CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tampil Bertudung, Cita Citata Tinggalkan Muzik Dangdut

11-8-2022 02:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1720| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Penyanyi dangdut terkenal di Indonesia, Cita Citata mengejutkan peminatnya apabila dia tampil dengan imej bertudung.
Sumber IG


Penyanyi dangdut terkenal di Indonesia, Cita Citata mengejutkan peminatnya apabila dia tampil dengan imej bertudung.

Menurut laporan media tempatan Indonesia, pelantun lagu Goyang Dumang mengambil keputusan untuk bertudung tanpa paksaan dari mana-mana pihak apatah lagi dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat.

"Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk memakai hijab sejak dahulu lagi tanpa paksaan daripada orang lain.



"Mungkin hubungan saya dan kekasih, Didi Mahardika turut menjadi antara faktor yang mendorong saya untuk mengubah imej yang lebih baik. Tetapi, dia tidak pernah memaksa saya untuk berhijab," katanya.

Bukan hanya perubahan pada imej, wanita berusia 27 tahun itu juga mengambil keputusan dan mengumumkan untuk meninggalkan muzik dangdut yang selama ini mempopularkan namanya di persada seni.

"Benar, saya tidak lagi menyanyikan lagu dangdut. Sebenarnya sejak dari awal tahun lalu saya sudah melancarkan dan fokus dengan lagu pop. Saya juga tidak lagi menerima tawaran untuk membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu dangdut.


"Saya sudah puas menjadi penyanyi dangdut. Biarlah perkara itu menjadi antara kenangan dalam hidup saya. Sekarang, saya mahu mempamerkan bakat nyanyian menerusi genre pop pula.

"Sangat susah untuk menarik perhatian peminat kerana mereka tahu saya adalah penyanyi dangdut. Saya masih orang sama cuma berbeza genre muzik sahaja.

"Saya harap peminat dapat terus memberikan sokongan kepada saya," katanya. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-8-2022 03:26 PM
pakai baju besar2 sebab ada isi ke tuuu sisss??? sebelum ni sakan holiday sana sini dengan womanizer ni... tak padan apam tembam, semua skandal dia retis cantik ye... bekas tunangan arwah Vanessa Angel jugak ni dulu..
Quote Perawankota 12-8-2022 03:16 AM
Pakai tudung tapi betis nampak.. Ermm

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042158 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top