CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Jenis "The Abyssinian Cat " Yang Dipelihara Oleh Rasulullah SAW

14-8-2015 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10994| Komen: 13

Description: Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika ...
Oleh Izzah Abbasy

Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari Subspesis Felis Silvestris Catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba. Kucing dipelihara untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullulah SAW. Kucing The Abyssinian Cat (breed) adalah kucing yang di pelihara oleh Rasullulah.

Sejarah

Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumah, nabi selalu mengendong Mueeza (nama kucingnya) dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi suka ialah Mueeza selalu mengiaw ketika mendengar azan, seolah-olah ngiaw nya mengikut lantunan suara azan.

Nabi berpesan untuk menyayangi kucing kesayangan sepertimana beliau menyayangi keluarga sendiri. Pernah juga nabi mahu mengambil jubahnya, dan ada Muezza sedang tidur diatasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya supaya tidak menganggu Muezza.

Selepas Nabi pulang ke rumah, Muezza terbangun dan pergi kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Kenapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis?

  • Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
  • Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik pun cecair yang jatuh dari lidahnya.
  • Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. (tu kita selalu lihat kucing menjilat2 badannya, ti sebenarnya ia membersihkan bulu)
  • Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, perbezaan kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan turun sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Keputusan yang diperolehi adalah:

1. Keputusan yang diambil dari kulit luar adalah negatif mempunyai kesan banteria, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Perbandingan yang ditanamkan bakteria memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cecair yang diambil dari dinding mulut.

3. Cecair yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif bakteria.

4. Sekalipun ada bakteria yang ditemui ketika proses kajian, bakteria itu masuk kelompok bakteria yang dianggap sebagai bakteria biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.

5. Tidak dijumpai kumpulan bakteria yang pelbagai.

Berbagai sumber yang boleh dipercayai dan hasil kajian makmal menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai bakteria dan mikrob. Air liurnya bersih dan membersihkan.

Komen Para Doktor dalam bidang berkaitan:

Menurut Dr. George Maqshud, ketua makmal di Hospital Hewan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya bakteria pada lidah kucing. Jika bakteria itu ada, maka kucing itu akan sakit.

Dr. Gen Gustafsirl mendapati bahawa bakteria yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1 / 4 anjing, kucing 1 / 2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa'id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak berada dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya bakteria pada tubuh kucing.

Dan hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah di lakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing :

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya.. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing. - CARI Infonet

9

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cef_gango 6-4-2015 05:58 PM
635127879996020000.jpg






Quote miabebe 6-4-2015 06:14 PM
Quote ungkusado 6-4-2015 06:16 PM
ungku suka lagu iklan makanan kucing adabi, kucing ku comel, bulu nya lebat, selalu sihat, bersama powercat
Quote ice_sky92 6-4-2015 11:30 PM
ungkusado replied at 6-4-2015 06:16 PM
ungku suka lagu iklan makanan kucing adabi, kucing ku comel, bulu nya lebat, selalu sihat, bersama p ...

Yang ada Safiq Rahim tu ke?
Quote BotakChinPeng 7-4-2015 10:12 AM
Topik dah ada.

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=734843
Quote bluezink 8-4-2015 09:33 AM

tak nak ceter ka..pasal kehebatan bunyik ..."purrrrrr"Kalau ada yang tak tahu cats purr maca mana, pegi kat meoww korang..uasap kepala atau tengkuk dia. Bunyi yg keluarmacam motobot ....2 la bunyi purr atau dengongan meow.


Quote poison_ivy 8-4-2015 11:01 PM
kucing aku tak yah tunggu gosok..tunggu je la tengah malam...tengah org syok2 tido nanti dia datang la sambil gesel2 badan dia kat kiter sambil bunyi "pur" tu..

nape yerk? dia ajak bermanja yerk? tak cukup gesel..dia siap cium2..gigit kaki kiter kalau x layan dia...rimas gak kenkadang..haha
Quote bluezink 9-4-2015 01:32 AM
poison_ivy replied at 8-4-2015 11:01 PM
kucing aku tak yah tunggu gosok..tunggu je la tengah malam...tengah org syok2 tido nanti dia datang  ...


jawaban nya......ia sedang metakan/menanda anda dengan bau badannya....dan berkata...."ko laaa pemilikikuuuuu"


Quote WawaRaRa 9-4-2015 02:22 PM
bluezink posted on 9-4-2015 01:32 AM
jawaban nya......ia sedang metakan/menanda anda dengan bau badannya....dan berkata...."ko laaa p ...

kucing jiran aku mmg suka wat cam ni... dia urut2 badan ngan kuku... smpi aku rasa nak ketuk je kepala dia... tp kesian pulak... so aku bukak pintu suh dia kuar... dia suka sgt duk kat umah aku... bkn nak balik umah sendiri... tuan dia pon da cam tak pedulikan dia da...

Quote Naurah_rik 10-4-2015 09:03 AM
i love cat.. meowwwwwww.

best, lagi-lagi kucing yg baru nak besar tu. pagi-pagi galak lari sana-sini dalam rumah. kadang kelakar pun ada. mak aku pencinta kucing. mak pernah cerita, 1 hari tu mak tgh buat kerja macam biasa. tapi kucing mak time tu nama cik mah mengeowwwwwwww tak berhenti. mak ingat dia lapar. bila bagi makan, dia tak makan pulak. mak terus je buat kerja macam biasa. tapi dok lama lepas tu cik mah diam. mak pi depan rupanya dia bergelut dengan ular. ular tu mati, dia pun mati jugak.

ni kisah benar. kejadian ni masa mak belum kawen lagi. sekarang ni , kat umah mak ada 7 ekor kucing. yg lain, ada yg hilang, ada yg mati kena langgar (rumah tepi jalan) , dan ada yg orang kidnap.
Quote palomaf4 10-4-2015 10:08 AM
i wish i ada kucing
utk meluah perasaan
Quote edmundo 10-4-2015 11:28 AM
Teringin sgt nk bela kucen...tp apakan daya allergik. Yg ni ade penyelesaian tk utk mereka yg alah dgn bulu kucen??
Quote halimi78 10-4-2015 10:00 PM
sila search dulu sblm post. tq

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058090 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top