CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Victoria Beckham Tak Seteru Dengan Menantu Gara-gara Gaun Pengantin?

12-8-2022 05:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2763| Komen: 7

Description: Sebelum ini timbul khabar angin kononnya hubungan Victoria Beckham dengan menantunya iaitu Nicola Peltz tidak baik.Cerita itu mula diperkatakan apabila ada mendakwa isteri kepada Brooklyn Beckham itu ...
Sebelum ini timbul khabar angin kononnya hubungan Victoria Beckham dengan menantunya iaitu Nicola Peltz tidak baik.

Cerita itu mula diperkatakan apabila ada mendakwa isteri kepada Brooklyn Beckham itu enggan memakai baju pilihan Victoria ketika hari perkahwinannya pada 9 April lalu.


IG Nicola

Menjelaskan hal tersebut, Nicola memberitahu terdapat perubahan di saat-saat akhir sehingga dia membuat keputusan untuk memakai gaun pengantin putih rekaan Valentino pada majlis berkenaan.

“Saya mahu pakai baju pilihannya, namun beberapa bulan sebelum majlis pereka tersebut tidak dapat menghasilkan rekaan tersebut. Jadi saya terpaksa memilih gaun pengantin lain.


“Dia (Victoria) tidak menghalang saya untuk pakai baju pereka lain dan saya juga tidak pernah katakan enggan menyarungkan gaun pilihan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu dalam satu temu bual bersama Variety, Brooklyn juga menjawab tentang dakwaan isteri dan ibunya tidak sekepala sejak awal mereka bertemu.


IG Nicola

“Saya tahu orang ramai selalu mahu bercakap tentang perkara itu untuk menjatuhkan orang lain.

“Mereka berdua tidak ada sebarang masalah. Semuanya baik sahaja,” katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 12-8-2022 07:03 PM
Tah kenapa, aku mcm side Nicola dlm hal ni.
Victoria ni nampak nau2 dia je nak menang
Done menuduh
Quote matjerk 12-8-2022 11:48 PM
Victoria Beckham Tak Seteru Dengan Menantu Gara-gara Gaun Pengantin?

TAK SETERU tu maksudnya dia mcm mana
Quote gideoncross 14-8-2022 09:55 PM
Losers haha, x hbis2 psl bnda yg sma.
Quote epal_putih 15-8-2022 10:40 PM
Mak mertua usa pon ada bejenih jugok haha
Quote BlackOpium 17-8-2022 10:48 PM
Kenapa rasa couple ni macam fake? Si Brooklyn tu dah macam lembu kena cucuk hidung je.
Quote tenggilingpink 23-10-2022 08:11 PM
aduh..dh dpt menantu lawa pun gaduh2  ek
Quote dani-rox 25-10-2022 11:43 PM
ada baca komen yg nih karma victoria, sbb dulu pun dia tak brp ngam dgn in laws dia

terbaca jugak nicola pernah tolak maid dia kat tangga. btw brooklyn tuh entah kerja ke idokk, mcm bewak idop jah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.110861 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top