CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Machine Gun Kelly Letak Senapang Dalam Mulut, Percintaan Dengan Megan Fox Berakhir?

18-8-2022 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2610| Komen: 10

Description: Pasangan selebriti Megan Fox dan Machine Gun Kelly (MGK) dikatakan sudah berpisah gara-gara kurang dilihat menghabiskan masa bersama.Khabar angin perpisahan itu timbul ekoran kurang interaksi antara s ...
Pasangan selebriti Megan Fox dan Machine Gun Kelly (MGK) dikatakan sudah berpisah gara-gara kurang dilihat menghabiskan masa bersama.

Khabar angin perpisahan itu timbul ekoran kurang interaksi antara satu sama lain di media sosial selain kali terakhir mereka dilihat berbuat demikian pada 30 Jun lalu.

Difahamkan, kedua-duanya sering bergaduh dan hubungan kedua-duanya sering kali dingin termasuk tidak sehaluan.


Foto: Harper's Bazaar

"Sukar untuk dijelaskan bagaimana keadaan hubungan mereka sekarang. Kita hanya perlu tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti," kata sumber.


Sementara itu, dalam satu temu bual, MKG ada menerangkan tentang tahap kesihatan mentalnya dan mengakui pernah mencuba untuk membunuh diri.

MKG juga mengatakan Fox pernah menjerit ke arahnya ketika dia meletakkan senapang patah ke dalam mulut.

"Saya berada di dalam bilik dan ketakutan apabila saya meletakkan senapang patah ke dalam mulut. Kemudian saya menjerit cuba melepaskan tembakan dengan senapang patah, namun pelurunya tersekat. Fox agak terkejut dengan perkara itu," jelas MKG.

Ada juga dakwaan yang mengatakan MKG berasa cemburu apabila Fox bercerita tentang kisah hidupnya dengan beberapa lelaki lain dalam rancangan Good Mourning dan dipercayai perkara tersebut punca dia marah dengan tunangnya itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 18-8-2022 08:44 AM
ah he mmg x bagos utk she... apa pnya jenis orang tah..
Quote lasagna 18-8-2022 11:08 AM
engko yg memilih jantan sebegini kan, so hadap jer lah..
Quote Mary_jane 18-8-2022 11:49 AM
Megan ni tak puas enjoy ke sampai ala2 rebel pun ada. Kim K & Pete pun dah split, sujud syukor Kanye.
Quote jiwakacau06 18-8-2022 12:49 PM
bagus la break...mcm org gila dh megan fox dgn jantan ni..  
Quote berusjamban 18-8-2022 01:58 PM
Brian austin punya la hensem ko gi kapel dgn hantu sewel ni watpe
Quote liyamariska 18-8-2022 03:25 PM
Ai tak pernah percaya yg depa ni bebetul couple tapi lebih kpd hubungan tak serious cmtu...
Quote whimsicalmusic 18-8-2022 08:41 PM
Diorg ni mcm made for each other..sorg rebel menyeksi plastik, sorg lg da mcm terencat..passionate relationship la ni..its good while it last..tp selalu relationship cmni xtahan pn..sbb xbpijak di bumi nyata gituh
Quote SayaSayangMama 19-8-2022 12:57 AM
mati mati ingat megan fox dah insaf mendekatkan diri pada jesus arr gitu rupanya makin teruk ya dia xde job ke?
Quote lasagna 19-8-2022 03:59 PM
berusjamban replied at 18-8-2022 01:58 PM
Brian austin punya la hensem ko gi kapel dgn hantu sewel ni watpe

ahhh dia yg gatal nk dgn sewel ni kan, dlm masih jd bini brian. bkn cerai pun.
tak puas enjoy sbb kawen muda, meroyan lah ni nk enjoy tak puasss. anak pun terabai.
ada terbaca article brian pun tak tau hubungan dia org mcm mna dah.
sbb megan tak balik rumah langsung n dok berkepit dgn sewel ni.
haiyoooo kesian nengok brian trkontang kanting.
Quote alesandra 19-8-2022 06:18 PM
letak senapang dlm mulut ni..mcm dia ugut nak bunuh diri klau megan tinggalkan dia.jantan kalau pangai niii....hmmmmm good luck la nyah megan oiiiiiii

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.057099 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top