CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Waiter Pening Artis Korea Tak Tahu Nak Order 'Air Bungkus Ikat Tepi'

11-8-2022 01:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2844| Komen: 16

Description: Masih ingat dengan ahli kumpulan KPOP terkenal IN2IT, Isaac Voo yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah?Berhijrah ke Korea sejak tahun 2015, Isaac mencipta nama di sana dua tahun setelah menyertai pelb ...
Masih ingat dengan ahli kumpulan KPOP terkenal IN2IT, Isaac Voo yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah?

Berhijrah ke Korea sejak tahun 2015, Isaac mencipta nama di sana dua tahun setelah menyertai pelbagai uji bakat di beberapa syarikat pengurusan artis. 



IG/TikTok

Walau bagaimanapun, pemuda berusia 28 tahun berkenaan kembali semula ke Malaysia untuk aktiviti solo selepas rakan sekumpulan yang lain perlu menjalani latihan ketenteraan wajib di negara tersebut.

Terbaru, Isaac dilihat mengunjungi sebuah restoran mamak sebelum melakukan sesi live bersama peminat. 


Namun, sewaktu ingin memesan air secara ‘ikat tepi’, pemuda tersebut seakan-akan keliru sehingga menyebutnya dengan salah. Akhirnya, waiter berkenaan membaca sendiri di ruangan komen apakah yang dimaksudkan dengan permintaan tersebut sebelum tergelak besar.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mereka.

Lebih melucukan apabila pekerja berkenaan malah mengeluarkan slang yang aneh ketika hendak berbual dengan penyanyi Korea berkenaan.


Sumber: Kisah Dunia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-8-2022 02:22 PM
Lucu kan depa berdua ni.. kiki
Quote kechikchomel 11-8-2022 02:46 PM
IN2IT ni bukan brand mekap ke? iolss igt lagi classmate iolss suka pakai brand ni.
mur2 je.
Quote esbok 11-8-2022 04:40 PM
entah aku ni mudah terhibur, kelakar la juga

ikat tengah kiri kanan lubang haha
Quote Artemesiaa 11-8-2022 06:41 PM
Lama sangat duduk dinegara orang sampai lupa banyak benda
Quote intan244 11-8-2022 10:28 PM
ikat tengah tu ikat penuh kot
Quote Adrif 12-8-2022 12:00 AM
haha, masuk air waiter ni. bagus dia melayan, penyabar

tapi kenapa slang bangla keluar bang oii, haha
Quote che-cikL 12-8-2022 12:15 AM
Q: Masih ingat dengan ahli kumpulan KPOP terkenal IN2IT, Isaac Voo....?
A : Tak pernah tahu
Quote Perawankota 12-8-2022 03:20 AM
Tu mmg betul2 waiter kt restoran ke
Quote Mini.Me 12-8-2022 02:24 PM
Hahahaa aku terhibur ngan abg waiter tu...dah kena bayar ke apa ni smooth je cakap
Quote iznanaziz 12-8-2022 04:29 PM
KamikuP replied at 11-8-2022 02:22 PM
Lucu kan depa berdua ni.. kiki

camana mau ikat tengah...mau kasi lubang...mau minum

sibbaik dia boleh lagi ckp melayu..cuma slang nada korea.
Quote MadameOnion 12-8-2022 04:36 PM
kechikchomel replied at 11-8-2022 02:46 PM
IN2IT ni bukan brand mekap ke? iolss igt lagi classmate iolss suka pakai brand ni.
mur2 je.

iols smpai sekarang pakai...lipmatte dia best
Quote chachani 12-8-2022 05:59 PM
Waiter tu tiktokers jgk kan.. ape tah nama dia.. dia ni slalu buat konten jd mamak ambik order kat restoren pastu nyanyi rap...
Quote caca_eric 14-8-2022 05:05 PM
Hilang slang Sabah dia
Terus bunyi korea ckp Melayu
Quote Eva_yy_Ellin 15-8-2022 09:44 AM
Kelakar waiter tu   
Rasanya yang komen tu maksudkan ikat mati tapi terkomen ikat tengah
Quote swimswim 16-8-2022 02:08 AM
Sori, yg tukang ambik order tu bkn Bangladeshis ke?
Quote syaz_lina 16-8-2022 09:11 AM
dulu2 during 90s masa iol sekolah di kk, kedai mamak/indian is very rare okey. kat skool pun tkde indian langsung. nowadays bersepah mamak pakis kat sabah

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.073766 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top