CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Digilis Kekasih Lepas Berselisih Faham

5-8-2022 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3487| Komen: 19

Description: Polis China menahan lelaki yang tergamak menggilis teman wanitanya beberapa kali dengan kereta sehingga mati.
Polis China menahan lelaki yang tergamak menggilis teman wanitanya beberapa kali dengan kereta sehingga mati.

Kosmo memetik laporan Mothership kelmarin melaporkan insiden berlaku di Tangshan, Hebei iaitu bandar sama sekumpulan lelaki dengan kejam menyerang seorang wanita pada Jun lalu.



Mangsa terbaring di bawah tayar kereta selepas digilis oleh kereta milik teman lelakinya. - Apple Daily

Polis mengesahkan menerima laporan pada 2 Ogos jam 11:53 pagi (waktu tempatan) tentang seorang lelaki merempuh seorang wanita dengan keretanya di sekitar kolam renang.

Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati suspek berbuat demikian selepas berselisih faham dengan mangsa.

Wanita dikenali dengan nama keluarga Wang meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dihantar ke hospital.

Suspek yang melarikan diri ditahan polis pada hari sama sekitar jam 3 petang.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan kereta dipercayai kenderaan utiliti sukan jenama Jeep melanggar mangsa beberapa kali hingga terbaring di atas jalan.

Tidak cukup dengan itu, kereta berkenaan membuat pusingan untuk menggilis wanita itu apabila dia sudah terbaring di atas tanah.

Kes masih dalam siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebenar. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 4-8-2022 08:10 PM
NK LINK NAKKKKKKK LINKKKKK
Quote margo20 5-8-2022 11:31 AM
mak aihhhh
Quote encikWawad 5-8-2022 11:40 AM
gamaknya heols tak helok dan modal dah banyak habis
Quote tipah89 5-8-2022 12:22 PM
skerinya wehh
Quote Artemesiaa 5-8-2022 12:40 PM
Dah banyak berhabis ler tu tetiba GF scandal dengan orang lain
Quote afie_m 5-8-2022 12:44 PM
mesti kes dah kena kikis kot
Quote cikatilia 5-8-2022 01:04 PM
mcm mannequin aje posisi dia
Quote cikatilia 5-8-2022 01:05 PM
mcm mannequin aje posisi dia
Quote sukacactus 5-8-2022 02:40 PM
Kat china kete nampak mcm Jeep, belum tentu lg Jeep tulen
China kan pakar meniru
Quote Kurex 5-8-2022 02:57 PM
Tapi dekat jalanraya Malaysia, leluhur ni kalau bawak kereta mcm celaka yach!
Quote black_handbag 5-8-2022 03:22 PM
kejamnya. tak sanggup tengok video tu kalau ada. gilis sampai mati. mesti dah patah riuk tulang perempuan tu kena gilis
Quote Goodluckdontcry 5-8-2022 03:26 PM
Jantan China pun nak jadi mcm jantan India ke?? Suka Ati je nak serang2 perempuan..taula ko berjiran..mmm Sama juga mcm org2 diMalaysia..sikit2 Ada juga perangai buruk org2 Indon berjangkit..tahla labu...bilalah den nk dpt kehidupan yg Aman tenteram tanpa org2 berperagai huduh lagi samdol ni..mmmmmmmmmmmm
Quote kemaruk 5-8-2022 03:28 PM
Ini video

NSFW

https://youtu.be/j939_O4rbAg
Quote anony-mous 6-8-2022 03:56 AM
Mcm cantik jah gf dia tu
Quote anony-mous 6-8-2022 03:56 AM
kemaruk replied at 5-8-2022 03:28 PM
Ini video

NSFW

I mmg xkn tgk la kan? Boleh tlg tepek komen atau ada x komen2 dkt video bgtau kenapa dia kena lenyek?
Quote tumpanglalu74 6-8-2022 01:50 PM
Flag-China.jpg
Quote copy_paste 6-8-2022 01:53 PM
video xde ke
Quote cucuq 6-8-2022 01:58 PM
Seramnyaaaa
Quote zonan4 6-8-2022 04:30 PM

Aduh dah kena samak mata ..... cilaka sgh

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.056329 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top