CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Puteh Dedah, Ada Penerbit Yang Terpaksa Pinjam Ah Long Untuk Siapkan Drama

1-8-2022 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1772| Komen: 7

Description: “Ada penerbit yang terpaksa meminjam daripada Ah long untuk siapkan drama mereka.”
“Ada penerbit yang terpaksa meminjam daripada Ah long untuk siapkan drama mereka.”

Demikian antara pendedahan dikongsikan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Penerbit Filem Malaysia Malaysia Berhad (Kopelem), Datuk Ayu Puteh.


Kata Ayu atau nama sebenarnya, Normashayu Puteh, 44, tindakan tersebut berpunca daripada permasalahan serta syarat yang kurang bersesuaian yang dikenakan oleh pihak bank bagi golongan penerbit tempatan membuat pinjaman.


Foto: IG

“Tidak dinafikan memang ada penerbit yang terpaksa pinjam daripada Ah long apabila mereka perlu menyiapkan drama mengikut surat tawaran (LO) yang diberikan stesen televisyen.


“Bila LO keluar, pihak penerbit perlu siapkan mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak stesen,” katanya kepada media usai majlis perasmian Kopelem di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang.



Ayu yang juga merupakan seorang penerbit memberitahu, dilema tersebut bukan lagi masalah kepada penerbit apabila pihak kementerian kini telah meluluskan kemudahan pinjaman pembiayaan menerusi kewujudan koperasi berkenaan.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar mengumumkan perkara tersebut ketika hadir merasmikan Kopelem.

Tambah Ayu, penerbit drama dan filem digalakkan menyertai Kopelem bagi mendapat manfaat termasuk pinjaman bagi menjayakan atau menyiapkan projek mereka.


“Sertai kami dan jangan pinjam Ah long. Kita di Kopelem mahu membantu ahli supaya mudah mendapatkan pinjaman tanpa syarat yang mengekang seperti pihak kewangan yang lain.

“Malah dengan koperasi ini juga ahli mendapat banyak peluang termasuk dana yang ditawarkan kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu mewakili semua jawatan kuasa Kopelem melahirkan rasa syukur apabila usaha selama lima tahun bagi menubuhkan Kopelem akhirnya terlaksana.

Katanya, pelbagai proses perlu dilakukan dalam usaha menjadikan Kopelem satu realiti dalam usaha mewujudkan rangkaian bagi memudahkan golongan penerbit di negara ini.

“Kami berharap mendapat sokongan semua pihak dan saya juga berbangga dengan kesemua jawatan kuasa yang dilantik kerana masing-masing mendukung tujuan membantu sesama ahli,” katanya.

Terdahulu, Noh Omar turut mengumumkan kementerian memberikan geran sebanyak RM20,000 bagi mengerakkan aktiviti awal koperasi berkenaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-8-2022 02:50 PM
koperasi ni ramai yg pinjam br bnyk income
dgn yuran blnn ahli nya lagi

btl ke gitu
Quote akuHavocczz 1-8-2022 02:50 PM
Beria pinjam ah long kenapa.. last last drama keluar cenggitu je tak kawin paksa bisnes juta juta
Quote rosedemon 1-8-2022 05:03 PM
ekeleh drama dah la kelaut, sibuk pinjam along
Quote reporter_kalut 2-8-2022 12:05 PM
Pinjam ah long pegi joli. Gaji crew lupa nak byr. Selalunya cengitu kekdahnya
Quote addamnor 2-8-2022 03:00 PM
Bodoh sangat sis nak meniaga tapi pinjam ah long. Lepas itu merempan.
Quote addamnor 2-8-2022 03:00 PM
Bodoh sangat sis nak meniaga tapi pinjam ah long. Lepas itu merempan.
Quote LadyCarefree 2-8-2022 03:32 PM
Xdok duit xyah la buat drama. Xsiapa paksa kan?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.053004 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top