description: Demi menjayakan watak seorang paderi dalam filem terbaharu berjudul Silence, pelakon Andrew Garfield mendedahkan dia berpuasa selama enam bulan.
Demi menjayakan watak seorang paderi dalam filem terbaharu berjudul Silence, pelakon Andrew Garfield mendedahkan dia berpuasa selama enam bulan.

Bukan hanya menjaga pemakanan, Garfield juga tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh tersebut.


Garfield dalam filem Silenced. - Foto: IMDb

"Saya banyak melakukan amalan spiritual sepanjang hari. Saya mencipta satu amalan baharu iaitu 'membujang' enam bulan dan berpuasa.

"Ia satu tempoh yang sangat menarik. Saya melalui pengalaman liar ketika menahan diri dari melakukan hubungan seks dan berpuasa," katanya.


Dalam masa sama pelakon filem The Amazing Spider Man itu juga turut mendapatkan latihan bersama penulis asal cerita tersebut iaitu James Martin.

Sementara itu, Garfield juga turut berkongsi pandangan tentang terma pelakon 'method' yang sering disalah anggap sesetengah pihak.


Entertainment Tonight

"Pelakon method sering disalah anggap. Kami berlakon seperti biasa tanpa perlu nak berlagak di set penggambaran.

"Ia sebenarnya bersikap jujur terhadap sesuatu watak dan boleh melepaskan semua karakter itu apabila tidak lagi berlakon," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-8-2022 02:30 PM
Bila tgk dia cium mulut host dlm rancangan apatah, terus cancel dia ni.. Tapi dia berlakon mmg best lah
Quote bondeh 24-8-2022 07:29 PM
Cerita dia kat Disney hot star sangatlah best. Kisah benar. Rasanya ada yg pernah beritahu kot. Tajuk Under The Banner of Heaven.
Quote lasagna 26-8-2022 10:23 AM
fuyoooo abam andrew pose smp 6 bulan ooo, org islam pun pose sebulan jer sempena ramadhan. sungguh2 betul heols menjiwai watak lakonan dia ek.
Quote delia3003 26-8-2022 10:19 PM
lasagna replied at 26-8-2022 10:23 AM
fuyoooo abam andrew pose smp 6 bulan ooo, org islam pun pose sebulan jer sempena ramadhan. sungguh2  ...

Bukan kita tau method 'puasa' dia macam mana dan berapa jam puasa 1 hari. Ada style 'puasa' boleh minum air.
Quote lasagna 29-8-2022 08:21 AM
delia3003 replied at 26-8-2022 10:19 PM
Bukan kita tau method 'puasa' dia macam mana dan berapa jam puasa 1 hari. Ada style 'puasa' boleh  ...

haaa lerr dia bkn lahh pose mcm org islam ni lapar & dahaga smp waktu maghrib.
kebarangkalian dia buat intermittent fasting ke kann..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.048451 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top