CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Tangan Ghaib Ke Lindungi Nelayan Asing?

5-8-2022 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 937| Komen: 1

Description: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mempersoalkan adakah wujud dalang ataupun tangan-tangan ghaib yang melindungi pencerobohan nelayan asing di perairan negara.
Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mempersoalkan adakah wujud dalang ataupun tangan-tangan ghaib yang melindungi pencerobohan nelayan asing di perairan negara. 


Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, isu pencerobohan nelayan asing dan menjadi samseng di perairan negara bukan perkara baharu sebaliknya terus berlarutan tanpa penyelesaian konkrit.

Beliau berkata, pencerobohan yang berterusan bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara, malah boleh menggugat sektor perikanan negara pada masa akan datang.


Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan kawalan bagi mengelang pencerobohan nelayan asing - GAMBAR HIASAN


“Timbul persoalan, kenapa isu ini masih gagal ditangani sehingga ke hari ini sedangkan ia sudah lama berlaku dan dilaporkan? 

“Adakah nelayan-nelayan asing ini dibantu oleh pihak-pihak berkenaan yang korup demi keuntungan diri semata-mata?,” soalnya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau mengulas isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara termasuk berani menghampiri kawasan pesisiran pantai mengaut segala hasil laut dan menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan.

Mengulas lanjut, Haslihelmy berkata, PSAP berharap isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara perlu dipandang serius kerajaan. 

“Kerajaan khususnya pihak berkuasa perlu bertindak tegas mengekang kebanjiran nelayan asing mencuri hasil laut negara serta menangkap pengkhianat yang bersekongkol dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata, undang-undang yang ketat perlu digubal dengan menggariskan mekanisme berkesan untuk menangani masalah berkenaan.

“Jika tidak, isu ini akan terus berlaku dan hasil laut negara akan terus dirompak oleh nelayan-nelayan asing yang bermaharajalela. 

“Jangan kita menyesal jika suatu hari nanti kumpulan ini akan mengawal segalanya dan anak cucu kita mungkin tidak lagi dapat mencari rezeki di lautan negara,” tegasnya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 5-8-2022 11:20 PM
Haslihelmy jangan hidu gam

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.045256 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top