CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Bogel Dalam Kubur Dengan Kesan Tembakan Di Kepala

31-7-2022 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3764| Komen: 8

Description: Sepasang suami isteri ditemui di dalam kubur baru pada Khamis oleh seorang penduduk kampung yang sedang mengumpul hasil hutan.Laporan Bangkok Post mengatakan, pasangan itu tidak dikenali penduduk temp ...
Sepasang suami isteri ditemui di dalam kubur baru pada Khamis oleh seorang penduduk kampung yang sedang mengumpul hasil hutan.

Laporan Bangkok Post mengatakan, pasangan itu tidak dikenali penduduk tempatan di kawasan itu.

Penduduk kampung menemui longgokan tanah segar yang ditutup dengan dahan berhampiran kampung Ban Don Lai di tambon Tha Yia, iaitu kira-kira 400 meter dari jalan terdekat.



Selepas memaklumkan ketua kampung, mereka kembali ke tapak itu bersama penduduk lain dan mula menggali sehingga mereka melihat bahagian tubuh manusia.

Mereka kemudian memaklumkan polis dan pekerja penyelamat menggali mayat seorang lelaki dan wanita, tertimbus kurang satu meter ke bawah. Kedua-dua mangsa berbogel.

Ketua kampung Thepbancha Saikrathok berkata, mayat wanita itu berada di atas mayat lelaki di dalam kubur, dan setiap satunya kebanyakannya ditutup dengan lapisan simen.

Pada mulanya dianggarkan mereka telah mati sekurang-kurangnya tiga hari. Penduduk tempatan berkata, mereka tidak mengenali pasangan berkenaan dan tiada laporan orang hilang di kawasan itu.

Polis berkata, kemungkinan mereka dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibawa ke hutan dan disembunyikan.

Kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Chok Chai untuk bedah siasat penuh bagi menyokong siasatan dan pengecaman.

Wanita itu mempunyai tatu di belakangnya dan tatu corak bunga yang tersendiri di lengan bawah kanan dan tangan kanannya.

Polis kemudian mengedarkan gambar tatu itu untuk membantu mengenal pasti mangsa, yang dipercayai warga asing, mungkin pekerja asing, kerana corak tatu itu tidak popular di kalangan warga Thailand.

Pegawai yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kemudian berkata kedua-dua mangsa telah ditembak di kepala dan doktor mengesahkan mereka telah mati sekurang-kurangnya seminggu. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 31-7-2022 11:35 PM
Mesti ade kene mengene ngn dadah kot
Jgn main2 kt sane
Family caras kawasan pn kene tembak
Quote bottombikini 1-8-2022 07:59 AM
dan aku mula la terbayang muvi horror thai..
Quote epullipan 1-8-2022 09:29 AM
warga asing? mungkinkah kawasan sekitar macam cambodia ke vietnam ke..kes dadah la kot
Quote Suchi 1-8-2022 10:10 AM
Macam mana tau suami isteri? Dah kata tak kenal?
Quote tompie 1-8-2022 10:19 AM
Suchi replied at 1-8-2022 10:10 AM
Macam mana tau suami isteri? Dah kata tak kenal?

itu yang aku pun pelik.
Org kampung tak kenal, agak2 orang asing.. pastu boleh conclude jadi suami isteri pulak
Lost in translation aku rase.
Quote delsmomm 1-8-2022 10:24 AM
me pun fikir benda sama.. kata x kenal & keadaan bogel.. sure xda dok pengenalan diri..
tapi tau pulak diorg itu somi istri.. sesuatoo sgt..
Quote maharani_gebu 1-8-2022 11:11 AM
jumpa mayat - laki ppuan tak kenal sape - bogel - ppuan atas laki - cop laki bini

senang betul buat rumusan...
Quote tri-max 1-8-2022 11:43 AM
bangkok - dadah - kongsi gelap - berpisah tiada
ni kalau jalan cerita best, bakalan jadik movie boxoffice
tangmo punya cerita takde ke director nak buat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.285335 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top