CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Balas Dendam Terhadap Bekas Kekasih, Wanita Tersalah Bakar Rumah Orang

5-8-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1493| Komen: 4

Description: Seorang wanita di North Carolina nekad membakar rumah bekas kekasihnya sebagai membalas dendam terhadap lelaki itu.
Seorang wanita di North Carolina nekad membakar rumah bekas kekasihnya sebagai membalas dendam terhadap lelaki itu.

Namun, tindakan itu bertukar tragedi apabila dia tersalah membakar rumah orang lain.

Lapor Khaleej Times, Sherif Rowan memaklumkan, pemilik rumah berkenaan dikejutkan jirannya selepas mereka ternampak wanita tersebut cuba membakar rumahnya di Gold Hill.



Sehubungan itu, pemilik rumah tersebut segera menghubungi pihak berkuasa dan polis dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ketika tiba, polis mendapati bahagian depan rumah berkenaan sudah terbakar dan minyak tanah yang digunakan untuk membakar.


“Pemilik itu menceritakan dia cuba memadamkan kebakaran yang tercetus, namun tidak berjaya kerana suspek sudah menyekat aliran air.

“Selepas itu, pemilik rumah tersebut mengambil senapang dan berdepan dengan suspek.

“Suspek melarikan diri selepas polis tiba di rumah tersebut,” kata Rowan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 5-8-2022 11:44 AM
haiyo g bakar rumah pompuan tu balik
Quote Artemesiaa 5-8-2022 12:52 PM
Apa lagi gi saman tuntut ganti rugi
Quote sukacactus 5-8-2022 02:41 PM
Tak memasal
Quote matamata 5-8-2022 03:08 PM
Bekas kekasih pun satu hal, lain kali bg la alamt rumah yg betul... Kan dah tersalah bakar tu? Naya kat org lain

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046592 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top