CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ezra Miller Pecah Rumah Curi Alkohol

10-8-2022 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1417| Komen: 6

Description: Pelakon Hollywood, Ezra Miller didakwa atas tuduhan pecah rumah selepas disyaki menceroboh sebuah rumah di Vermont untuk mencuri beberapa botol alkohol.
Pelakon Hollywood, Ezra Miller didakwa atas tuduhan pecah rumah selepas disyaki menceroboh sebuah rumah di Vermont untuk mencuri beberapa botol alkohol.


Lapor BBC, berdasarkan laporan polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kes pecah masuk di kediaman terletak di bandar Stamford pada 1 Mei lalu.


NME

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu, menyebabkan polis mengesyaki pelakon yang membintangi filem The Flash.

Menurut polis negeri Vermont, tiada sesiapa berada di rumah ketika kediaman itu dipecah masuk.


“Hasil siasatan termasuk bukti rakaman CCTV dan keterangan membawa kepada sebab kemungkinan dakwaan Miller atas kesalahan pecah rumah yang tidak berpenghuni,” kata polis dalam kenyataan.

Miller turut menghadapi tuduhan serangan di Hawaii dan dakwaan mendera daripada beberapa wanita.

Pelakon filem Fantastic Beast dan Justice League itu juga diarahkan untuk hadir ke mahkamah bagi menghadpai pertuduhan pada 26 September.

Dakwaan pecah rumah merupakan terbaharu dalam rentetan kejadian membabitkan pelakon berusia 29 tahun itu.

Pada April lalu, polis Hawaii menahan Miller kerana didakwa membaling kerusi yang mengenai dahi wanita berusia 26 tahun.

Dua minggu sebelum itu, Miller didakwa melakukan gangguan dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah bar karaoke di Hawaii.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 10-8-2022 09:57 PM
Gila kot dia ni..features muka da herlokk..kesian
Quote bloodyamuk 10-8-2022 10:59 PM
entah peminat buta manalah suka pelakon muka cengkung macam sakit mental lagi ...perangai pun hauk
Quote dua_chzy 10-8-2022 11:05 PM
Ezra Miler ni The Flash paling hauk dalam sejarah. Buduh punya DC tak kekalkan saja Grant Gustin tu sebagai The Flash dalam movie.
Quote LoveSungmin 10-8-2022 11:07 PM
bukan heols ni ke yang kahwin dengan awek sabahan tu?
Quote bloodyamuk 10-8-2022 11:38 PM
LoveSungmin replied at 10-8-2022 11:07 PM
bukan heols ni ke yang kahwin dengan awek sabahan tu?

yang tu The Flash series...Grant Gustin
Quote LoveSungmin 10-8-2022 11:42 PM
bloodyamuk replied at 10-8-2022 11:38 PM
yang tu The Flash series...Grant Gustin

ohh hahaha silap orang pula

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.100788 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top