CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Zalina Kata Dah Tak Ada Duit" - Kontraktor

5-8-2022 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13229| Komen: 118

Description: Polis mengesahkan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik Zalina Azman tidak terkait dengan kehilangan bekas personaliti TV3 itu selepas 20 keterangan diambil kira-kira d ...
Polis mengesahkan kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian rumah milik Zalina Azman tidak terkait dengan kehilangan bekas personaliti TV3 itu selepas 20 keterangan diambil kira-kira dua minggu lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, susulan siasatan tersebut, beliau mengenal pasti tiga kontraktor yang tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman, 58.



Menurutnya, ketiga-tiga kontraktor berkenaan termasuk ketuanya memberitahu, kerja-kerja pengubahsuaian banglo Zalina di Seksyen 3 di sini bermula kira-kira setahun selepas rumah tersebut dibeli pada 2018.


“Tetapi kontraktor berbincang dengan Zalina, kemudian Zalina setuju dan bayaran dibuat secara berperingkat. Bayar ‘A’ selesai ‘A’, buat ‘B’ selesai B’, akhir sekali bayaran yang diterima (kontraktor) pada Ogos 2021, selepas itu Zalina kata sudah tak ada duit.

“(Kerja pengubahsuaian) boleh dikatakan dalam 60 peratus (siap), ada lagi 40 peratus yang belum disempurnakan sebab kalau ikut harga asal quotation, RM320,000 dan jumlah bayaran dijelaskan adalah RM165,000 (pertama), kemudian RM75,000, bermakna ada baki bayaran dalam RM60,000,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mohd. Iqbal menambah, kali terakhir bayaran dibuat kepada kontraktor berkenaan adalah RM20,000 pada Ogos 2021 dan kerja tersebut dihentikan atas permintaan Zalina sendiri selepas memaklumkan kehabisan duit.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis menggeledah banglo Zalina sebanyak dua kali iaitu pada November 2021 dan awal Julai lalu, namun tidak menemui sebarang petunjuk dalam pencariannya.

Zalina dilaporkan hilang pada 29 November tahun lepas selepas anaknya Mikhael Norman, 33,  gagal menghubungi ibunya itu, polis kemudian menguar-uarkan kehilangan wanita itu pada 19 Julai lalu.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan polis merampas beberapa barangan dari banglo tersebut termasuk dokumen dan sebuah komputer riba yang sedang dianalisis oleh pasukan forensik selepas melakukan pemeriksaan kali ketiga pada 28 Julai lalu.

“Kita tak mahu ada ketinggalan sebarang bukti, ada beberapa dokumen kita rampas dalam rumah tersebut, kita buat rampasan komputer riba untuk membuat analisis di makmal forensik kita. Saya tak boleh dedahkan perinciannya, sebab rampasan itu masih dalam siasatan kita.

“Kita periksa, ada laptop, kemudian itulah kita ambillah, kemudian habis. Kalau hendak cari tubuh pun memang tak ada sebab anjing pengesan pun memang tak jumpa jejak dekat rumah tersebut,” jelasnya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 5-8-2022 11:27 AM
pendapatan pembaca berita tidak lah banyak mana, glamer aje lebih
Quote AbukRokok 5-8-2022 11:29 AM
klu kerja xsiap mknanya tukang tekan harga
klu x awal2 dsh ada skop kerja berapa bayaran dan temph masa
Quote margo20 5-8-2022 11:37 AM
uishh rege renovate bole beli apartment sebiji duduk sorg je pun kan
Quote elzy 5-8-2022 11:40 AM
Kos renovation hampir sama nilai sebiji rumah tapi end up ditinggalkan begitu sahaja..
Quote tukul 5-8-2022 11:43 AM
Kos reno dia sama rege rumah i ni eh....byknya duit orang
Quote monreyes 5-8-2022 11:48 AM
sayangnya reno mahal2 gitu...kalau  tahu dah x de sumber kewangan lain..
Quote AbukRokok 5-8-2022 11:52 AM
reno rumah lebih mudah kne cong dengan tukang dari beli rumah atau main MLM
5 dari 10 org buat reno kne cong
Quote mizruncing 5-8-2022 11:55 AM
pelikkkk kemana lahh hilangnyaa
Quote mclaren 5-8-2022 11:59 AM
Harap acik Zalina kehabisan duit bukanlah sebab terbabit dalam love scam.

Moga beliau dijumpai dalam keadaan baik dengan segera
Quote star_karat 5-8-2022 12:02 PM
Ada indon ni 2 kali dia reno rumah 2 kali beli keta. Reno lain bikin rumah kat kampung.
Quote monreyes 5-8-2022 12:05 PM
kalau tinggal 60k je patut dah banyak siap ni serupa rumah hantu je
Quote monreyes 5-8-2022 12:10 PM
star_karat replied at 5-8-2022 12:02 PM
Ada indon ni 2 kali dia reno rumah 2 kali beli keta. Reno lain bikin rumah kat kampung.

dorang pun ramai beli umah kat sini...mostly yg dah jadi penduduk tetap la kan..abes buat keje kat rumah org..sambung renovate umah sendiri
Quote edoraixora 5-8-2022 12:15 PM
renovate apa 60% tuh, serupa rumah tinggal ajer
Quote tootii 5-8-2022 12:18 PM
mana agaknya kak zal ni pegi ye ? moga kak zal dlm keadaan selamat dan sihat ..
Quote lasagnaklcc 5-8-2022 12:23 PM
Kira baik kontraktor ni, buat dulu baru bayar. Maybe dia percaya sbb selebriti selalunya berduit kan. Itupon kalau dia kenal zalina azman.
Quote Artemesiaa 5-8-2022 12:28 PM
Setengah orang fikir beli rumah lepas tu renovate ya baik kalau sedikit je yang nak di renovate.  Tapi kalau nak renovate tambah itu ini lebih baik beli rumah baru yang dah tersedia semuanya atau beli tanah bina sendiri design rumah ikut kehendak sendiri lebih menjimatkan selalunya.  Dari major revovation pada rumah lama tapi kos amat tinggi kadang kosnya sama dengan beli sebuah rumah baru.
Quote monreyes 5-8-2022 12:36 PM
pelik lah ZA ni...kalau setakat sensorang buat apa lah beli landed property mahal2 ... sumber income pun xde..
Quote tumpanglalu74 5-8-2022 12:44 PM
Edited by tumpanglalu74 at 5-8-2022 12:45 PM

Baru korang tau ye senator OKU sahabat karib beliyau tu Chairman BERNAMA pastu berdesup la korang cari kontraktor tu kan?

8 bulan sudah korang buad ape??  Korek tahik idong???
Quote akies 5-8-2022 12:52 PM
Edited by akies at 5-8-2022 12:58 PM

renovation rumah sebesar itu normal la kalau amount ratus ribu.
Jiran iols reno rumah shj dh cecah 600k.
Menda ntah dia buat sampai kena tekan camtu.
Baik beli rumah baru seketul.

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.089317 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top